Kawan dia nasihat kene plan dpt anak kalau masih nak enjoy main game sampai betul2 ready

Hai. Aku sekarang di awal 30an dan aku sudah hampir 4 tahun berkahwin dengan suami. Kami masih belum punya zuriat disebabkan keadaan ekonomi masing masing yang tak berapa nak stabil.

Aku masa bujang just orang biasa biasa saja hobi pun kadang random. Berubah ikut masa. Aku seorang yang extrovert aku suka bersembang keluar jumpa kawan kawan or explore cari tempat makan best best serta melancong dengan kawan kawan.

Tapi sejak berkahwin, semua tu da terkubur. Suami aku seorang gamer tegar. Bangun tidur terus on PC, balik kerja terus on PC.

Lepas mandi dia terus in-game. Dia tak suka keluar ke tempat yang ramai orang. Dan tak suka bersocial. So hari hari aku memang dekat rumah.

Kalau nak keluar pun, masa lunch waktu kerja aku keluar la mana mana as a me time. Weekend mostly memang hanya duduk dekat rumah saja. Bosan? Aku da jadi lali. Bosan dengan aku da sebati.

Aku dekat rumah dengan office memang jauh beza. Dekat office aku kepochi banyak sangat cakap.

Sampai officemate cakap kalau office tu diam, sama ada sebab aku cuti atau sebab aku tak sihat atau pun sebab aku busy buat kerja. Tapi dekat rumah, aku diam. Tak bercakap.

Bercakap bila perlu. Kadang cakap dengan kucing kucing aku. Suami aku? Dia sibuk bersembang dalam discord (tempat berhubung orang yang main game) dengan kawan kawan dia bergelak ketawa.

Aku dan air mata tak pernah berpisah. Sedih fikir nasib yang aku sendiri pilih.

Awal awal dulu selalu saja aku makan hati rasa macam suami aku lebihkan game dan kawan kawan dia lebih dari aku isteri dia.

Masa kitaorang spend bersama, boleh kira pakai jari. Sedangkan dia main game dengan kawan kawan dia sampai 3-4 pagi yang mana time tu aku da nyenyak tidur sorang sorang.

Ye aku tidur sorang2. Bila terjaga kadang, sebelah aku kosong. Macam bujang la senang cakap.

Bila aku tegur, dia akan melenting cakap yang aku tak pernah nak support hobi dia dan bagi alasan yang dengan main game tu saja cara dia nak release stress penat bekerja nak happy happy apa semua. So ape saja pilihan aku ada? Diam jelah.

Pernah kantoi dengan aku bermesej dengan perempuan lain mesra mesra dekat discord and in-game gelak gelak dengan perempuan lain.

Sama jelah dengan kawan kawan dia tu yang mostly da bapak bapak orang dah.

Memang gaduh paling besar sampai aku terdetik nak sebut suruh cerraikan aku. Tapi tak tersebut sebab aku taknak terlalu ikutkan emosi.

Aku taknak cerita pasal ni sebab aku akan jadi sakit hati bila ingat balik. Tapi ni punca aku jadi aku yang sekarang.

Berbulan aku ambil masa nak pulihkan emosi. Even sekarang pun belum fully okay lagi. Sebab aku terlalu percayakan dia dengan game dan kawan kawan dia.

Suami aku sayang betul dengan kawan kawan dia. Diorang ajak itu onz. Ajak main game ni, onz.

Senang cerita kawan kawan dia la yang banyak meracun dia untuk main game apa beli game apa semua lah. Drag main game sampai ke pagi. Tak kisah pun isteri buat apa dekat sebelah.

Yakin sangat kot isteri dia okay sebab diam saja kan takde bising bising. Aku tau saja dalam group whatsapp diaorang tu apa yang diaorang sembangkan.

Yang sorang tukang hantar gambar perempuan s3ksi, sorang tukang racun itu ini, sorang tukang acah pandai nasihat, eh macam macam lah. Sebab tu kot suami aku rasa cukup.

Aku ingat lagi salah sorang kawan game dia tu pernah bagi nasihat paling hebat sekali dekat suami aku masa nak kahwin dulu.

Katanya kalau nak enjoy main game even da kahwin, jangan ada anak lagi. Sampai kau betul betul ready, baru plan untuk ada anak.

So sampai sekaranglah kitorang tak pernah berusaha ke arah tu. Even aku pernah suarakan yang aku nak ada zuriat, dia cakap buat apa?

Sebab kawan kawan awak semua da ada anak? Nak ikut kawan kawan? Ekonomi kita pun tak stabil lagi ni. Dan macam macam lagi lah.

Haih. Dia yakin kot rahim aku ni immortal takde tarikh luput macam benih dia tu. Kalau bab nafkah, zahir dia okay lagi tak pernah culas.

Cuma bab batin, setahun 5-6x saja kot. Tu pun ikut mood. Alasan dia, maggi 2 minit. Faham faham la ya aku malas nak explain direct.

Oh suami aku perkok tegar. Bangun tidur rkok, sebelum tidur rkok. Tapi dia merkok luar rumah.

Aku pulak membesar dalam keluarga yang ayah dan abang abang aku tak merkok. So aku memang tak boleh hidu langsung bau rkok.

Sebelum kahwin dulu dia janji nak stop dan layan vape/pod pulak.

Tapi awal kahwin tu dia stop and merkok balik sebab alasan dia susah nak recoil la nak cari flavor best lah ape lah. Dan alasan nak jimat duit so dia beli rkok murah.

Tapi aku memang tak boleh terima keadaan dia masuk tidur dengan muka, badan dan tangan bau asap rkok.

Dia basuh tangan, tapi still ada bau asap tu. Tidur aku memang tak bersentuh dengan dia pun. Taktau la. Mixed feeling.

Nak kata benci yang terkumpul, atau sebab aku tak suka bau rkok. Belum cerita lagi cadar katil cepat kotor dan busuk sebab bau asap rkok yang melekat dekat badan dia.

Kalau aku balik kampung seminggu, rumah jadi macam bau kepam bujang. Aku taktau nak explain. Yang kemasnya siapa? Aku.

Kerja rumah mostly aku yang buat. Dia buat bila dia rasa rajin. Even aku da pernah buat keras tak kemas nak tengok dia buat ke tak, haram nak buat. Aku tak selesa sebab kotor last last aku buat sendiri semua.

Aku jadi da tak kisah ape dia nak buat. Kalau aku kisah, jawapan and respond dia memang akan buat aku sakit hati. Lagi lagi kalau dia buat muka terpaksa dia tu.

So aku amalkan konsep pergi mampos. Dia nak main game 24 jam? Aku tak ambil kisah. Dia taknak spend time dengan aku? Keluar tengok wayang, shopping, bercuti? Aku tak kisah. Aku pergi sorang time lunch hour office.

kitorang keluar kalau beli barang dapur saja. Sebulan sekali. Haha. Dia taknak anak lagi? Aku tak kisah. Orang tanya kenapa takde anak lagi, aku diam saja. Hek takde hok pun takde.

Sebab aku tau, bukan aku yang taknak. Tapi aku yakin Allah da susun atur perjalanan hidup aku.

Mungkin kalau aku ada anak sekarang tapi dengan keadaan emosi aku dengan suami dingin, keadaan suami yang tak boleh berenggang dengan PC kesayangan tu, aku akan jadi sewel meroyan or end up bercerrai.

Aku tak nak buat mak ayah aku sedih tengok keadaan anak perempuan tunggal diaorang ni.

Kadang aku rasa even aku da berstatus isteri orang, aku tetap si bujang. Orang nampak aku happy, tapi hakikatnya aku tak bahagia dengan perkahwinan aku.

Kalau cerita pasal “kalau” soalan yang selalu timbul adalah kalaulah aku tak kahwin dengan dia.

Kalaulah aku stay bujang jaga mak ayah mesti lagi bagus emosi tak seteruk ni terganggu. Kalaulah suami aku tak panas baran. Kalaulah suami aku tak merkok.

Kalaulah aku lebih tegas dalam memilih pasangan ikut nasihat mak suruh pilih yang tak merkok yang tak panas baran. Cerita kalau memang best. Hahaha.

Aku cuma mencari tempat untuk meluah. Even tak keseluruhannya. Tapi aku cuma nak nasihatkan pada yang belum berkahwin, carilah pasangan yang elok perangainya. Jaga solat 5 waktu. Hormat ibu bapa. Tak merkok. Tak panas baran.

Bukan gamer tegar yang taktau bahagikan masa. Rajin dan yang hormatkan kita as perempuan/ isteri. Before berkahwin, tambahlah ilmu rumah tangga.

Ada tujuan kenapa pergi kursus kahwin. Bukan masuk kursus atas sebab nak sijil saja tapi dalam kursus tidur or main game kat phone.

Cinta semata saja tak jamin kau hidup selesa or bahagia. Sebab hati kita boleh berubah. Bila bila masa saja aku kau dia boleh hilang rasa. Kita taktau.

Tapi keadaan sekeliling yang akan bagi kesan. Aku bukan nasihat kosong, tapi ni atas pengalaman aku sendiri.

Untuk elakkan diri korang dari sebarang gangguan emosi yang melampau. Kahwin tak sama macam bercinta bila bila kau boleh minta putus.

Walau percerraian itu halal, tetap Allah tak suka. Betulkan kalau aku salah. Terima kasih sudi baca. Sekian…