Farid ni dia berjambang. Dia tinggi sikit je dari Balqis, Dia memang layan Balqis cukup baik tapi itulah Farid ni tipu status dia

Ini adalah sambungan dari part 1. Nak baca part 1 di komen. Kena baca part 1 dulu baru faham.

Aku cerita sikit lah pasal Farid. Farid ni berjambang nipis, tinggi dari Balqis, badan biasa-biasa, ada rupa, kulit sawo matang dan memang melayan Balqis ni cukup baik.

Sebab ditinggalkan bukan sekadar Farid ni tipu status dia pada awal-awal je puncanya tapi sebab mak Farid sebenarnya tak restu hubungan Farid dengan Balqis.

Salah satu sebabnya, Balqis ni asal di selatan tanah air. Farid pulak dari negeri pantai timur.

Ada ketidaksefahaman kat situ(aku taknak ulas yang ni) Farid dah cuba selesaikan tapi tak berjaya. Lepastu ada lagi isu-isu lain yang muncul yang buatkan diorang gaduh selalu.

Balqis rasakan terlampau banyak Farid tak jujur dan dia taknak ada lagi ada benda-benda lain muncul lepas tu.

Keputusan untuk putus tunang tu tak mudah dia nak buat tapi dia cakap rela dia menangis sekarang dari makan hati nanti.

Dia taknak hubungan Farid dengan mak dia jadi renggang cuma sebab ni. Dan, itulah keputusannya. Pertunangan tu diputuskan.

Sampai sekarang Farid masih cuba nasib. Dia masih sayang Balqis tapi Balqis sekadar hormat perasaan Farid. Balqis dah takde perasaan pada Farid.

Itulah Balqis yang aku kenal. Tegas dengan keputusannya. Farid bagitau dia menyesal sebab lepas putus tunang dengan Balqis dia takde ambik tindakan untuk pujuk Balqis pun.

Dia biar Balqis layan perasaan dia sampai Balqis boleh move on dengan sendiri dan boleh kenal Apis. Farid ingat Balqis akan cari dia balik.

Ini lah masalah kebanyakan lelaki kan? Lambat bertindak. Take everything for granted.

Tapi nasi dah jadi bubur. Aku harap Farid pun boleh move on sama sebab dah 2 tahun dah pun benda ni jadi.

Bagi cerita Apis pulak. Aku masa tau dia dengan Apis ni tak berapa berkenan pun masa mula-mula tengok gambar Apis tu.

Okay, bukan nak cakap pasal rupa tapi entahlah ada rasa tak best. Tambahan pulak dia pun Offshore. Aku takut benda sama jadi lagi.

Lagipun entahlah aku rasa dia tak sesuai dengan Balqis. Macam aku cerita pada previous post, Balqis ni cantik, berkulit cerah, tinggi orangnya (165cm).

Apis? Berkulit gelap, rendah dari Balqis dan rupa biasa-biasa sahaja (boleh je nak cakap tak handsome tapi terasa pulak Balqis nanti.

haha-ok gurau handsome tu subjektif) tapi dia layan Balqis baik, dia pandai ambik hati Balqis dan nampak dia care, sayang kat Balqis.

Dan dari cara Balqis cerita pasal Apis aku nampak dia memang happy dengan Apis. Takde yang buruk pun pasal Apis yang dia cerita.

Aku nampak dia dah ceria balik macam dulu. Semangat kerja, semangat dalam aktiviti dia yang dia buat sebelum ni (dia selalu terlibat bantu NGO dalam aktiviti kebajikan),

lebih berseri-seri dari sebelum ni. Penangan bercinta dan bahagia lah katakan. Aku pun seronok lah dia dah banyak cakap balik macam dulu.

Bercerita pasal Apis takde yang buruk pun yang keluar dari mulut dia sebab dia pun selalu cerita yang baik-baik je pasal orang.

Masa kejadian hampir jadi, adalah dalam 2 minggu straight dia tak datang cari aku kat office pun jumpa sekejap-sekejap tambahan aku sendiri pun busy dengan kerja dan thesis aku memandangkan aku ni masih student part time.

Aku perasan status whatsapp dia kadang-kadang sedih, bila aku tanya dia cakap dia okay cuma dia suka ayat dalam quote tu.

Itulah Balqis yang aku kenal semua okay walaupun tak okay. Tu yang dia pernah kena marah dengan Apis dulu. Dia eksiden tak bagitau Apis masa tu pulak Apis atas laut.

Bila Apis tanya jawapan dia semua dia okay je padahal kereta terbabas dah. Dan itulah Apis yang dulu. Sangat risau kan Balqis.

Itu jugak yang ubah persepsi aku kat Apis. Yang buat aku rasa Apis ni betul-betul boleh sayang and jaga kawan aku. Tapi tu lah… Macam komen yang aku baca, Apis cetan. Haha…

Ada juga yang tanya kat komen Apis ada buat apa-apa pada Balqis ke? Aku yakin takde. Dari zaman dia bercinta dengan Farid dulu, kalau dating mesti dia bawak adik dia/housemate dia.

Lagi pun aku nampak Apis tu hormat je Balqis tak pernah lebih-lebih lagi.

Aku jugak yakin Balqis tau dan berpegang pada batas-batas agama (selama aku berkawan dengan dia aku tau dia tau jaga diri dan tak buat benda-benda yang tak sepatutnya). InsyaAllah.

Kejadian Apis tinggalkan kawan aku, Balqis. Apis ada minta Balqis selesaikan urusan rasmi dia sebelum Apis tinggalkan Balqis.

Ya Balqis tolong selesaikan sebab Balqis pun kerja dalam lane tu. Sampai selesai Balqis tolong walaupun nak selesaikan benda tu kena turun naik office berkaitan dan Balqis sendiri busy dengan kerja-kerja dia.

Bila dah selesai, Apis tinggalkan Balqis. Aku bila tau benda ni rasa nak marah sangat-sangat.

Balqis ada tinggalkan memo kerja seminggu pada staff dia- no telefon dan urusan yang kena selesaikan.

Sebab aku pernah partner dengan Balqis untuk certain project, aku check dengan staff untuk selesaikan kerja-kerja yang tertangguh (meeting, attend client, documentation).

Bila aku check semua memo jadi sakit hati bila tau ada urusan Apis yang sepatutnya Balqis tak payah susah-susah buat kan pun.

Sebabkan nak tau siapa Apis ni, dari maklumat urusan rasmi yang ni lah kitorang korek semua pasal Apis (No IC je pun).

Kalau ada yang tak kisah kawan korang berhadapan dengan pasangan yang macam ni takpe. Aku kisah.

Hari Apis tinggalkan B- Bila tau Balqis kat hospital sebab eksiden aku terus ke hospital. Risau takut tak payah cakap la nak tercabut jantung ni rasanya.

Masa sampai aku nampak mak ayah, family dia and kawan-kawan dia ada kat emergency. Aku jumpa sepupu dia berbual sama.

Sepupu dia cerita dia eksiden masa otw balik dari hantar makanan untuk atok dia kat hospital. Hilang kawalan dan terbabas jatuh ke bawah.

Sepanjang Balqis warded, tak putus kawan-kawan Balqis, orang yang dia kenal datang melawat baik masa dia sedar dan tak sedar.

Ada je yang datang. Aku tunggu Balqis dari hari pertama dia warded walaupun tak boleh masuk dalam ICU tu. Habis kerja aku mesti ke hospital.

Dan sejak hari ke 3 tak salah aku, Farid turun laut dari (Terengganu) terus ke hospital. Dan hari-hari jugak Farid ada.

Dia habiskan cuti dia tunggu Balqis kat hospital. Apis? Dia bercuti! Siap ke Indon dengan perempuan lain yang aku dengar ex tunang dia Seronok hidup kau eh pis?

Dia tak peduli langsung keadaan Balqis. Jangankan melawat. Tanya khabar pun takde walaupun tau Balqis eksiden lepas tau Apis tinggalkan dia.

Kawan aku fight and survive. Hari Balqis sedar dan buka mata adalah hari paling melegakan semua orang.

(Aku takde harap Apis datang tengok Balqis, aku cuma cerita macam macam mana Balqis ditinggalkan).

Mana aku tau Apis gi Indon? Boleh tersama flight dengan kawan kitorang. Dah la kawan tu orang yang paling tak setuju Apis dengan Balqis.

Untuk confirmation, kitorang mintak pulak kawan yang kerja dengan syarikat penerbangan trace betul ke tidak takut salah orang.

Ok Kejap lagi aku sambung balik pasal confirmation tu.. Semua part ada dekat komen tau

Leave a Reply

Your email address will not be published.