Kerana sifat tamak dan membazir tetamu, akhirnya lauk tak cukup masa kenduri.

Malam ini aku dijemput menghadiri kenduri kawin sahabat aku di Ceras, KL. Dah selamat dah dia dengan hidup barunya. Senyum memanjang. Mungkin sampai ke subuh senyum agaknya!

Cuma malam ni aku nak cerita sikit tentang sikap tetamu yang tidak patut di lakukan bila menghadiri kenduri kawin. Aku sampai tidak lah lewat. Lebih kurang pukul 9.00 malam. Majlis bermula 8.00 malam.

Setibanya aku, aku bersalam lah dengan pengantin, sahabat aku ini. Di telinga aku, dia berbisik, “Mal, mohon maaf ya jika makanan dan lauk tak cukup. Aku jemput 400 orang. Buat catering 500 orang. Tak sangka pulak tak cukup.”

“Tak apa lah halim, banyak lagi tu kueh mueh. Aku datang pun bukan kerana nak makan, nak ra’i anta kawin.” Selepas bersalaman, aku pun pergilah ambik sepotong kueh dan bubur kacang. Aku lihat nasi masih ada lagi, cuma lauk dan gulai tinggal sedikit. Aku pun memang jarang makan nasi waktu malam.

Biasanya, roti naan jer. Aku ambiklah satu sudut meja apabila melihat kawan kawan lain tak ada lagi. Sama ada belum datang atau dah balik. On the way cari meja, aku terpandang meja disekeliling yang belum di kemas. Pinggan nasi, nasi tak di habiskan. Lauk pauk yang di masukkan dalam nasi tidak di makan.

Kueh, buah di ambik banyak banyak tapi tak di habiskan. Malah di atas kueh yang masih elok dituang pulak air dan di hempap dengan kertas tisu. Bukan satu pinggan. Banyak pinggan yang begitu. Bersisa makanan yang tak dihabiskan, malah ada makanan yang masih elok dibiarkan tanpa di makan.

Sangka baik aku, mungkinlah makanan tak sedap. Aku pun rasalah bubur. Sedap. Kueh talam, sedap. Karipap, sedap. Aku tak puas hati, kenapa mereka tak habiskan makanan sedangkan kueh mueh yang aku makan semua lazat dan sedap.

Mungkin nasi dan lauk pauk tak sedap kot! Aku pun pergilah ambik sedikit nasi, masak merah yang hanya tinggal tengkok ayam, sedikit kuah dalca dan ayam goreng yang bersisa. Aku rasa rasa, semua nya sedap. Malah tengkok ayam pun sedap.

Dalam hati aku berkata, sohih, ini mesti kes tetamu yang tamak dan tak berakhlak. Patutlah tak cukup! Kenapalah kita jadi begini! Selama ini aku tak perasan, mungkin agaknya ini terjadi kepada semua yang buat kenduri. Cuba korang pandang pandang nanti bila pergi kenduri, betul tak cakap aku.

Kesianlah sikit kat tuan rumah. Kalau makanan banyak boleh lah consider tak apa kerana tetamu yang lambat datang dapat lagi makan. Tetapi kalau makanan cukup cukup saja diorder mengikut jemputan, naya tuan rumah. Malu dia dengan tetamu lain yang datang tak dapat makan.

Musim cuti sekolah ni, memang akan ramai yang buat kenduri. Jadi tetamu dan jemputan, berpada padalah ambik makanan. Ambik sikit dulu dan rasa. Tak sedap jangan ambik. Kalau sedap, belasahlah! Memang tuan rumah jemput untuk makan. Janganlah sebab korang bagi rm10 ampau kawin pada tuan rumah, korang boleh buat apa yang korang suka pada makanan dan rezeki anugerah Allah ini.

Kalau habis tak apa, tapi kalau membazir? Bayangkan kalau terjadi pada keluarga korang yang buat kenduri, last last tak cukup sebab sikap tetamu yang tak ada hati perut! Kalau kat hotel jangan tanyalah! Ambik makanan macam kebulur seminggu tak makan.

Jangan ingat tak berdosa tak habiskan makanan. Aku harap kawan kawan yang nak hadir kenduri tu, berpada padalah. Kalau bawak anak, ajarlah anak akhlak bila berhadapan dengan makanan. Malas aku nak nak tulis panjang panjang dah! Korang pikirlah sendiri.

“Sesungguhnya orang orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”. Selamat pengantin baru bagi yang kawin pada musim cuti sekolah ini. Free to share. Penulis faqir, muharrikdaie

satu lagi sebagai tambahan nak tegur jugak tetamu ni jangan le tunjukkan perangai buruk seperti senarai kat bawah ni, kekadang menyampah pun ada.

Jangan mengumpat pengantin. Lelaki dia tak sesuai dengan isterilah, isteri dia muda sangatlah, suami dia gelap, isteri gemuk, tak sama darjat, berbeza negerilah. Akak segak sangat ea?.

Yang kedua, jangan lekehkan makanan yang terhidang. Lauk ni tak sedap, kedekut lauk. Makanan sampingan tak ada. Nak apam balik, mee rebus, ais krim, char kuetiaw. Makcik nak aneka juadah, gi pasar malam lah. Banyak di sana.

Yang ketiga, Jangan hina bilik pengantin. Pakai tirai lama, bilik tak cat baru, cadar tak matching dengan dinding. Siapa nak tidur di bilik tu sebenarnya, makcik ke pengantin?

Yang keempat pula, Jangan tak bersyukur bila dapat buah tangan. Rumah besar kenapa dapat bunga telur je? Ceh, coklat 20 sen, kain tuala..surah yasin.
Haa, elok dia bagi surah yasin. Mudah-mudah makcik mati nanti senang anak-anak nak bacakan.

Yang kelima da enam. Kenduri suram. Tak ada DJ radio, kompang, karaoke…pelamin. Orang mukmin tak harap sambutan begini. Orang dah jemput gi kenduri dia tak mari. Bila orang tak panggil itu pula yang dia nak pergi.

Dan yang terakhir, dah makan tapi nak bungkus bawa balik rumah. Adalah benda dia nak minta bungkus. Daging, gearbox, acar, bubur, laksa…Majlis tak habis lagi dia dah sibuk usung plastik. Eh…

Kenduri sepatutnya jadi suatu majlis yang eratkan silaturrahim, bukannya majlis mengumpat dan keramaian dosa.
Tuan rumah sudah berusaha melaksanakan yang terbaik, kita sebagai tetamu jagalah adab dan etika. Semua tak kena macam kita sahaja yang sempurna.

Kalau niat anda ke majlis walimah hanya untuk mengkritik dan mengumpat tuan rumah..batalkan niat.
Takut orang di sana makan daging lembu dan ayam. Awak makan daging sedara sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *