Mak pernah cakap sbelum aku lahir mak pernah gugur. Habis tu aku ni anak sapa.

Aku mula tahu pasal status aku anak luar nikah masa aku form 1 rasanya. Aku ingat masa tu cuti sekolah dan aku duduk je kat rumah. Masa tu macam nak kemas kemas rumah, time gotong royong adik beradik.

Tiba tiba aku macam terjumpa sijil nikah mak ayah aku. Masa tu aku tengok tarikh kahwin dengan tarikh aku lahir macam tak ngam. Aku menung sekejap fikirkan status aku.

Masa ni segala flashback dalam hidup aku terlintas dalam otak aku ni.

Kisah macam mana saudara mara dan pakcik makcik layan aku masa budak budak dulu, kenapa mak ayah aku takde gambar kahwin, kenapa aku dikurung dalam bilik kecil masa aku kecil kecil dulu, dengan keliling penuh segala surat khabar lama, barang merepek ape entah lagi.

Aku tak pernah balik kampung sampai aku umur 5-6 tahun. Masa first time aku balik kampung aku tak kenal saudara mara aku.

Bende bende ni terlintas terus dalam otak aku masa ni. Lepas tu aku dah tahu aku ni anak luar nikah.

Mula dari form1 aku dah tinggal di asrama. Masa form1 tu masih baik lagi, masa naik form2 aku da mula ikut ikut kawan keluar masa outing pergi main snuker, hisap rkok, ponteng la bagai.

Tapi belum kedapatan lagi masa form2 ni. Bila naik form3, bende ni yang aku pendam dalam diri aku ni ditambah pulak stress dah nak dekat dengan PMR aku jadi semakin teruk.

Masa ni aku dah banyak kali kedapatan mer0kok, ponteng dan aku diberi amaran. Masa bulan puasa, aku pergi main kebait dalam botol kat asrama di siang hari untuk release tension kononnya.

Akhirnya aku digantung sekolah, dan dibuang asrama. Masa ni betul betul sebelum PMR.

Masa aku digantung sekolah, aku tinggal dirumah nenek dan kawan sekelas yang juga sepupu jauh aku yang dekat dengan sekolah.

Kadang kadang masa nak study aku tinggal rumah kawan aku ni. Kalau tak, aku study sorang kat rumah nenek aku.

Masa mak ayah aku balik kampung, mak ayah aku ‘basuh’ aku elok elok. Tapi dalam hati aku ni aku menyumpah bajet baik la bagai. Aku diamkan saja.

Lepas habis PMR, aku balik rumah parent aku, dan macam biasa layanan mak ayah aku pada aku macam layan seorang yang gagal. Yang tak patut dibela, dibesarkan, elok m4ti je kecil kecil dulu.

Aku redha dan aku diamkan saja. Sebabkan aku dah jadi per0kok, aku selalu hisap r0kok sorok sorok tengah malam di luar rumah.

Satu hari tu, lepas hisap r0kok malam tu, aku simpan r0kok dalam poket. Dan masa siang, mak aku nak kejutkan aku, kedapatan terus di situ. Mak aku mengamuk teruk masa ni, macam macam ayat die keluar yang menyakitkan telinga.

Masa ni aku dah tak tahan aku melantun terus dan cakap, “kenapa mak kawin lepas lahirkan along”.

Masa ni mak aku marah marah lagi. Mak aku bising satu rumah, pergi dapur dapatkan ayah aku.

Masa pergi tu, aku terus kunci pintu. Aku sendal dengan kayu dengan barang barang berat dekat pintu. Mak aku datang balik ketuk pintu sampai pecah.

Aku tak buka langsung masa tu. Aku biarkan dan diam saja, tak respon ape pon. Entah berapa jam aku dalam bilik tu lepas tu mak aku da reda sikit. Ayah aku ketuk pintu elok elok suruh aku buka pintu.

Lepas tu mak ayah aku slow talk dengan aku tanya macam mana aku bole tahu bagai. Mak ayah bawak aku keluar makan.

Adik adik aku tinggal kat rumah kecuali adik yang last tu ikut sekali. Macam nak pujuk la ape.

Masa ni hati aku macam tak percaya pengakuan dia tu. Aku tak cakap ape pon lepas tu. Kalau tak silap minggu lepas tu result PMR keluar.

Masa pergi tu aku tengok muka mak ayah aku, nampak raut macam tak mengharapkan ape ape pon.

Sampai kat sekolah, cikgu announce yang result aku dengan sorang lagi geng aku yang kene buang sekolah aritu adalah antara yang top kat sekolah tu (6A je pon).

Walaupon kene buang sekolah tapi masih boleh perform. Mak dengan ayah aku masa tu macam terkejut gile dengan result tu. Dari tak expect ape ape kepada bangga. Korang boleh bayangkan tak.

Memandangkan aku dah dibuang sekolah, berbekalkan result tu, aku pindah ke sekolah yang lagi bagus. Dan masalah disiplin aku masih aku teruskan.

Masa form4 tu aku start bergaduh, kedapatan lagi mer0kok. Tapi pengetua aku macam bagi can kat kitorang lagi.

Disebabkan tu aku rasa dihargai. Aku stadi elok elok, sampai la boleh perform masa SPM pulak.

Aku rase bende bende yang aku buat ni semua mungkin sebab aku rasa masa tu aku ni anak luar nikah, anak haram, tak selayaknya aku jadi hip0krik jadi baik. Jadi buat ape aku nk jadi baik baik sangat.

Lepas lama lama sikit aku baca kat internet pasal status bin dan binti anak luar nikah, pasal hukum kahwin bagai. Aku rasa agak menyusahkan. Sekarang nama aku dibinkan kepada bapak aku.

Ok korang bayangkan. Selepas kes aku tanya kenapa kawin lepas aku lahir tu, aku dah tak cakap langsung, tak tanya langsung mak ayah aku lagi. Dorang pon macam tak nak bagitau ape pon.

Otak aku ni berjalan tau. Aku tertanya tanya adakah ayah aku yang sekarang ni betul betul ayah aku. Ke ayah aku ni adalah pak sanggup saja.

Macam mana keadaan mak aku sebelum aku lahir, liar gile bapak ke. Ade salah satu kisah dari flashback tu, mak aku pernah cakap, sebelum aku lahir mak aku pernah gugur.

So ko faham tak macam mana. Aku ni anak sape sebenarnya. Yang sebelum tu anak sape. Dorang tak buka mulut langsung. Yang gugur tu pasal gugur paksa ke ape.

Sekarang ni umur aku da masuk fasa nak kahwin. Walaupun aku ade kekasih hati sehingga tahun lepas dari awal perkenalan di universiti dulu (dekat 9 tahun kenal), sekarang aku dah single balik.

Aku tak tahu macam mana kisahnya nanti kalau aku nak start kahwin. Adakah mak ayah aku buka cerita.

Aku malu kalau in law aku tahu pasal status aku. Sah ke kahwin sebab nama aku bin dengan ayah aku ni.

Disebabkan cinta aku masih kuat kat kekasih lama aku, tapi status aku ni menghalang aku untuk teruskan niat untuk kahwin dengan die.

Aku saja buat perangai tak layan die sampai die tinggalkan aku. Maaf kan aku sayang, die pon tak tahu niat aku ni. Korang yang baca ni je yang tahu.

Aku tak nak diejek dicanang masa kita kahwin nanti, kedapatan pulak pasal status aku sebagai anak luar nikah. Malu weh.

Penamatnya, seperti yang ditulis di tajuk, biarlah aku hidup bersendiri sampai aku gerak nanti.

Aku nak tutup aib aku, aib keluarga aku. Aku berbakti jela dengan mak ayah aku sebab besarkan aku, tak bnvh aku macam yang first tu. Berbakti kat adik adik aku. Aku bawak je lah rahsia ni sampai aku m4ti.

Aku pun ade juga niat nak berkeluarga, tapi malu tu mengatasi lain lain. Kalau korang ade jumpa punca punca ilmu atau ade ahli ahli yang pakar dari kalangan pambaca ni, minta la komen komen ya murni sikit, yang boleh selesaikan masalah aku ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.