Tak boleh terima bila suami madukan aku. Aku malu dengan semua org yg anggap kami ni pasangan yang penyayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku hanya nak berkongsi pengalaman aku yang mungkin tidak menarik bagi orang lain.. Tapi sangat menginsafkan aku sebagai hamba Allah.

Aku seorang wanita berkerjaya tetap yang berusia awal 40an. Mempunyai keluarga yang sempurna dengan 4 orang cahaya mata. Suami tua 2 tahun dari ku dan menjalankan bisnes.

Kisah ku bermula 4 tahun lepas selepas aku dikejutkan dengan berita suamiku berkahwin lain dengan staf dia sendiri yang aku kenali.

Seorang janda beranak 3 berusia petengahan 30an. Sudah sebulan mereka berkahwin tanpa pengetahuan aku…

Berita ini sangat sukar untuk aku terima dan aku minta dilepaskan. Namun suamiku enggan. Aku mula menjadi isteri yang sangat kasar dengan suami dan sering mencari punca untuk bergaduh sekiranya tiba giliran aku.

Aku tidak dapat terima hakikat aku dimadukan oleh suami. Aku rasa sangat malu kepada orang sekeliling sebab selama ini kami dianggap loving couple. Rasa seolah olah orang akan mengata padaku yang aku tidak pandai menjaga suami…

Untuk makluman pembaca… walaupun sudah berkahwin lain. Suami ku sangat adil dari semua segi dan aku tahu dia mampu zahir dan batin. Aku sedar dia telah cuba yang terbaik untuk aku dan anak anak. Namun hati ku sangat terluka.

Setiap kali giliran ku. Aku sengaja mencari punca untuk bergaduh. Ada saja yang menjadi punca aku nak mengamuk walaupun kadang kadang hal itu sangat remeh. Aku rasa tidak tenang…

Sebenarnya aku cuba untuk terima p0ligami ini namun aku sering gagal. Aku telah join program motivasi berbayar yang berharga beribu ribu ringgit semata mata untuk cari ketenangan dan belajar untuk redha.

Sepanjang program secara online ini, aku berubah lebih baik dan tenang namun bila selesai program ini. Aku kembali menjadi isteri yang suka marah, mengamuk dan mengungkit.

Sehingga 2 tahun lepas. Aku terdengar secara tidak sengaja ceramah seorang ustazah dalam facebook berkaitan tajuk ‘ Sabar’. Isi ceramah ini menjentik perasaanku.

Selepas itu, aku mula follow ustazah ini dalam FB. Sehinggalah satu pagi tu, aku mendengar kuliah beliau bertajuk “Berdamai Dengan Takdir”.

Kuliah ini benar benar membuat aku menangis dan sangat insaf. Aku mula sedar, siapalah aku untuk melawan takdir dari Allah.

Kerana hanya Allah yang tahu rahsia dan hikmat di sebalik segala ujian yang Dia berikan…

Aku mula sedar… kesilapan suami bagiku adalah berkahwin lain sedangkan dari sudut lain.

Terlalu banyak kebaikan dia yang cuba aku nafikan. Aku dan anak anak tidak pernah terabai. Semua cukup dan lengkap.

Mengapa aku tidak bersyukur jika dibandingkan dengan orang lain. Siapa aku untuk terlalu tamak dengan nikmat yang telah Allah berikan berbanding orang lain.

Aku sedar setiap orang pasti ada bahagian ujian masing masing dan aku diuji dengan p0ligami. Sedangkan aku rasa dari segi kasih sayang. Tidak luak walaupun sedikit kasih sayang suami padaku dan anak anak..

Bermula dari situ, aku tekad untuk berubah. Aku mula mengamalkan doa dan zikir yang diberikan oleh ustazah itu untuk kawal perasaan marah, tidak puas hati dan cemburu. Aku mula sangat tenang setenangnya…

Alhamdulillah sekarang aku dan suami kembali menjadi seperti kekasih yang sedang bercinta, sering merindu.

Bila tiba giliran aku, kami betul betul isi masa itu dengan sangat berkualiti dan penuh kasih sayang.

Dan aku sudah mula berbaik dengan madu dan menjadi sahabat baik. Bukan setakat dengan madu.

Malah dengan keluarganya juga alhamdulillah. Madu ku sebenarnya seorang yang bertolak ansur dan banyak mengalah..

Alhamdulillah, sekarang aku rasa sangat tenang dan bersyukur. Terima kasih kepada Ustazah AH yang banyak mengajar aku erti sabar dan redha walaupun hanya bersemuka di alam maya.

Sehingga hari ini.. pasti aku tidak ketinggalan mengikuti kuliah beliau setiap hari.