Sengaja aku perhatikan pelajar tahfiz tu ambil selipar aku dan bawak pergi.

Biasanya jika kita pergi masjid terutama kaum lelaki mesti risau jika selipar mereka hilang ketika pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Namun, kisah seorang ustaz ini menceritakan mengenai perihal anak muridnya di laman sosial membuatkan orang ramai terkesan dengan ceritanya.

Seorang ustaz lepasan tahfiz, Abdullah Hafizzan, berkongsi cerita mengenai seorang anak muridnya yang dalam diam mencuci seliparnya yang kotor disaluti tanah lecak hingga bersih di akaun laman sosial mukabuku miliknya.

Kebiasaannya, dia akan menyemak hafalan kesemua anak muridnya di surau dan menanggalkan selipar seperti biasa di bahagian luar surau. Alkisahnya semalam aku pergi kenduri kahwin. Kebetulan pagi semalam hujan lebat. So bila sampai kat kenduri kahwin tu, tanah lecak. Selipar yg aku pakai pun kotor teruk la kena lecak.

Jadinya pagi tadi aku pun pergi la ke sekolah dengan selipar kotor berlecak2 tu. Terlupa nak basuh. Lagipun lecak2 pon selipar nike. So takde la nampak buruk sangat kalau ada lambang “swoosh” tu. Bila sampai dekat musolla/surau a.k.a tempat kebiasaan aku menyemak hafalan budak2 ni, aku pun tanggal selipar aku tu dekat luar surau. Masuk surau, aku semak habis semua hafalan budak2 ni.

Ada yg hantar, ada yg tak hantar sebab tak lancar. Yg tak lancar aku rothan la. Silap la kalau dengan aku ko tak lancar.

Habis kelas, aku keluar dari surau. Dan aku tak terkejut pun bila tengok selipar aku dan selipar ustaz sorang lagi yg kami tanggal kokse kodey tadi, dah tersusun dalam posisi macam masa kau parking reverse. So mudah utk disarung. Memang dah jadi kebiasaan budak2 ni suka susun selipar ustaz dorang. Dorang wat diam2. Kitorang tak mintak pun. Tapi tulah, adab dan khidmat dorang dekat guru2.

Dan lepas solat zohor tadi, masa dorang semua keluar surau, aku terperasan salah sorang dari mereka, tunduk ke bawah dan mengangkat selipar aku ke satu lokasi yg tidak diketahui. Aku tenang2 je. Aku tak cepat2 rakam video lalu upload dekat laman sosiial “pelajar tahfiz mencurii” demi mengejar viiral. Rilek2 k jangan gopoh. Sementara tu, aku buat la aktiviti lain sementara tunggu budak tu “memulangkan” balik selipar aku tu.

Tak lama selepas tu, aku nampak budak tu kembali dan meletakkan balik selipar aku. Tapi aku buat2 tak nampak la sebab aku dah dapat agak apa yg dia dah buat. Lepas dia letak selipar, terus dia masuk kelas. Dan waktu tu aku pun menghampiri selipar aku dan ternyata, sangkaan aku tepat. Selipar aku kelihatan bersih seakan2 baru. Lambang swoosh tu pun bersinar2 bagaikan mutiara.

Aku tersenyum. Aku terharu, sebab aku tak suruh pun. Terharu, sebab dia tak cakap pun dekat aku apa yg dia dah buat dekat selipar tu. Lebih mengharukan, budak tu adalah salah seorang pelajar yg aku rothan tadi sebab tak dapat hantar sabqee pagi tadi. Dan mmg dia selalu kena rothan sebab tak hantar sabqee. Kalau aku jadi dia la, memang tak la kau nak cuci selipar ustaz yg selalu rothan kau.

Tapi tulah, alhamdulillah, diorang ni takde berdendamm dengan ustaz2 diorang. Aku pun masuk kelas dan mengajar macam biasa. Sengaja aku tak jumpa budak tu dan ucap terima kasih. Aku yakin dia ikhlas, so aku diamkan utk biarkan ia kekal begitu. Terima kasih anak murid. Moga2 rasa redha, gembira dan bahagia aku rasa hasil daripada perbuatan dia akan menjadi asbab utk memudahkan hafalan dia dan anak2 murid yg lain.

Semoga korang dapat keberkatan dalam ilmu yg korang belajar. P/S: saja aku tulis pasal ni sebab nampak 2 3 hari ni tengok ramai dok kecam institut tahfiz/madrasah. So sebagai lepasan tahfiz dan masih berkecimpung dalam bidang tahfiz ni, berasa terpanggil la juga nak share benda2 mcmni. Biar korang tau, kami miskin fasiliti tapi kaya dengan adab. Dan ofkos bukan semua budak tahfiz bagus. Dan juga bukan semua budak tahfiz tak bagus.

Orang yg berakal rasional insyaAllah takkan ada masalah nak faham sifir ni. Beliilah selipar yg original, nescaya akan tahan lama. Dah dekat 4 tahun, tapi tapak tak haus2 lagi. Yg aku belii dkt uptown haritu tak sempat 6 bulan tapak dah licin. Pengguna laman sosiial turut berasa terharu dan memuji murid tersebut yang masih memiliki adab dan budi pekerti yang tinggi sepertinya.

Diharap kita semua dapat mendidik generasi akan datang ini dengan betul supaya mereka akan menjadi insan yang berhati mulia dan berbudi bahasa ketika dewasa kelak.