Nikah terkejut punca aku tak kenali suami dan family. Suami pula cuma ada motor je. Bermulah segala ujian datang

Namaku Qalish. Seorang surirumah tangga sepenuh masa dan juga seorang ibu.

Aku baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua. Aku berumur pertengahan 20an dan tinggal di pusat bandar.

Dari kecil hingga tamat sekolah aku dibesarkan dikampung. Pendek kata aku orang kampung dan suamiku yang sekarang aku gelarkan Mamat memang asalnya membesar di ibu kota.

Ringkaskan cerita, aku dan Mamat berkenalan sewaktu aku bekerja di ibu kota selepas tamat persekolahan. Aku dan Mamat bukan bergaji besar, dua dua bekerja sebagai sales promoter sahaja.

Bercinta cintun lalu hanyut sehingga aku hamil 3 bulan baru aku sedar yang aku mengandung.

Lalu Mamat mahu bertanggungjawab dan kami ingin mempercepatkan nikah tanpa aku mengenal lebih lama lagi diri Mamat dan keluarga Mamat..

Oleh kerana nikah macam bidan terjun, majlis dibuat ringkas sahaja sebab aku dan Mamat masing masing tiada simpanan untuk berkahwin. Jadi, keluarga aku support semua majlis dan Mamat hanya beri wang mas kahwin sahaja.

Nikah “bidan terjun” membuatkan aku tidak betul betul mengenali diri Mamat dan keluarganya.

Diri Mamat juga waktu itu tiada harta cuma ada sebuah motor sahaja. Disitu bermulalah segala ujian, ribut badai cabaran melanda.

Lepas kahwin kami menyewa di unit rumah PPR yang kadar sewa hanya seratus lebih waktu itu.

Checkup mengandung ulang alik naik motor, bila fikir balik bahaya kan tapi kerana aku ikhlas sayangkan suami aku, aku sanggup susah bersama dia.

Tahun selepas itu aku pun melahirkan anak. Atas dasar simpati keluarga aku, mereka belikan kami sebuah kereta. Yelah, takkan nak bawa baby naik motor kan.

Pendek kata, segala galanya waktu itu keluarga aku tanggung dari segi makan minum, sewa rumah, duit nak balik kampung, duit kereta rosak dan sebagainya kerana Mamat bergaji rendah. Sudahlah gaji rendah, malas pula. Main game sampai subuh. Kerja datang on off.

Masuk tahun kedua aku mula fedup dengan sikap Mamat lalu aku ke pejabat agama mohon cerrai. Aku bawa diri ke kampung bersama anak aku.

Mamat balik ke rumah keluarga dia. Aku kena ” tocer ” dengan ayah sendiri sebab dia tak tahu sebab apa aku ingin bercerrai.

Walaupun aku dah bagitahu sebab apa, tetap kena marah marah macam aku ni bercerrai sebab nak kahwin lelaki lain.

Sedih betul nasib aku waktu tu. Dahla nak bercerrai, keluarga sendiri pula taknak support.

Mamat pula bukan nak bagi nafkah duit susu pampers anak dia, lagilah keluarga aku bising. Bising belakang belakang saja korang.

Sampai satu tahap aku fed up, aku bawa diri ke ibu kota sebab nak kerja. Nak cari duit untuk tanggung anak aku.

Tapi keluarga sendiri tak reti reti nak faham, baru 3 hari kerja dah disuruh balik gara gara anak aku kat kampung tu menangis melalak.

Anak aku tu memang dari baby kuat menangis, biasa lah kan budak. Aku tengah kerja kena kacau dengan family aku, aku mula serabut. Nasib serabut aku, aku tak bnuh diri.

Oleh kerana support keluarga sendiri pun tak ada, aku buntu. Masa tu umur aku budak budak lagi, 22 bayangkan apa yang aku boleh fikir matang seusia begitu.

Aku pun text balik Mamat minta bersama semula, dan ubah perangainya. Kami pun rujuk semula dan tinggal di ibu kota kerana pertolongan wang dari keluarga aku juga. Hmm entahlah..

Sekarang sudah 2 tahun bersama dari tarikh rujuk, aku cuba untuk redha tapi tu lah, tak boleh. Ibarat perhubungan yang dibina tidak rela.

Aku nak cerrai tapi serba keluarga aku waktu tu serabut gila, aku bersama Mamat semula sampai sekarang.

Mungkin jodoh masing panjang lagi kan. Cuma aku terkilan, nasib aku macamtu. Ke sebab hukuman terhadap aku atas dosa silam?

Tempoh perkahwinan yang sebetulnya dah capai 5 tahun. Tapi kami diuji dengan duit. Tak pernah cukup.

Memang keluarga aku jelah yang hulur bila kami perlukan duit. Dari anak 1 sampai anak 2 keluarga aku banyak tolong. Terima kasih abah mak.

Tapi kalau abah mak nak tahu, kalau lah kamu sokong pencerraian yang lepas pasti kamu berdua tak akan rasa terbeban seperti sekarang.

Ya, aku nampak orang tua aku macam dah mula fed up asyik tolong kami saja walhal aku ada adik beradik yang lain juga untuk dibantu.

Tapi sejak aku kahwin sampai sekarang memang nampak lah yang orang tua aku berhabis banyak pada aku, suami aku dan anak anak aku.

Sekarang aku dah terasa asing, macam tersisih. Aku dah lah susah nak cinta kan suami aku semula, disebabkan keadaan ni lagi lah buat aku bengang dengan dia.

Kalau dia rajin cari duit dari dulu mesti orang tua aku tak akan rasa terbeban. Sekarang aku sendirian sambil taip luahan ni, anak anak aku tidur.

Aku sedih sangat, aku buntu apa nak buat. Korang rasa ada sinar lagi ke rumahtangga aku?

Start dari aku minta cerrai tu sampai sekarang susahnya aku nak ikhlas terima Mamat semula. Kesian Mamat. Apa yang kami ada hari ini banyak kerana pertolongan orang tua aku.

Aku dan suami takkan ada rumah walaupun sewa, kereta walaupun buruk, motor walaupun buruk, hujung bulan dapat makan kfc kalau bukan mak ayah aku yang hulur. Terima kasih sangat mak abah hmmmm…

5 tahun hubungan kami dengan Allah jauh. Dia tak pernah solat sebab tak tahu membaca. Aku tahu solat tapi sebab kan suami aku tak solat aku pun ikut sama. Aku pernah ajar suami aku solat, tapi kadang dia belajar kadang tak.

Itu saja kot aku rasa nak luah, ikutkan ada lagi tapi aku pun bukannya isteri yang baik. Jadi aku minta pendapat korang kalau korang jadi aku apa korang akan buat. Kalau korang cakap pasal suruh aku bisnes, aku memang tak minat.

Aku suka bekerja. Dari dulu aku bekerja. Cuma aku diberhentikan waktu PKP awal tahun hari tu sebab syarikat aku kerja tu kena tutup.