“Atok baca doa dan seluk tangan dlm timbunan kain tu”. Tiba-tiba ada sesuatu tarik atok masuk dlm kain tu. Atok bertahan juga masa tu.

Aku tahu, ramai dak-dak pompuan kat sini yang pemalas nak lipat kain. Selalu la aku baca pos dia orang pasal nak upah orang la, laki bagi upah baru dia orang nak lipat kain la, nak beli mesin yang boleh lipat kain tak payah korang buat la…

Orang tua-tua zaman dulu cakap, kain jangan dibiarkan bertimbun. Katil tempat tidur jangan dibiarkan berselerak dan tak dikemaskan. Korang tahu tak, jin yakmat suka duduk kat dalam kain-kain yang korang malas nak lipat tu. Haaa… korang dah sediakan tempat tidur dia, tu pasal la korang asyik dengar bunyi guli dan orang main tarik perabot.

Ni cerita masa arrwah atuk aku hidup lagi. Bapak aku cerita tadi, aku kongsikan dengan korang. Ada sorang pak cik ni datang cari atuk aku. Cucu dia hilang. Dah tiga hari katanya. Jadi, atuk aku pon pergilah nak tengok apa yang boleh ditolong.

Macam biasalah, atuk aku bawak Quran dia. Dah selalu ada kat tangan dia kan. Atuk aku sampai je ke rumah tu, dia terus mintak izin nak masuk ke dalam bilik. Bilik ni bukan bilik tidur tapi ada katil. Bilik ni dia orang guna untuk letak baju-baju yang dah diangkat dari ampaian. Malas lipat, timbunkan kat situ.

Atuk aku berdiri kat tepi katil tu. Dia baca doa lepas tu dia seluk tangan dia ke dalam timbunan kain kat atas katil tu. Actually, tak banyak pon timbunan kain tu sebab dia orang dah melipat sejak budak tu hilang. Nak melayan risau agaknya, lipat kain. Kiranya busut kain tu tak tinggi mana. Tak banyak mana.

Atuk aku seluk tangan dia ke dalam kain tu. Entah apa yang dia cari tapi masa dia menggagau tu, tangan dia kena tarik dengan kuat. Tersembam muka atuk aku kat kain-kain yang bertimbun tu sampai dia dah macam nak masuk ke dalam kain tu. Atuk aku melawan. Dia baca ayat-ayat suci. Keluar bunyi meracau. Benda tu melawan. Katil tu bergegar kuat. Tapi kain yang bertimbun tu tak jatuh pulak. Macam dah kena gam.

Macam-macam bunyilah keluar. Entah apa yang atuk aku baca, tiba-tiba keluar api kat timbunan baju tu. Pastu berasap. Bau dia, hangit!

Atuk aku baca Yasin Mubin sebab maksud ‘Mubin’ tu sendiri ialah tunjuk. Nyata. Serlahkan. Dalam surah yasin tu ada tujuh mubin. Sampai kat setiap mubin, atuk aku berdoa.

Pelan-pelan dia tarik tangan dia. Tak lama lepas tu, nampak tangan budak kecik tu. Lepas tu badan dia pulak sampai habis atuk aku tarik dia keluar dari timbunan kain yang tak tinggi tu. Budak tu dah longlai. Satu badan dia lebam. Darrah dia kena hisap derrr…

“Hari-hari kami lipat kain…” kata nenek budak tu. Muka tak percaya habis.

“Jangan biar kain bertimbun. Jin suka duduk kat dalam kain bertimbun. Katil kena kemas selalu. Bila nak baring kat atas katil, pukul-pukul dulu serata tilam tu dengan kain sambil baca ayat Kursi. Jin suka tidur kat atas katil kita. Tak halau, dia tidur dengan kita la…” kata atuk aku.

Tak seram sangat la… tapi pengajaran la pada yang malas nak lipat kain… ha ha ha ha

Sumber : Tajul Zulkarnain

Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang Yassin 7 Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian besar dari Allah SWT. Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa.

Yasin 7 Mubin dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.

Ayat mubin ni ada pada ayat (12), (17), (24), (47), (60), (69), & (77),

Setiap kali berhenti di ayat #Mubin ini kami memohon doa agar adik kami dapat kembali sembuh.Membaca dengan penuh kesedihan seperti terasa akan kehilangan sewaktu tu dan hanya mampu menunggu sebuah keajaiban yang berlaku. Dari ayat MUBIN pertama sampai la yang ketujuh.Setiap kali berhenti di ayat mubin ini,kami akan berdoa dan meminta pada Allah SWT untuk kesembuhan adik kami waktu itu.

Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara itu berlalu.Kini adikku semakin pulih.Setelah melalui pelbagai fasa dari majar operation sebanyak 4kali dan koma sebanyak 2kali.Kesembuhan yang tidak terjangka dan doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif adik.

Sejak itu..

Sesiapa yang ditimpa ujian atau dugaan luar biasa aku selalu berpesan pada mereka agar mengamalkan 7mubin ini. Mintalah pada NYA kerana segalanya yang berlaku dari NYA teruslah meminta In Syaa Allah Dia akan menjawab segalanya.

Sumber : AtieQa Hod via Khairunissaq Zainal Abidin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *