Tak sedar diri kau sekadar menumpang tinggal, sampai adab tak ada langsung hormat tuan rumah

First sekali, terima kasih admin sebab sudi publish cerita aku ni. Nama aku Mira. Berasal dari negeri di pantai timur. Negeri mana? Biarlah rahsia. Tujuan aku tulis ni, sebab nak luah je apa yang aku rasa. Yes, berkenaan adab. Biar aku mulakan kisah aku. Aku sekarang dah bekerja di Sabah sebab ikut suami aku yang bertugas di Sabah.

Kisah yang aku nak cerita ni terjadi 10 tahun yang lepas. Masa tu aku masih lagi menuntut di alam persekolahan. Bukan SPM tapi STPM. Aku tinggal di rumah family aku la of course sebab sekolah aku ni dekat je dengan rumah aku. Bak kata orang, kentut pun boleh dengar. Hahaha. Aku ada 5 orang adik beradik. Aku anak ketiga. Ada seorang abang, seorang kakak dan dua orang adik lelaki.

Adik aku ni kembar dan sekarang dah umur 26 tahun. Mak aku suri rumah manakala ayah aku pula bekerja sebagai seorang pegawai di sebuah agensi kerajaan. Cerita aku ni berkenaan anak angkat mak aku, Jenab (bukan nama sebenar). Jenab ni sebenarnya anak kepada kawan baik mak aku masa mak aku dekat kolej dulu. Nak dijadikan cerita, Jenab ni ada kursus dekat area rumah aku dalam 2 bulan macam tu.

So, mak aku pun ajaklah si Jenab ni tinggal sama-sama dengan kami memandangkan mak Jenab ni pernah tolong mak aku masa zaman kolej dulu. Kiranya macam nak balas budi la.So, si Jenab ni pun tinggal la dekat rumah kami. Ada satu bilik khas untuk tetamu, mak jadikan sebagai bilik si Jenab ni. Masa mula-mula si Jenab ni dekat rumah kami, dia nampak macam pemalu. Mungkin masih segan. Kami semua layan dia sebagai tetamu la.

Yela, dah adab kita sebagai tuan rumah. Kena la memuliakan tetamu. Tu yang mak aku selalu cakap dekat aku.Masa mula-mula memang aku layan je si Jenab ni, tanya dah makan ke belum, selesa tak dekat rumah ni, ada keperluan apa-apa tak? Sebab aku sorang je perempuan dekat rumah tu selain mak aku sebab kak aku dah kerja dekat Kuala Lumpur. So, dekat rumah tu cuma ada ayah aku, mak aku dengan aku je la. Adik aku tinggal dekat asrama.

Bila si Jenab ni ada, aku rasa excited la, maklum la, dah ada kawan. Bagi aku, si Jenab ni pemalu orangnya. Tapi sabar dulu. Terlalu awal nak judge orang. Bila masuk minggu ketiga, baru dah nampak perangai si Jenab ni sikit-sikit. Mak aku pukul 5 dah bangun semata-mata nak siapkan sarapan untuk si Jenab ni. Aku ni jarang sarapan. Kalau nak sarapan, pukul 10 ke atas. Hahaha. Memang dah perangai aku macam tu. Yang aku perasan, sepanjang tempoh si Jenab ni dekat rumah aku, tak pernah aku nampak si Jenab ni bangun tolong mak aku masak.

Aku ni pantang dengar mak aku dekat dapur, dengan muka mengantuknya aku tolong mak aku potong bawang ke, potong sayur ke. Yang aku nampak si Jenab ni, bangun tidur, mandi, bersiap, ambil bekal dan terus pergi kerja. Si Jenab ni pergi kerja dalam pukul 7 pagi macam tu, dan dia akan balik dalam pukul 3 macam tu. Kadang-kadang dia akan balik pukul 5. Jangan tanya aku dia kerja apa.

Bila dia balik, dia akan berkurung je dalam bilik. Masa cuti sekolah seminggu hari tu, aku perasan la. Bila si Jenab ni balik dari kerja, dia terus masuk bilik. Mak aku yang akan hidang makan tengah hari lepas tu panggil si Jenab ni makan sekali. Wah, dah macam puteri raja kan. Lepas habis makan, dia akan basuh pinggan dia, terus masuk bilik. Sepanjang seminggu tu, aku perhati je perangai si Jenab ni. Tu bilamana makan tengah hari, bila makan malam pun sama.

Kadang-kadang aku nampak si Jenab ni makan megi cup dalam bilik. Aku memang cukup pantang kalau orang makan dalam bilik ni. Apa salahnya kau makan dekat ruangan makan yang ada. Aku pernah masuk bilik si Jenab ni sebab nak ambil bantal ekstra atas almari dalam bilik si Jenab ni, aku nampak bakul sampah penuh dengan plastik makanan dengan cup megi tu. Ada semut lagi dekat keliling bakul sampah tu.

Aku jadi, wehhhhh, apa ni? Lagi satu, si Jenab ni jenis yang suka mengulang pakaian. Maksud aku suka pakai baju yang sama yang tidak dibasuh. Macam mana aku boleh tahu, sebab bau baju dia boleh buat aku mengucap panjang. Bau hapak macam baju lembap yang tak dijemur. Pernah satu hari tu, ada cuti am. Abang dengan kakak aku balik la kampung. Biasa la, kumpul adik-beradik. Kakak aku ni teringin nak makan nasi ayam yang mak aku buat. Serius cakap, nasi ayam mak aku memang sedap.

Tapi, mak masak apa pun semua sedap sebab mak air tangan seorang ibu kan. So, dari pagi lepas sarapan sampai tengah hari dalam pukul 2 macam tu memang dekat dapur je la. Siapkan makanan. Bukan buat nasi ayam je, ada la lauk-pauk sampingan yang lain. Yang buatkan aku bengang dengan si Jenab ni, lepas sarapan, dia boleh masuk bilik dia. Berkurung dalam bilik dia. Aku, mak aku dengan kakak aku la yang sibuk dekat dapur.

Kadang-kadang adik aku jadi mangsa aku, basuh dan bilas segala pinggan mangkuk dan besen dalam sinki. Kakak aku pula dah mula buat muka. Bila time makan, aku pergilah panggil si Jenab ni, aku tengok dia boleh layan novel cerita “Lafazkan kalimah cintamu” sambil baring atas katil. Sabar je la. Malam tu aku bergosip la dengan kakak aku. Aku cerita la pasal si Jenab ni dekat kakak aku. Terkejut kakak aku. Siap buat muka tak puas hati.

Kakak aku cakap, nak tegur serba salah. Nasib baik 2 bulan je. So, kakak aku pun bagilah nasihat dekat aku. Aku listkan nasihat kakak aku, Jaga adab kita di tempat orang. Kalau boleh, tinggalkan kebiasaan buruk yang kita selalu buat dekat rumah kita. Contoh, kalau sebelum ni kita tak jaga kebersihan, bila dekat tempat orang, kenalah jaga kebersihan. Biar orang suka dekat kita.

Jaga adab kita sebagai tetamu. Walaupun kita ni tetamu, apa salahnya kita tolong tuan rumah. Jangan jadikan rumah tuan rumah tu macam hotel. Kalau tuan rumah memasak, apa salahnya kita pergi tolong apa yang patut. Kalau tak nak tolong pun, tunjuk muka pun dah boleh. Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Adab sebagai tuan rumah. Layan tetamu kita dengan baik. Kalau ada yang salah, tegur. Contohnya macam mak aku la. Tetap layan si Jenab dengan baik walaupun aku pun sakit hati dengan perangai si Jenab tu.Jaga maruah kita. Nak-nak lagi sebagai seorang perempuan. Jaga maruah mak ayah kita. Kita pergi tempat orang bawa maruah mak ayah kita. Jangan kita buat perangai yang tak senonoh yang buatkan orang tak suka kita.

Sebab orang nilai kita, macam mana kita, macam tu la ajaran mak ayah kita dekat kita. Tu je nasihat kakak aku dekat aku. Sampai hari ni aku masih pegang nasihat kakak aku. Bila aku pergi rumah mak cik aku masa cuti sekolah, kakak aku siap warning lagi. Jangan bawa perangai tak senonoh aku pergi rumah mak cik aku. Hahaha. Bukan tak senonoh apa, biasa la, kalau dekat rumah sendiri, bebas nak bangun pukul berapa.

Tapi bila dekat rumah mak cik aku, lepas subuh tu tak tidur dah. Tolong mak cik aku apa yang patut. Kadang-kadang bila mak cik aku puji cakap aku rajin, kakak aku siap boleh buat mata ke atas. Hahaha. Sakit pulak hati aku. Tapi bagi aku, biarlah aku berlakon, asalkan aku tahu adab aku bila dekat tempat orang.

Tu je luahan aku berkenaan adab. Sekarang ni pun aku tegas didik anak-anak aku pasal adab. Sebab bagi aku, anak-anak aku ni la cerminan aku dengan suami aku bila kami dah tak ada nanti. Sekian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *