Ada sepupu mesej bg tahu yang mak aku ambil gambar dia bagi dekat bf dia aziz. Mak dtg rumah sepupu semata suruh pakai purdah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai Harap semua sihat. Kenalkan nama aku Tini. Aku nak bercerita kisah tentang Mak aku.

Mak, umur dalam lingkungan akhir 50an. Baru sahaja kematian suami dalam 2 tahun macam tu.

Kami pulak ada 2 beradik. Seorang abang yang sejak pandemik ni langsung tak jenguk rumah Mak lagi walaupun dekat sahaja.

Dan aku adiknya yang dah bersuami, belum dikurniakan cahaya mata, sekarang duduk di rumah Mak temankan dia.
Sebab Mak, bukan jenis yang nak ikut anak anak. Tak boleh tidak, kena anak yang duduk dengan dia. Tak ada kompromi.

Mak terkenal dalam kalangan adik beradik nya sebagai seorang yang cerewet, agak judgemental dan ‘bias’.

Jadi, tak satu pun adik beradik yang rapat dengan dia. Hatta, aku dan suami pun dilayannya sama.

Sebab dia lebih prefer dengan abang aku. Sampai semua yang abang aku buat walaupun salah dia betulkan, dan semua yang aku buat bagi dia salah. Aku ni tak sempurna di mata dia. Gitu.

Cerita bermula bila aku kesian tengok Mak ni kesepian selepas aruwah ayah meninggal. Abang pun dah jarang bawa cucu cucu mak datang jenguk dia.

Macam macam alasan dia bagi. Kadang tu alasan tak masuk akal jugak. Tapi sebab ‘anak emas’, Mak terima saja tanpa banyak soal.

Satu hari dia mintak aku ajarkan dia masuk dalam Group Whatsapp bertemakan ilmu agama dan selawat dari negara seberang. Jadi masa tu aku fikir positif saja terus tekan link untuk daftarkan dia masuk group tu.

Mulanya banyak ilmu dia dapat. Kawan pun ramai. Dari Negeri lain ada, dan ramai jugak dari Negara seberang, Indonesia.

Dia dah mula selalu berbual, call2 kawan2, saling bagi tazkirah. Siap join ceramah online..

Wah, bagi aku tu satu perkembangan positif la. Ada jugak aktiviti dia musim pandemik ni.

Masalahnya, makin lama aku tengok Mak aku semakin pelik. Tengah malam pun berbual jugak. Call2 jugak.. ada beberapa kali aku perasan waktu aku masuk bilik dia jam 2-3 pagi, Mak aku masih belum tidur.

Lama lama pandai pulak tu ucap ucap “I Love U.. Muah.. Muah..”, kemudian habis la semua masakan aku dia ambik gambar.

Bila benda dah jadi semakin pelik, aku pun tanya Mak. Tanpa segan silu Mak mengaku dia palsukan identiti nya jadi ‘Wanita Muslimah’ berpurdah dengan nama Humaira, umur 19 tahun.

Dan melalui perbualan dia, aku dapat tahu ‘Humaira’ ada pulak BF dari Indonesia bernama Aziz. Aziz baru umur 20an weh.. aku lagi tua dari Aziz!

Hmm…

Aku jadi speechless kejap. Bukan apa, tapi kerja Mak aku ni macam bahaya saja.. (memang bahaya pun) dan.. macam mana Mak boleh jadi macam ni pulak?

Bila adik beradik Mak datang dari kampung pun, Mak tak segan angkat call si Aziz tu.

Mak guru agama, ajar ngaji kot. Sebolehnya aku nak tutup aib tu dan jaga maruah dia selayaknya seorang Mak yang mulia. Tapi, Mak sendiri buka pekung. Kan mengundang fitnah dan cakap cakap orang.

Makcik makcik pulak macam malas nak tegurkan. Dorang macam biarkan saja. Dan aku yang anak tak sempurna bagi dia ni, semestinya lah aku punya cadangan, nasihat, teguran dia buat tak endah.

So, mulanya aku macam.. ahh.. biarlah. Mak cuma main main kot. Sebab pakai nama samaran kan.

Sampailah ada seorang cousin PM aku, katanya Mak screensh0t gambar gambar dia, untuk bagi dekat BF dia Si Aziz. Kononnya gambar dia, ‘Humaira’.

Mak datang rumah cousin aku sewaktu ketiadaan parents dia, semata mata nak suruh pakai purdah lepas tu video call Si Aziz, supaya boleh guna muka cousin aku tapi pakai suara Mak. Dan.. banyak lagi gambar sanak saudara yang dia dah hantar bagi Aziz.

Haa.. sekarang, Mak dengan Aziz tu dah putus, tapi Masalah nya si Aziz pergi pulak cari gambar cousin aku tu dalam FB. Eh.. mesti dia pelik, nama lain kan?

Disebabkan cousin aku ni berniaga kecil kecilan, haa.. terpampang nombor dia tu dekat FB. Mula lah dia diganggu dengan Aziz.

Sampailah dia block si Aziz. Tak cukup tu kawan kawan cousin aku pulak dia ganggu cari ‘Humaira’.

Cousin aku jadi takut, tapi serba salah nak minta Mak hentikan perbuatan dia. Sampai baru baru ni pun mintak lagi gambar cousin aku. Seolah olah tak ada apa terjadi.

Aku laki bini dah cuba tegur Mak aku, bagitau risiko risiko dia buat gitu. Aku risau jugak orang tu kot boleh hantar ilmu pengasih dekat cousin aku atau dia datang cari ke Malaysia ke. Jangan buat giila..

Sayangnya, mak aku tak ambil serius pun benda ni, siap dia PM balik cousin aku tu marahkan dia sebab mengadu dengan aku.

Lagi satu, Mak aku buat masalah baru pulak dengan bercouple lagi dengan mamat Indonesia lain. Aku risau benda sama lagi berulang, dia hantar hantar gambar cousin aku dekat orang tu pulak.

Korang rasa, apa ye patut aku buat? Cadangan plis.. Dah lebih lebih dah ni..

‘Anak Tak Sempurna’