Perhubungan kita unik As. Mana pernah kita bertemu 2 mata, Surat dan chat sahaja jadi perantaraan,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca. Coretan ini sebenarnya ditujukan khusus untuk sahabat saya si As.

Untuk para pembaca, semoga ada hikmah yang boleh diambil. InsyaAllah.

Masih ingat lagi Abang di satu petang, Abang menegur As dalam ruang chatting MIRC. As gunakan nick DekSu. Di situlah bermulanya satu persahabatan yang unik dan aneh.

MIRC memang best masa itu, kita boleh berkenalan dengan sesiapa sahaja dari ceruk rantau dunia.

Ya.. Kita chatting petang itu. Kemudian chatting lagi hari keesokannya. Siap plan bila lagi nak dating dalam MIRC.

Maklumlah, Abang bekerja shift. As waktu itu masih lagi bergelar Siswazah di sebuah Universiti (popular dalam satu filem Melayu tahun 80an) cawangan Tronoh.

As bagitau yang As merupakan batch terakhir yang akan belajar di situ sebelum cawangan Universiti itu dipindahkan sepenuhnya di negeri yang terkenal dengan Nasi Kandar. Kebetulan As juga pelajar tahun akhir.

As bagitahu betapa selekehnya student Universiti Awam tempat As belajar kalau dibandingkan dengan student Universiti Swasta (bakal mengambil alih kawasan Universiti Awam tersebut) yang nampak lebih berstail dan bergaya.

Abang ingat lagi, As minta ‘cuti’ dari dating di MIRC dan surat menyurat kerana ingin tumpukan perhatian pada pelajaran untuk final exam.

Abang hormati permintaan As ketika itu, Abang tak adalah kacau As pada waktu itu.

Lama juga As hilang. Tahu tahu As sudah bekerja sebagai Penolong Pensyarah di sebuah Kolej di negeri Hang Tuah. Makin jauh jarak kita berdua masa itu. Selang dua negeri.

As selalu bercerita Makcik Pakcik di situ semuanya gatal gatal. Selalu buat lawak double meaning, malam jumaat atau sebagainya. As bagitau As paling muda di situ.

Pernah satu pagi waktu Abang tidur sehabis shift malam. As telefon Abang sambil menangis… Terkejut Abang.

“Abang.. As.. Rindu Mak dan Abah”..

Abang lupa apa yang Abang buat atau pujuk As masa menangis. Tapi Abang tak pernah lupa yang As anak bongsu dan sudah yatim piatu.

Rasa hati ini bagaikan di koyak koyak bila mendengar As menangis.

Ya. Perkenalan kita masa tu masuk ke fasa baru. Takde lagi chatting di MIRC tapi kita mula bergayut di handphone dan sms.

Waktu itu Abang pakai handphone jenama NEC, As pakai handphone jenama Sagem. Waktu itu tiada panggilan percuma seperti sekarang.

Sms pun cas 15 sen satu message. Kalau sms panjang lebih 300 patah perkataan, ia akan masuk ke sms yang seterusnya.

Waktu itu bukannya ada whatapp atau facebook. Telefon pun tak ada kamera. Nokia waktu itu baru nak mulakan bisnes handphone. Zaman itu masih lagi guna teknologi 2G.

As tak lupa kan. As ada ajak Abang temankan As konvo di Kampus Utama tempat Ali Setan belajar. Tapi Abang waktu itu belum ada kereta atau lesen kereta. So, tidak dapatlah kita teruskan plan itu.

Abang hairan dan ajaib serta taksub memikirkan yang As percayakan Abang padahal kita tak pernah pun sekali bertentang mata. Sekadar bergayut di handphone sahaja. Tapi itu tandanya As percayakan Abang.

Risau juga sebenarnya kalau plan itu jadi. Bawak anak dara orang merentas ke negeri. Tak boleh nak fikir waktu itu.

Memang sepanjang persahabatan kita, kita tak pernah berjumpa. Cuma handphone, surat dan 2 keping gambar As yang menguatkan persahabatan kita. Sekeping gambar tu As tangkap masa konvo.

Abang tunjuk gambar As pada Mak Abang masa bersembang sambil cari uban. Mak Abang masa tu dah tanya tanya kotlah Abang berkenan dengan sesiapa.

As mesti boring bila Abang ceritakan kisah perempuan itu ini yang Abang minat di tempat kerja.

As layankan aje Abang pada waktu itu sambil bagi pendapat yang bernas. Hakikatnya kecuali dengan Zaiton, Abang tak pernah keluar dengan perempuan lain.

Abang juga penyebab As clash dengan Pakwe As yang lebih fikirkan untuk sambung belajar ke peringkat Master.

Tapi As tak berani nak berhubungan serius dengan Abang mengenangkan Abang sibuk bercerita pasal perempuan lain di tempat kerja.

Walaupun ada keinginan untuk kita serius halalkan hubungan, tetapi ianya jadi lebih rumit.

Abang ingat lagi soalan Abang pada As…

“Kalau kita kahwin, kita berjauhan jugak ke?“

As jawab.. “As akan ikut Abang lah masa tu“.

Abang buat Solat Istikharah mohon petunjuk jodoh. Sebut nama As dalam solat istikharah.

Tapi begitulah ketentuan jodoh dan takdir. Lepas Solat Istikharah, hubungan Abang dengan Zaiton semakin erat dan Abang buat keputusan untuk couple dengan dia waktu As masih minta tempoh untuk berfikir pangkal hujung hubungan kita.

As datang balik selepas hilang 2 bulan waktu Abang nak bertunang dengan Zaiton. Abang tau As kecewa waktu itu. As tanya kot Abang ni ada adik lelaki atau tak.

Kemudian As mohon agar dapat jadi Adik Angkat Abang. Abang tak dapat baca isi hati As waktu itu.

As masih lagi baik bersahabat dengan Abang waktu Abang bergelar tunangan Zaiton. As bagitahu yang ada Sorang Makcik ni berkenan dengan As. Nak jadikan As menantunya.

As setuju memandangkan Makcik tu agak baik dengan As. Boleh jadi nanti jadi Menantu Kesayangan.

Abang tumpang gembira masa tu sebab hubungan kita happy ending walaupun kita berdua tiada jodoh bersama.

Abang bahagia dengan Zaiton. Memang begitulah ketentuan takdir. Kami ada 4 orang anak termasuk puteri berusia 3 bulan. Susah senang bersamanya hampir 20 tahun lamanya. Abang sayangkan Zaiton.

Tak pernah fikir nak cari skandal yang lain sebab Zaiton cantas As yang waktu itu ada ijazah dan ada kerja yang bagus.

Zaiton memang operator kilang, tapi lepas berkahwin dia sambung belajar di UM dan bekerja di bank. Sekarang Zaiton jadi suri rumah sepenuh masa.

20 tahun juga hubungan kita berdua putus selepas kita ambil hala tuju yang berbeza. Tapi Abang memang sentiasa rindukan As. Rindu sebagai sahabat bercerita dan berkongsi masalah sebelum Zaiton cantas dan gantikan tempat As.

Abang cuba cari As di media sosial tapi hampa. Abang rindukan As sangat sangat. Tak taulah As masih hidup atau tak. Tapi Abang sentiasa doakan kebahagiaan As dunia dan akhirat.

Umur bertambah, uban dan kedut makin banyak tapi Abang sentiasa rindukan As sebagai Abang dan sahabat.

Persahabatan kita unik As. Tak pernah bertentang mata. Telefon dan surat serta chatting di MIRC. Juga gambar dan hadiah. Itulah yang buat kisah kita unik dan aneh.

Abang sayang dan hormat pada As sedaya upaya Abang walaupun kita berjauhan. Kenangan sebegini terlalu mahal harganya. Tak semua orang berpeluang merasainya.

Abang menulis di sini kerana kita memang tidak ditakdirkan bertentang mata, tak pernah ada mutual friend. Kenduri kahwin pun kita tak pergi kan. Ini sahaja jalan yang Abang nampak dan mampu luahkan.

Semoga dengan izin Allah, As membacanya atau jadi pengajaran untuk semua pembaca.

Abang minta maaf atas semua kesalahan Abang waktu kita pernah bersahabat dulu. Semoga As bahagia, gembira selalu, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

As tetap selamanya kekal dalam hati Abang sebagai sahabat dunia akhirat. Izinkan selamanya namamu di hati. Aamiin.