“Mumy Dady tahu tak ini khurafat”. Ijam ni lahir sebab Mumy Dady dah buat perjanjian dengan mahluk dlm hutan tu.

Masa aku tengah bawak motor slow-slow nak balik rumah tu, aku terperasan ada sorang orang tua tinggi sgt ni, anggut panjang parah pusat berjalan tepi jalan sambil heret harimau putih. Pelik giler mana ada orang bawak harimau jalan. Lepas dah jauh sikit, aku tengok kat side mirror, orang tua tu dah tak ada. Sekali dengan harimau dia ghaib. Gila, bersiar-siar tepi jalan bawak rimau. Ke aku yang gila?

Sampai je rumah. Aku sms pakda bagi tahu da sampai. Aku rasa mcm xsedap hati je time tu. Nampak orh tua dengan harimau tu.

Tiba-tiba ayah datang. “Kau pergi mana Ijam? benda apa yang kau bawak balik? cakap!!!” Dedi aku dah hala penumbuk ke muka aku. Aku rasa dia dah dapat agak yang aku curi-curi balik kampung. “Tak pergi manalah, d…” Aku jawab perlahan. Malas dah nak jerit-jerit. Aku rasa macam aku kat dunia lain dah.

“Kuang hajar kau ni erk?” Tinggi dedi aku angkat tangan…

Pang!!!

Aku pejam mata. Tapi pipi aku tak ada pun rasa sakit. Sekali…bila aku celik, aku tengok dedi aku dah terperosok bawah meja makan. Dan orang tua yang tinggi tu berdiri betul-betul depan aku. Tangan dia terhala ke depan. Dia yang pukuul dedi aku?

Aku tergamam. Aku dah tak boleh handle dah. Serius aku rasa macam aku mimpi.

“Dedi…”

“Ya Allah…Kamu puukul dedi kamu, Ijam?” Mami aku datang.
Pang ak pulak kene lempang.

“Keluar sekarang!” Mami aku menjerit sambil dia bantu dedi aku bangun.

Aku pun bodoh jugak. Ikutkan ego aku. Anak manja. Tak pernah kena lempang. Aku teruslah ambik baju apa yang patut, blah pergi rumah Anip balik.

Fikiran aku celaru gila masa tu. “Anip, aku on the way pergi rumah kau ni.” Atas motor aku call Anip.

“Weeiii, setan, aku kat klinik ni. Aku excident dowh. Kereta aku habis remuk. Kau bawak balik khurafat apa dalam kereta aku dowh?”

Terjegil mata aku. “Serius r Nip? kau kat klinik mana?” Lepas Anip bagitau lokasi klinik, aku pecut ke sana.

Nasib baik Anip luka sikit je kat dahi sebab terhentuk kat stereng. Muka pun luka sikit kena cermin depan yang pecah.

“Aku naik slow je dowh. Siang-siang buta ada hantu. Kau tau tak? dalam kereta aku tu bau macam celaka. Lepas tu, pasir. Pasir merata-rata dalam kereta. Tengah-tengah drive nak g Mcd je pun. Aku usha cermin belakang. Ada pempuan rambut panjang ke depan. Apa lagi…menonong aku langgar tembok. Terkejut dowh. Bukan takut.”

Aku terdiam. Tiba-tiba aku terfikir pasal pasir yang aku jumpa dalam kereta Anip. Aku diamkan je. Aku pendam.

“Naiklah..Aku nak tumpang rumah kau dua tiga hari. Takpe ke?”

“Kau ni dah kenapa dowh? baru balik tadi je, dah nak tumpang rumah aku pulak. Aku no hal…Jom jom…ada jugak member lepak main game.” Anip punyalah suka kalau aku lepak rumah dia. Mana tak suka, aku jadi orang gaji.

Malam tu,tak.boleh tidur. Dahla asyik dengar bunyi harimau mengaum kat luar rumah. Dalam masa yang sama, aku teringat kat mami ngan dedi. Entah macam mana keadaan dorang. Jahat gila aku tinggalkan dorang macam tu. Banyak benda yang aku tengah pikir. Nak bersembang dengan Anip pun aku rasa malas. “Kau pergi mandi, solat, baca Quran, lepas tu tidur. Aku nak tidur dah ni.”

Berbaring sambil tangan kat dahi. Aku rasa macam orang tua ada je sekitar rumah Anip. Aku bangun dari pembaringan. Aku duduk sambil usha kiri kanan depan belakang. Masa tu jugak aku dengar bunyi harimau macam selalu.

“Assalamualaikum wahai orang muda yang baik hati. Izinkan aku masuk.” Perghhh, aku nampak bayang lelaki tinggi tu berdiri depan sliding door. Gila. Aku bangun cepat-cepat. Tak seram dah time ni, sebab aku nak sangat tau siapa orang tua ni sebenarnya. Aku bukak sliding door, aku keluar, mengadap orang tua tu. Bapak r tinggi. Aku paras siku dia je.

“Waalaikumusalam…Kita cakap je kat luar. Ni rumah kawan saya. Tak elok kalau saya izinkan awak masuk.” Aku jeling-jeling kiri kanan jugak, takut ada jiran-jiran Anip nampak aku tengah sembang sorang-sorang. Kang kena cop gila tak pasal.

Orang tua tu duduk bersila di atas rumput karpet yang ada kat halaman rumah Anip. Aku still berdiri, bersandar kat dinding. Hah, bila orang tua tu duduk baru selesa nak sembang. Tak payahlah asyik nak langut je.

“Saya nak tau, macam mana awak boleh ikut saya ni? Kenapa saya nampak awak?” Aku sikit pun tak rasa seram bila berdepan dengan orang tua tu. Pelik jugak.

“Orang muda, panggil saja aku Muaz. Dan harimau aku itu Putih. Aku ini sudah lama melihat kamu wahai orang muda. Sejak kecil aku melihat kamu. Cumanya kamu tidak melihat aku kerana tanpa izin dari Allah, kamu manusia tidak dapat tembus lihat ke alam aku.

Aku selalu saja berada di sekitar kamu, tetapi baru-baru ini kamu dapat melihat aku, jadi aku akan selalu mengikut kamu, wahai orang muda. Hanya orang yang hatinya baik sahaja dapat berteman baik dengan bangsa kami.” Naik meremang pulak aku masa tu.

Aku tanya “Habis, hari tu, kenapa Muaz pukuul dedi saya?”

“Aku ini rela menjaga kamu. Aku sayangkan sahabat aku. Jika ada apa-apa bencana, jika ada apa-apa bahaya, aku akan cuba membantu kamu. Aku mohon maaf wahai orang muda. Sampaikan maaf aku buat ayah kamu. Aku tidak sengaja mahu memudaratkan ayah kamu. Aku hanya menghalang dia dari memukul kamu,

“Habis tu, sampai bila awak nak ikut saya ni?” soalan bengong.

“Sehingga aku masih diizinkan Allah untuk bertemu dengan kamu.”

“Ijam…Ijam…” Anip menjerit tak sangka. Berlari dia keluar. Terkejut aku. Lekas-lekas aku tutup sliding door. Tapi masa tu Muaz dah hilang. Ghaib. Tinggal bau wangi je. Aku pun rasa lega. “Apahal kau ni?”

“Telefon kau bunyi kau tak dengar ke? Ni ada orang nak cakap ni. Anas nama dia.” Anip serahkan telefon kat aku. Anas? Apahal budak KFC ni call aku malam-malam buta?

“Assalamualaikum, Nas? Kau ke tu?” Seriau jugak aku, kang benda tu menyamar ke apa, bukan boleh harap sangat.

“Waalaikumusalam, Ijam. Ni aku nak habaq ni, Fatehah duk nazak dah Ijam. Hang tak mau balik ka? Balik la tengok dia. Hari tu masa dia sihat. Dia tanya, mana orang yang ruqyah dia tu? Dia nak jumpa. Hang balik kaih Ijam…aku takut hang tak dan jumpa dia…”Sayu suara Anas.

terbayang-bayang wajah Fatehah. Allah…Hati aku rasa macam ditoreh-toreh dah. Rasa macam nyawa aku dah keluar dari jasad.

“Aku balik. Kau tunggu. Aku balik sekarang jugak.” Aku letak fon. Aku mengadap Anip yang tengah ternganga kat depan aku. Blur.

“Pehal dowh? Nak balik mana?”

“Aku kena balik Kedah, Nip. Fatehah Nip. Fatehah. Nip, kau pergi pinjam kereta sapa-sapa boleh? Aku terdesak sangat ni.Nip tolong aku Nip, ni antara hidup ngan maati ni Nip.” Aku macam nak menangsi dah. Tahan-tahan je sebab malu kat Anip.

“Alah, kereta ibu aku yang terpacak kat sini ni, nak buat apa? Naik jelah dowh.” Anip tunding jari ke arah kereta BMW X6 yang ibu dia punya. Gila Anip ni.

“Boleh ke? Tak apa ke?”

“Siap bro. Nanti pandailah aku ayat ibu aku.” Anip pun dah gerak siap apa yang patut.

Lepas semua siap, kami bertolak. Tepat pukuul 12 malam.
Kami sampai sana, pukuul 4.50 pagi.

“Assalamualaikum…” Aku laju je melangkah ke pintu depan rumah imam.

“Waalaikumusalam…Allah…Ijam. Hang dari mana ni?” terpinga-pinga imam. Sejuk tangan dia masa bersalam dengan aku.

“Saya dari KL, pakda. Saya dapat tau Fatehah tak sihat. Anas call saya. Saya datanglah nak tengok dia. Fatehah okay ke tak, pakda?” kalau ikutkan hati, macam nak lari je terus masuk dalam rumah imam. Nak cari Fatehah. Nak tengok keadaan Fatehah dengan mata aku sendiri. Baru aku puas hati.

“Masuk dulu. Ajak kawan hang masuk.” Imam bersalam pulak dengan Anip. Anip ni tak tau nak hulur tangan dulu dengan orang tua. Hish…

“Kami tak tidur sebab jaga Fatehah. Mak Cik Da kamu duk baca Yasin tu. Masuklah.” Imam izinkan aku dan Anip masuk. Aku melangkah slow-slow ke arah bilik Fatehah. Iya, bilik yang aku azan dulu tu. Rindu kut.

Anip ikut langkah aku.

“Masuklah, tengok Fatehah…” Imam ni memang faham je perasaan aku. Dia izinkan aku tengok anak dara dia yang tengah sakit tu.

Allah…Tengah sakit teruk pun, Fatehah masih dijaga auratnya. Fatehah dipakaikan jubah hitam, dan selendang hitam. Muka dia berseri walaupun dah cengkung teruk. Bibir dia merah, tak pucat macam orang sakit lain. Mata dia cengkung, lembut je terpejam rapat.

Aku nampak bibir Fatehah bergerak-gerak. Walaupun aku tak dengar apa yang Fatehah sebut, tapi aku yakin, dari gerakkan bibir dia, dia tengah sebut Allah…Allah…Allah…Allah.

Badan Fatehah dan banyak susut. Aku berdiri di sisi katil. Melihat Fatehah yang tak bergerak. Melihat matanya yang terpejam. Hati aku luluh. Jiwa lelaki aku terasa ngilu. Aku lihat Mak Cik Da, tabah membaca Yasin di sisi Fatehah. Tak ada pun setitis air mata yang mengalir. Kuat sungguh hati dia.

Pakda pulak berdiri di hujung katil. Merenung keadaan anak tunggalnya yang lemah.

Aku mengangkat tangan. Aku pejam mata. Aku baca doa yang orang baca time melawat orang sakit tu. Lepas tu aku bacakan juga Al-Fatihah. Moga Allah permudahkan segala urusan Fatehah.

“Nak ke toilet jap, pakda…”

“Ha, p lah…” Pakda angguk-angguk.

Aku berjalan laju-laju ke toilet. Bapak r, sedih kut. Tengok perempuan yang kita sayang terbaring macam tu. Serius aku sedih. Sebab aku Fatehah jadi macam tu. Bayangkan, bayangkan aku dengan Fatehah mana sempat sembang. Sedih kut. Bila aku datang balik dia dah tak sedar macam tu.

Aku menangis. Sumpah aku menangis kaw-kaw punya. Aku tak tau kenapa rasa sayang aku kat Fatehah kuat gila. Ni bukan cinta yang biasa-biasa. Cinta apa jadahnya, sembang pun tak pernah? Rasa yang mencucuk-cucuk jiwa aku ni, lebih kepada rasa tanggungjawab. Iya, rasa bertanggungjawab untuk menanggung segala apa yang telah Fatehah lalui hanya disebabkan aku. Ye, punca dia aku.

Lama jugak aku berkurung dalam toilet tu. Lepas nangis, aku muntah darrah. Lepas tu nangis lagi. Lepas tu muntah lagi. Aku sendiri pun dah rasa lemah. Aku keluar dari toilet, bila dengar azan subuh. Lepas tu siap-siap pergi masjid denggan iman dan Anip.

Masa dalam sujud time solat subuh tu. Aku minta pada Allah supaya izinkanlah Fatehah sembuh. Izinkanlah dia dapat sembang dengan aku, walau hanya sekali. Aku minta sungguh-sungguh.

Alhamdulillah, pagi tu, aku balik dari pekan Kuala Nerang, pergi cari nasi lemak dengan Anip, aku tengok Fatehah tiba-tiba dah boleh bangun. Muka dia segar gila. Hati aku lega. Lega sangat-sangat. Allah dah makbulkan doa aku.

Aku, Anip, Mak Cik Da dan imam bersarapan kat meja makan, Fatehah yang buatkan air. Aku suka tengok Fatehah dah sihat. Muka dia berseri-seri lain macam. Mungkin ada hikmah Allah nak aku datang sini semalam, sebab mungkin Allah nak aku jumpa Fatehah dalam keadaan yang macam hari ni. Imam dengan Mak Cik Da pun bukan main lagi happy. Semalam muka masing-masing mendung je. Risau.

“Assalamualaikum…Ayah suruh bagi ni, kat abang Ijam.” Petang tu, masa aku tengah main gitar dengan Anip ngan Anas kat kerusi batu di halaman rumah imam, Fatehah datang dengan sepasang baju melayu warna krim.

Aku jelling-jeling kat Anip ngan Anas, suruh blah. Sebab aku nak sembang kejap je ngan Fatehah.

“Wei, mai sini. Kita isap rokok.” Anas tarik Anip pergi kerusi batu yang satu lagi. Kat halaman rumah imam ni ada banyak set kerusi batu yang sekali dengan meja tu. Lepaklah kau puas-puas.

Lepas dua mangkuk tu blah, aku baru senang sikit nak bercakap dengan Fatehah. Itupun mangkuk dua ekor tu bukan duk jauh-jauh pun, duk sebelah je. Tadah telinga. Haram tul.

“Fatehah bagi salam tadi…” di balik furdah berwarna hitam. Fatehah bersuara lembut. Pandangan dia tunduk ke bawah. Ayu sungguh.

“Waalaikumusalam…Fatehah.” Masa tu baru aku perasan dia panggil aku Abang Ijam wei. Abang..Abang…tak apa, tu latihan untuk jadi isteri esok. Ha Ha Ha.

“Baju ni, ayah suruh Fatehah bagi kat abang…ambikla…” dia sua kotak jernih berisi baju melayu warna krim.

“Untuk apa ni Fatehah? Kenapa bagi baju ni kat saya?” Ternganga aku. Nak ajak aku nikah ke apa ni? Aku on je. Gatal.

“Fatehah belikan baju ni kat ayah. Tapi tak muat. Jadi ayah kata, nanti kalau ayah suruh Fatehah bagi baju ni kat siapa-siapa yang ayah berkenan, Fatehah kena bagi sendiri. Lepas tu, tadi ayah suruh Fatehah serah baju ni kat abang.” Jujur sungguh gadis suci depan aku ni berbicara. Tak dapat nak balas kata-kata Fatehah. Aku kelu saat tu. Sumpah.

Gitar yang ada kat tangan aku. Aku petik. Cover lah. Muka tengah blushing time tu. Aku capai kotak baju melayu dan aku letak kat tepi. “Terima kasih, Fatehah…”

“Kalau Fatehah nak abang mainkan satu lagu kat Fatehah buleh dak?” lembut permintaan Fatehah.

“Lagu apa? Saya tak reti sangat main gitar ni.”

“Lagu…Tak apalah. Nanti Abang Ijam bacakan Al Fatihah je untuk Fatehah. Kan tu lagi baik?” Fatehah senyum. Aku tau dia senyum, sebab aku nampak mata dia mengecil. Walaupun aku tak nampak bibir dia senyum sebab dia pakai furdah.

“Abang nak masuk mandi. Nak siap-siap pergi masjid. Alhamdulillah, Fatehah dah sihat. Syukur…Abang suka tengok Fatehah macam ni. Abang minta maaf ye sebab abang Fatehah sakit…”

“Abang…Bukan…Sakit ni dari Allah. Allah yang tengah menguji Fatehah. Tak apa. Fatehah Redha. Fatehah masuk dulu ye…Moga Allah akan selalu melindungi Abang yang baik…” sempat Fatehah doakan aku sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Berdekah Anip dengan Anas ketawakan aku. Sebab muka aku merah time sembang-sembang dengan Fatehah. Gila dorang tu.

Malam tu, aku ingat nak balik. Rindu gila kat mami ngan dedi. Dahlah pinjam kereta ibu Si Anip tu je. Lepas Isyak, aku dah siap-siap nak balik. Anip pulak macam berattt je nak balik. Dah kenapa Anip ni? Bukan awek dia ada kat sini pun?

“Fatehah mana pakda? Saya nak jumpa dia kejap je. Boleh pakda?” aku bersalam dengan imam. Aku cium tangan dia. Aku peluk dia erat-erat. Masa ni, aku angkat muka je, aku nampak Muaz melintas. Mak ai sampai ke sini dia ikut aku?

Aku buat bodoh jelah. Lagipun aku rasa lega sebab balik ke kampung kali ni, aku tak ada kena ganggu sangat. Tapi aku nampak muka Muaz macam nak bagitau aku sesuatu. Aku buat donno je, dia pun hilang.

“Ijam…Ijam…hang duk tengok apa tu? Kata nak jumpa Fatehah? Dia duk baca Quran tu, kat bilik dia. Dengan mak cik hang. P lah jumpa…” Imam mengejutkan aku.

“Yelah…” Aku bergerak ke ruang tengah, Anip pergi masukkan barang dalam kereta.

“Mak cik nak ke mana?” Aku berselisih dengan Mak Cik Da kat ruang tengah. Dia masih bertelekung.

“Nak tengok kamu baliklah…” Masa tu Fatehah pun keluar dah dari bilik dia. Berjalan ke ruang tamu.

Aku patah balik. Fatehah berjalan sebelah aku. Mak Cik Da dua tiga tapak di depan.

“Saya dah nak balik ni, Fatehah…”

Pap!

Tiba-tiba Fatehah rebah ke lantai. Tak sempat aku nak pegang dia.

“Allah…Fatehah…Mak cik, Fatehah ni…Ya Allah…” Aku angkat jelah Fatehah tu. Orang dah tak sedar kan, takkan nak biar je terjelepuk kat lantai?

“Abangggggg….Abangggg…” Mak Cik Da dah menjerit tak ingat dunia. “Ijam…angkat Fatehah Ijam…”

Aku angkat Fatehah bawak masuk bilik. Baringkan dia kat katil. Masa tu dia bertelekung putih. Tak berkutik dia walaupun banyak kali aku panggil. Dalam dada aku, dup dap dup dap macam nak tercabut jantung.

Imam, Mak Cik Da ngan Anip berlari masuk. Imam terpa Fatehah. Dia tepuk-tepuk pipi Fatehah. Dia letak jari kat hidung Fatehah. Dia rasa nadi kat tengan Fatehah. Lepas tu dia diam. Berdiri kaku sambil tenung wajah tenang Fatehah.

Aku berdebar. Aku menggigil.

Mak Cik Da terkam ke arah Fatehah. Dia hinggut-hinggut tubuh Fatehah. “Fatehah…Fatehah awat ni? Bangunlah…bangunlah…Fatehah…” Dia angkat muka, tengok imam yang berdiri kaku. “Abang awat dengan anak kita ni bang? Awat?” Mak Cik Da menangis.

“Innalillahiwainnalillahirajiun…” Imam pejam mata diringi air mata yang berderai di pipi.

Aku terkelu. Badan aku rasa ringan. Terus aku terduduk kat lantai. Fatehah dah tak ada…

“Ijam…Ijam…Ijam…kau okay ke?” Anip bercangkung tepi aku. Dia pegang bahu aku.

Detik tu, takkan boleh aku lupa sampai bila-bila.

“Nanti Abang Ijam bacakan Alfatihah jelah untuk Fatehah, kan lebih baik?” terngiang-ngiang permintaan Fatehah tu. Dalam diam, aku bisik surah Al-fatihah. Malam Jumaat tu, Fatehah pergi tinggal kami semua. Hujan renyai-renyai turun. Aku termenung. Sementara Imam, sibuk menghubungi saudara mara terdekat.

Esoknya, akulah manusia yang mengusung keranda Fatehah. Akulah yang menghantar dia dengan bacaan Alfatihah di setiap langkah kaki meninggalkan pintu rumah. Masa jenazah diuruskan, satu rumah berbau wangi ya amat. Aku tahu, kekasih hati aku adalah bidadari syurga. InsyaAllah. Ada hikmah aku berpisah dengan dia di dunia. Mungkin Allah tidak mahu aku sakiti dia yang terlalu baik. Jadi Allah simpan dia di syurga yang indah. Aku redha walaupun hati aku menangis sayu.

Seharian hari Jumaat tu, aku down. Aku tak boleh nak cakap dengan sapa-sapa pun. Aku nak ber sendiri. Aku hanya mahu sedekahkan sebanyaknya al fatihah buat Fatehah.

“Ijam, mami dengan dedi hang mai…” Anas menjenguk ke dalam bilik. Dia macam takut-takut.

“Kejap lagi aku keluar…”

“Ha…baik.” Anas beredar.

Tak berapa lama, dedi sendiri masuk ke dalam rumah. Masuk-masuk je terus dedi peluk aku. “Dedi berdosa, Ijam…Dedi berdosa dengan kamu.” Aku terkejut. Terpinga-pinga.

Mami pun masuk jugak, berdiri di belakang dedi.

“Mai keluaq. Kita selesaikan hai ni petang ni jugak…” Imam panggil kami keluar. Aku, dedi dan mami keluar ke ruang tamu.

“Pakda yang suruh Anip call mami ngan dedi hang Ijam. Kita kena berdepan dengan masalah. Tak buleh lari. Petang ni, kita selesaikan semua ni, Sebelum tahlil malam sat lagi.” Imam duduk mengadap kami semua.

“Pakda, saya minta maaf pakda…” dedi bersuara perlahan. Aik? Dedi kenal pakda?

“Biar pakda cerita semua kat Ijam na? hang izinkan dak?”

“Silakan pakda. Saya izinkan. Kalau boleh benda ni saya nak selesaikan cepat-cepat.” Dedi kelihatan risau.

Aku duduk je. Tengok je perangai sorang-sorang.

“Macam ni Ijam. Sebenarnya Pakda kenai dengan dedi mami hang ni. Dulu, masa hang belum ada. Dedi ngan mami hang ni, kahwin lama tapi tak dapat anak. 7 taun depa kahwin. Depa pernah mai minta ayaq tawaq kat pakda. Minta iktiar supaya depa dapat zuriat. Tapi Allah tak makbulkan. Allah uji depa. Tapi, tulah, kita ni manusia.

Mudah terpedaya dengan setan. Atuk hang dulu, dia komando. Dia banyak ilmu hutan. Dia yang bawak dedi dengan mami hang ni p masuk hutan, p sembah kubuq keramat dalam hutan Pedu sana nu. Depa p bawak kopi bangkai gagak. P bagi penunggu tu minum dan minta anak. Nak dijadikan cerita, sebulan lepas balik dari sini, mami hang mengandungkan hang. Tapi depa janji dah dengan jin tu, depa nak bawak hang mai setiap enam bulan. Nak bawak p jumpa jin tu. Tapi lepas hang lahir, depa busy kerja. Depa lupa. Atuk dengan nenek hang meninggal dalam rumah. Lepas tiga hari baru orang kampung jumpa. Habis terburai isi perut macam kena robek dengan binatang buas. Masa pakda p rumah atuk dengan nenek hang, pakda nampak jin tu. Depa dua laki bini jugak. Ada jantan ada betina. Hat betina tu, rambut dia panjangggg. Hat betina tu dia dah anggap hang ni anak dia Ijam. Sebab tu dia akan ikut hang. Hat jantan ni dia ganas. Suka merasuk. Sebab tu, dedi ngan mami hang ni tak bagi balik sini. Dulu masa umuq hang setaun, depa bawak hang balik. Hang teriak sampai tak mau-mau. Depa bawak hang mai sini, pakda tiup ubun-ubun hang. Hang terus diam. Lepas pada tu, depa tak bawak hang balik sini dah. Lani Ijam nak tanya apa?”

Aku blur. Aku rasa macam mimpi. Apa semua ni? Betul ke dedi ngan mami sanggup buat semua tu? Aku paling kat mami ngan dedi dengan pandangan kosong. Mami asyik menangis. Dedi tunduk memandang lantai.

“Habis? Yang ikut saya balik ke KL dan yang menyerupa jadi Mak Cik Da tu, jin betina tu?”

“Dia akan buat apa saja Ijam…sebab dia nak hang…”

“Pakda, tolong pakda…tolonglah tamatkan perjanjian tu Pakda…Tolonglah…” mami menangis sakan.

Imam seakan buntu. “Perjanjian tu…”

“Wahai sahabat yang baik hati. Izinkan aku membantu kamu.” Tiba-tiba Muaz berdiri di depan rumah. Suara dia bingit. Putih di sisi dia, tengah menjilat bibir.

Aku angguk. “Ijam, nak ke hutan tu…Dedi boleh tunjukkan?”

Semua tercengang. Mami terkam aku. “Jangannnnn!!!! Jangan Ijammmm jangan…”

“Kalau tak selesaikan semua ni, sampai bila-bila kita takkan hidup senang mami. Ijam nak pergi. Dedi, tunjukkan tempat tu.”

“Ijam…kalau ada kawan nak bantu. InsyaAllah, moga Allah permudahkan. Jomlah kita p sana. Bagi selesai sebelum magrib.”

Aku, Anip, dedi ngan imam naik Triton yang imam punya. Kami redah jalan hutan. Dedi pun ingat-ingat lupa tempat tu. Yang dia tau, tempat tu dekat dengan satu tasik. Kereta kami stop kat satu jalan hutan ni. Iya, ada tasik di situ. Biru tasik dia.

“Sahabat. Izinkan aku sahaja ke tempat itu. Bagitahu sahaja tempatnya bagaimana?” Muaz sudah menanti dengan Putih.

“Dedi, tempat tu macam mana?Dedi ingat lagi?”

“Dia kat tengah-tengah hutan, tapi kawasan tu, berpasir. Ada banyak pasir macam kat tepi pantai…Dan…”

Belum sempat dedi habis bagitau ciri-ciri tempat tu, berdesup aku tengok Muaz dan Putih berlari ke dalam hutan.

Boom!!!

Asap berkepul. Angin bertiup kencang macam tempias dari hentakkan yang kuat. Kami semua terkejut. Dedi aku siap berlari masuk dalam kereta. Anip terduduk sambil tekup kepala. Aku dengan imam tak sempat nak mengelak. Kami kaku.

Sesaat kemudian, aku dengar bunyi Putih mengaum. Kuat. Sampai seakan bergegar hutan tu.

“Muazzz…Muazzzz…” aku menjerit. Risau jugak kat kawan sorang tu. Bermaatian dia nak tolong aku.

“Iya, orang muda. Aku di sini.” Tiba-tiba Muaz tercegat di belakang aku. Aku tengok Muaz luka-luka. Putih pun. Habis bulu dia dengan darrah. Putih nampak lemah. “Aku pergi dulu orang muda. Moga Allah selalu lindungi kau.” Ghaib. Muaz Ghaib dan putih juga Ghaib.

“Terima kasih…” hanya itu yang sempat aku ucapkan. Sekali lagi aku dengar Putih mengaum.

“Harimau…jom balik, jom balik…” Dedi menjerit. Rupanya dia pun dengar Putih mengaum.

“Pakda rasa semuanya dah selesai kot no?” Imam tersenyum.

Aku tiba-tiba sayu bila tengok muka imam. Ya Allah, kenapa ada manusia sebaik imam ni? Anak dia maati sebab aku kut, dia sikit pun tak salahkan aku. Aku peluk imam erat-erat. Air mata aku tumpah lagi.

Malam tu, sebelum balik. Kami sempat join tahlil untuk Fatehah. Ya Allah berat sungguh hati aku nak tinggalkan kampung. Sebelum balik, aku ada pergi rumah atuk dengan nenek. Rupanya dorang dah tak ada. Aku syukur pada Allah, dengan apa yang Allah uji aku ni. Aku lebih rasional untuk menempuhi ujian-ujian lain.

Aku pakai baju yang Fatehah hadiah. Dengan baju tulah aku balik ke KL. Setiap kali solat aku akan hadiahkan dia al fatihah. Setiap kali raya, aku balik tengok kubur dia. Walaupun Fatehah dah tak ada, tapi percayalah hingga saat ini, dia masih ada dalam jiwa aku.

Sumber : Fiksyen Shasha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *