“Kenapa Abah buang anak patung Kaklong?”. Dgn perasaan pelik abah jawab tak. Padahal ank patung tu abah dah buang dekat sungai tadi.

Foto Hiasan

Assalamualaikum, Kisah yang aku nak ceritakan kali ni adalah pengalaman kawan sekerja suami aku di Keretapi Tanah Melayu Berhad. Lokasi stesen keretapi terpaksa aku rahsiakan demi menjaga nama baik kawan sekerja suami aku. Tak elok pulak rasanya deedahkan terlalu terperinci kejadian yang baru berlaku 2 minggu lepas.

Kawan sekerja suami aku ni namanya Din. Pada satu hari ni Din bertugas seperti biasa & dia terjumpa anak patung yang sangat cantik di stesen keretapi. (Jangan bayangkan Annabelle atau Barbie.

Tekaan anda salah. Ianya anak patung biasa berisi kapas seperti yang digambarkan oleh Din. Mungkin boleh bayangkan Angela Plush Doll.) Din pun bawak balik anak patung tu ke rumah untuk diberikan pada anak perempuannya yang berusia 14 tahun.

Anak perempuan Din ni aku namakan sebagai Kaklong. Jadi Kaklong sangat suka dengan anak patung tu. Pada hari pertama tiada apa2 yang pelik lagi berlaku. Masuk hari yang kedua, Kaklong mula jadi pendiam & selalu berkurung dalam bilik.

Cuma bila dipanggil untuk makan je baru dia keluar & kemudian sambung semula duduk dalam bilik. Pada hari ketiga pulak Kaklong tak nak pergi ke sekolah dengan alasan dia tak sedap badan. Din pun tak syak apa2, jadi dia biarkan Kaklong berehat di rumah.

Tengahari tu isteri Din lalu di depan bilik Kaklong, dia terdengar suara Kaklong berbual dengan seseorang. Sangat jelas suara tu bukan suara Kaklong tapi seperti suara lelaki. Jadi dia intai Kaklong melalui lubang kunci pintu bilik.

Nampak Kaklong duduk di hujung katil tapi membelakangkan pintu tengah berbual sorang diri. Isteri Din ni tanpa berlengah lagi terus bukak pintu bilik. Kaklong menoleh dengan pandangan yang menyeramkan sambil tanya, “ada apa mak?” Isteri Din tanya anaknya tu sedang berbual dengan siapa.

Tapi Kaklong menafikan & beri alasan yang dia sedang bermain dengan anak patung. Isteri Din dah mula rasa seriau dengan perangai Kaklong yang lain macam tu.

Balik saja Din daripada bekerja hari tu, isterinya terus ceritakan apa yang berlaku. Jadi Din buat keputusan untuk buang anak patung tu ke tempat lain. Isteri Din cuba mengumpan Kaklong untuk keluar dari bilik dengan mengajaknya makan di dapur.

Din pulak dengan segera terus capai anak patung di dalam bilik Kaklong & keluar dari rumah. Din buang anak patung tu ke sebatang sungai yang agak jauh dari rumah. Tapi Din tak terus balik ke rumah, sebaliknya dia melepak dulu di kedai mamak.

Sesampainya di rumah, Kaklong dah mula tercari2 anak patungnya yang hilang. Tapi Din berpura2 tak tahu & berjanji akan gantikan dengan anak patung yang baru. Kaklong cuma berdiam diri dengan muka tak puas hati.

Esok paginya Kaklong masih tak nak pergi ke sekolah. Din pulak seperti biasa, akan mencium Kaklong sebelum pergi ke tempat kerja. Tapi alangkah terkejut beruknya Din bila anak patung yang dibuangnya ke sungai semalam ada di kepala katil Kaklong.

Dalam keterkejutan yang amat sangat tu, Kaklong terjaga. “Kenapa Abah buang anak patung Kaklong?”. Din yang masih terkejut cuma menjawab, “Tak, tak. Abah tak buang. Kaklong tidur balik yer.” Din keluar dari bilik Kaklong, terus telefon tempat kerja untuk mintak cuti kecemasan.

Din beritahu isterinya yang dia nak cari pengamal perubatan Islam yang pandai dalam hal2 mistik ni. Melalui sorang kawan Din, ada sorang ustaz yang sanggup tolong ubatkan Kaklong pada hari tu.

Selepas Asar, kawan Din & ustaz tu datang ke rumah Din. Sebaik saja ustaz tu melangkah masuk ke rumah, Kaklong yang tengah berkurung dalam bilik terus meluru keluar ke ruang tamu sambil membawa anak patung. “Buat apa kau datang sini?? Aku tak suka kau datang rumah ni..!!”,

Kaklong bercakap dengan suara garau & kasar seperti suara lelaki dewasa. Dia hempaskan badan ke sofa. Ustaz terus ajak Din untuk berbincang di luar rumah & mintak Din ceritakan punca Kaklong bersikap sedemikian rupa.

Selepas Din dah jelaskan semuanya, ustaz tu masuk semula ke dalam rumah. “Kenapa kau datang balik?? Keluar..!! Aku tak suka kau datang sini..!!”. Sekali lagi Kaklong menengking. Mata putihnya sudah kemerahan seperti biji saga.

Ustaz mengambil segenggam garam kasar yang dicampur dengan lada hitam lalu dicampak ke arah Kaklong. “Aduhhhh..sakittttt..!!” Kaklong menjerit kesakitan. Din & kawan Din diarahkan untuk membaringkan Kaklong di atas sehelai sejadah. Ibu jari kaki Kaklong dipicit dengan lada hitam.

“Dari mana kau datang?? Kenapa kau masuk dalam badan budak perempuan ni??”, Ustaz memulakan sesi soal jawab dengan makhluk halus yang merasuk Kaklong. “Aku datang dari anak patung tu. Aku takde tuan. Ayah budak tu yang kutip aku..!! Arghhh, sakittt, sakittt..!!”, Kata Kaklong sambil menuding jari ke arah Din.

“Sekarang aku nak kau masuk semula dalam anak patung tu. Aku nak buang ke tempat asal kau..!!”, Ustaz mengarahkan. “Aku tak nak. Budak ni dah buat perjanjian dengan aku. Dia dah berjanji nak jadi tuan baru aku. Aku suka budak ni jadi tuan aku..!!”, Kaklong membalas.

Bermula sesi paksa memaksa & ugut mengugut untuk buat makhluk halus tu masuk semula ke dalam anak patung. Sehinggalah ustaz berkata, “Aku janji kau akan dapat tuan baru kalau ada orang kutip anak patung ni di tempat asal kau.

Sekarang kau nak keluar daripada badan budak ni atau tak? Kalau kau tak nak, aku terpaksa bunuh kau.” Makhluk halus tu masih berdegil. Ustaz pun terus memicitkan biji lada hitam di ibu jari Kaklong. Akhirnya setelah meronta kesakitan, Kaklong pengsan. Dengan tiba2 kepala anak patung yang berada di atas sofa bergerak2.

Mengejutkan semua yang berada di situ kecuali ustaz. Mengikut kata ustaz, makhluk halus tu telah berpindah masuk ke dalam badan anak patung. Maka ustaz dengan pantas membalut anak patung dengan sejadah & diikat mati dengan tali.

Sementara isteri Din menjaga Kaklong yang masih pengsan, Din membawa kawannya & ustaz tu ke stesen keretapi tempat dia terjumpa anak patung. Dalam perjalanan yang cuma dalam lingkungan 5 kilometer itu, sekali lagi mereka diuji.

Meter kereta menunjukkan halaju 40km/j walaupun Din dah menekan pedal minyak semaksimum mungkin. Kereta terasa sangat berat seperti penuh muatan. Ustaz menyuruh Din berhenti di tepi jalan. Sambil membaca beberapa potongan ayat suci, ustaz menggosokkan tangannya di sekeliling balutan sejadah.

Balutan sejadah bergerak dengan kuat seolah2 anak patung tu sedang meronta2 untuk keluar. “Kau duduk diam2. Bergoyang2 buat apa..!!” Marah ustaz. Terkedu Din melihat kejadian paranormal yang berlaku di depan matanya. Perjalanan pun diteruskan tanpa masalah.

Sesampainya mereka di stesen keretapi tu, ustaz mengarahkan Din & kawan Din pergi meletakkan balutan sejadah berisi anak patung ke tempat asalnya. “Letakkan di tempat yang susah dilihat & dicapai oleh orang ramai.”

Kata ustaz sementara dia duduk di dalam kereta untuk berjaga2 sekiranya ada yang mengikut Din & kawannya balik. Kebetulan waktu senja di stesen keretapi pada hari tersebut tak terlalu ramai orang, Din buat keputusan untuk mencampakkan anak patung tersebut ke dalam semak di hujung platform.

Selesai urusan di stesen keretapi, mereka bertiga pun bertolak balik ke rumah Din. Dalam perjalanan sempat Din bertanyakan pada ustaz kenapa tak dibunuh saja makhluk halus tersebut. Jawapan ustaz, “Sebab benda tu mendengar cakap. Kalau jenis yang melawan sehingga membahayakan nyawa anak Din, mungkin saya akan pertimbangkan.”

Sampai di rumah, Din tengok Kaklong dah sedar dari pengsan. Tapi kemudian pengsan semula sebaik saja ternampak ustaz. Jadi untuk mengembalikan semangat Kaklong, ustaz membuat rawatan dengan membaca potongan ayat2 suci sambil menepuk belakang badan Kaklong yang dialas dengan kain sejadah.

Bila semuanya selesai, ustaz pun meminta diri untuk balik. Buka saja pintu rumah, angin kuat menerpa masuk & pokok2 di depan rumah Din bergoyang2 seperti nak hujan ribut. Padahal pokok2 di sebelah kiri & kanan elok saja tak ditiup angin. “Saya tak boleh balik lagi. Benda ni masih belum selesai. Biar saya pagarkan dulu kawasan rumah Din.” Proses memagar kawasan rumah Din pun dilakukan. Selepas tu baru la cuaca elok seperti sediakala. Tiada tanda2 nak hujan langsung.

Kawan Din pun menghantar ustaz tu balik ke rumahnya. Dalam perjalanan balik, motor yang dinaiki oleh mereka berdua macam ditendang dari tepi. Tercampak kedua2nya di atas jalan sehingga luka di tangan & kaki akibat terseret jalan tar. Nasib baik tak kehilangan nsyawa. Benda ni dah main kasar nampaknya.

“Rasanya saya tak langgar lubang pun ustaz. Kenapa sampai jadi macam ni?”, Kawan Din dah mula pelik. Ustaz pun menyuruh kawan Din supaya berpatah balik ke rumah Din sebab bimbang apa2 menimpa keluarga Din selepas dia balik. Syukur Alhamdulillah takde apa2 yang buruk berlaku.

Memikirkan ada benda yang tak kena, ustaz meminta kawan Din tunjukkan tempat Din mencampakkan balutan sejadah berisi anak patung. Sebaik sampai di stesen keretapi, kawan Din pun membawa ustaz ke kawasan semak di hujung platform. Tapi yang peliknya balutan sejadah berisi anak patung tersebut tiada..!

Ustaz pun menghubungi Din untuk memastikan secara tepat di kawasan semak mana anak patung tu berada. Kawan Din yang ada pada waktu kejadian berasa pelik sedangkan dia sendiri nampak Din mencampakkan balutan sejadah berisi anak patung tu.

Ustaz pun keluarkan rotan pendek & membacakan doa di kawasan semak tempat Din membuang anak patung tersebut. Tak lama selepas tu muncul lembaga berbentuk kabus putih dengan mata yang merah saga berhadapan dengan ustaz & kawan Din.

Ustaz : Macam mana kau boleh lepaskan diri?? Aku dah pagarkan balutan sejadah tu daripada kau terlepas keluar.

Saka : Aku taktau. Tiada siapa lepaskan aku. Ikatan tu terbuka sendiri.

Ustaz : Kenapa tadi kau tendang motor yang kami naik?? Apa lagi yang kau nak??

Saka : Kau dah janji nak bagi aku tuan baru tapi kau mungkir janji. Sekarang aku nak kau jadi tuan aku..!!

Ustaz : Aku taknak jadi tuan kau & aku tak janji nak bagi kau tuan baru. Aku cuma janji kau akan dapat tuan baru kalau ada orang lain jumpa & kutip anak patung tu.

Saka tak bertuan itu cuba masuk ke dalam badan ustaz & kawan Din tapi tak berjaya kerana ustaz terlebih dahulu dah memagarkan dirinya & kawan Din. “Hahahaha..kau cuba nak masuk ke dalam badan kami? Ini sudah lebih. Kau betul2 dah melampaui batas. Sekarang aku terpaksa bunuh kau sebab kau dah kacau keluarga Din, aku & sahabat aku.

Allahu Akhbar..!!” Ustaz melibaskan rotan pendeknya sebanyak 3 kali sambil membacakan ayat2 suci. Kabus putih tu hilang sekelip mata. Selesai masalah di stesen keretapi, ustaz mengingatkan Din supaya menghubungi dia jika ada apa2 gangguan yang masih berlaku.

Keesokan harinya, Din menghubungi ustaz sebab dia bermimpi ada seorang lelaki tua datang memberikan barang berbentuk kotak & meminta Din menerima pemberian tersebut. Tapi Din menolak. Yang paling menakutkan ialah isteri Din juga bermimpi benda yang sama & dia juga menolak pemberian tu.

Mujurlah Kaklong tak bermimpi apa2 sebab dah dipagarkan oleh ustaz. Kata ustaz, Din & isteri bernasib baik kerana menolak pemberian kerana kalau pemberian tersebut diterima, maksudnya Din & isteri akan menjadi tuan baru kepada saka yang tidak bertuan itu.

Pengajarannya di sini, janganlah kita suka mengutip barang2 yang tak pasti asal usulnya. Mungkin pada kita, itu cuma barang yang tercicir & ditinggalkan secara tak sengaja oleh tuannya. Tapi pada tuannya, mungkin ia sengaja ditinggalkan untuk diwarisi oleh tuan baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *