“Dia buat kilang kot umah kau..”-Tuan Rumah Terkedu, Penyewa Tinggalkan Rumah Dengan Bil Elektrik Lebih RM9 Ribu.

Korang pernah tak menyewa rumah atau bilik waktu zaman study atau mula-mula bekerja? Mesti pernah kan.

Bahkan kita akan cerewet soal pemilihan rumah atau bilik sewa ni, mesti murah, kemas dan bersih, dekat dengan pengangkutan awam, tak jauh dari tempat kerja dan macam-macam lagi lah!

Malah kita selalu dengar kes penyewa bergaduh dengan tuan rumah disebabkan bila berlaku kelewatan pembayaran sewa, bil ataupun bila berlaku kerosakan.

Tapi cerita yang admin nak story ni rare sikit malah diharap dapat jadi pengajaran untuk kita semua.

Kisah ni dikongsikan Hajiem Ahmad pada 18 Januari lalu di facebook miliknya menceritakan penyewa rumahnya keluar meninggalkan rumah dengan jumlah bil RM9,351.39 sebelum menghilangkan diri.

Janji cuma tinggal janji…

Minta jasa baik sesiapa yg mengenali Roz*** binti Ch*k D*n @ Ch*k Al* dan keluarga untuk menghubungi sy di fb,whatsapp,ig atau apa2 shj yg boleh.

Tujuan sy mencari adalah disebabkan oleh kerana beliau telah meninggalkan rumah yg disewanya dari saya dengan bil elektrik berjumlah rm9,351.39 tanpa sy sedari.

Selain itu beliau juga telah menyebabkan bill air syabas telah dilupuskan ekoran kegagalan membayar bill air tertunggak.

Pada mulanya dia menjawap call, whatsapp sy dan berjanji untuk melangsaikan hutang tersebut tetapi janji cuma tinggal janji.

Kini sy gagal menghubunginya dan tak tahu di mana kediaman terbaru yg dia sewa.

Khuatir dia akan buat benda sama pada owner lain. Jadi mintalah berhati2. Katanya pindah nearby, maksudnya dia masih ada di Shah Alam.

#wargashahalam #selangorku #shahalam #tnb

Rupanya 2 tahun tak bayar bil elektrik..

Takkan la TNB tak perasan bil sampai RM9 ribu lebih?

Selepas isu ni jadi viral di media sosial netizen mempersoalkan ‘kebenaran’ kisah yang dikongsikan lelaki tersebut kerana rata-rata mendakwa biasanya TNB akan hantar surat merah atau datang sendiri ke rumah sekiranya tunggakan dalam pembayaran bil.betul jugak tu.

Malah ada yang mendakwa si Hajiem ni ‘penipu’, ‘kaki temberang’, gila kan like dan banyak lagi.

Sebab dorang kata jumlah RM9 ribu bagi 2 tahun dikatakan sebagai terlalu tinggi.

Bila baca-baca komen netizen ni betul jugak sebab TNB memang kejar kalau pengguna tak bayar bil atau tunggakan terlalu banyak.

Tidak mudah melatah dengan komen-komen tersebut, Hajiem berkata dia sendiri dah pergi mengadu kat TNB malah TNB kata mereka dah potong, that’s why diorang pun pelik kenapa bil tersebut masih bergerak.

Mungkin penyewa curi elektrik!

“according to tnb, bill dah potong lama. Tp bill still jalan. Jadi tak tahu mcm mana dia buat.”

” 2 tahun since tnb punya record dtg potong. Maksudnya dia curi pakai duduk dua tahun tak bayar letrik”

“according to tnb, dah potong waktu bill reach rm1.5k. Sebab deposit cuma rm700. Tp dia ni suspected to sama ada sambung sendiri or bayar suapan pada kontraktor terbabit. Tp mmg report dah potong dia submit pada tnb”

” Itu yg i pelik kenapa tnb tak call. Rupanya dlm record dia dah potong tp orang tnb tu kata tenant sy boleh curi or beli je benda yg diorang dah cabut tu. Consider curi elektrik. Meter diorang or sistem diorang still ada reading”

So korang kat luar sana berhati-hatilah kalau menyewakan rumah korang, supaya tak jadi mangsa macam si Hajiem.

Make sure, pergi TNB tukar nama kepada nama penyewa sekiranya melibatkan urusan pembayaran bil okay.

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya.

Sumber : lobak merah via edisimedia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *