Malu sbb hanya bagi mak 5 ringgit. Meen pula cakp hasnol kedekut dan saje nk jatuhkan air muka dia

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang. Nak share kisah semalam sebab aku rasa aku nak ajak perempuan perempuan dekat luar sana jangan buat macam si Meen ni buat.

Semalam, husband aku terkejar kejar ajak aku pergi rumah kawan baik dia, Hasnol. Dia kena panick attack! Tak boleh nafas! Mengamuk!

Mujur rumah kami dekat. Selalu dah macam ni tapi semalam attack dia teruk giila sampai aku menangis tengok.

Flashback sikit. Hasnol ni jenis lelaki decent. Tak bercinta. Kerja boleh tahan, baru grad kan tapi gaji tak besar sangat. Tiba tiba je kami dapat jemputan.

Dia nak kahwin dengan pilihan makcik dia. Time pergi majlis kahwin si Hasnol ni barulah aku tau yang dia kahwin dengan Meen.

Perempuan ni satu tempat kerja dengan aku. Dia jenis player, kikis dan tinggal. Takde berita pun pasal dia kahwin dekat tempat kerja kami.

Terkejut sangat aku masa tu, Meen pun apatah lagi. Aku diam je dan sikit pun tak bagitau dekat husband aku pasal perangai Meen ni.

Akhirnya, raya lepas diorang cerrai weh. Rupanya Hasnol dah tahu banyak benda pasal si Meen ni.

Benda ni kantol bila si Meen ni asyik balik lewat dan cakap dia kena cover syif kawan kawan dia.

Jadi si Hasnol ni konon nak buat kejutan dekat tempat kerja dia. Sekali bila sampai sana, tak ada pun si Meen ni.

Rupanya diam diam si Meen ni sewa bilik dekat dengan tempat kerja. Kalau fikir macam tak logik dan tak tahu apa motifnya. Sebab rumah diorang pun setakat 20 minit je dari tempat kerja.

Tapi masa tu Meen masih berdalih lagi dan cakap bilik tu dia sewa untuk dia hilangkan penat kerja. Kalau ngantuk sangat dia akan balik tidur situ dulu.

Masa tu Hasnol boleh maafkan lagi sebab baru kahwin dan sayang, kan. Meen cakap dia kerja keras sebab nak bantu mak ayah dekat kampung.

Lagilah si Hasnol rasa bersalah tengok isterinya kerja kuat sangat dan kerja syif tak berhenti.

Memang si Meen ni asal orang kampung pun. Dan kalau tengok, memang tak percaya langsung perangai dia macam tu.

Hasnol kata, memang kalau ikut, mak ayah dia pun sayang sangat dekat Meen ni. Dia jenis usaha keras bagi duit dekat keluarga sebab dia sorang je anak yang boleh diharap berbanding yang lain.

Bukan setakat bagi duit dekat mak ayah je, adik beradik kena masuk penjara terlibat kes pecah rumah dan mencuri pun dia yang ikat jamin. Kiranya, apa yang Meen buat ni kira betul saja pada mata keluarga.

Sampailah raya tahun lepas, Meen cakap dia tak dapat balik raya ke rumah parents dia sebab kena kerja syif. Si Hasnol ni pun adik beradiknya tinggal area sini.

Mak dah meninggal dan ayah tinggal dengan adik perempuan. Jadi mereka buat persiapan raya sekadarnya saja. Bersederhana. Lagi pula, baru mula nak hidup. Sederhana apa adanya.

Tiba tiba dua hari sebelum nak raya tu, Meen cakap dia dapat balik kampung. Dia ajak Hasnol beli persiapan raya.

Hasnol kata, terkejut sangat sebab dia tuntut untuk belikan baju raya untuk semua adik beradik dia termasuk mak ayahnya. Sehelai baju saja dah harga RM300 lebih.

Malam tu juga dia ajak shopping kuih raya dan cincin emas buat saguhati adik adiknya. Tapi, semua gunakan duit Hasnol tu.

Meen kata, benda ni suami perlu provide dan jangan berkira. Lagi pula Hasnol adalah menantu pertama dan ini adalah raya pertama mereka bersama.

Masa ni dah mula bibit pergaduhan. Rupanya masa di kampung Meen, gaduh mereka lebih lagi. Meen malu Hasnol hanya beri RM50 saja pada mak dan ayah sebagai duit raya.

Meen juga tuduh Hasnol kedekut dan saja nak jatukan air mukanya bila Hasnol hanya hulur RM20 pada datuknya.

Hasnol cakap dia hanya tinggal tu saja sebab dah dihabiskan beli kelengkapan raya keluarga si Meen.

Malam tu, mereka bergaduh besar. Meen terlepas cakap yang dia boleh dapat banyak lagi dan hidup mewah dengan hasil melayan lelaki lain.

Dia menyesal, Ada suami tapi tak mampu beri kemewahan. Meen keluarkan semua barang kemas yang dia dapat dari lelaki lelaki sebelum ni.

Rupanya, selama ni Meen setuju nak kahwin dengan Hasnol, sebab dia ingat Hasnol boleh beri kemewahan pada dia sebab Hasnol kerja dalam company o&g dan selalu dapat bonus berbulan bulan.

Masa aku dengar benda ni dari suami aku, aku geram je weh. Jenis dah aim nak orang minyak.

Malam itu juga Hasnol lafaz cerrai. Dia tak boleh terima Meen melayan lelaki lain. Apa yang dia dengar dari orang sekeliling selama ni betul. Tapi masalahnya Hasnol dah sayangkan Meen. Cinta pertamanya.

Sampai sekarang, Hasnol ni kerap panick attack. Paling trigger dia adalah bulan Ramadhan dan Syawal.

Ni, Ramadhan dah hampir lagilah kerap attacknya. Mujurlah rumah kami dekat dengannya. Boleh husband bantu tengok.

Hasnol masih duduk di rumah yang dia sewa dengan Meen dulu. Dia belum mampu move on. Si Meen sekarang ada di Dubai dah. Cari kerja di sana untuk dapat duit lebih banyak.

Dengar cerita dah kahwin lain di sana. Keluarga, mak dan ayah Meen memang dah putuskan hubungan terus dengan Hasnol. Marah betul diorang sebab Hasnol buat anak perempuan mereka macamtu.

Tapi, baru baru ni, Mak ayah si Meen ni accident, Meen cari juga si Hasnol dan minta bantuan uruskan ayahnya yang patah kaki dan emaknya yang lumpuh separuh badan.

Dan Hasnol boleh pula pergi tolong! Adik adiknya kan sejenis lelaki tak gune. Sorry geram!

Kami geram tapi kami hanya mampu nasihat. Kami tahu Hasnol masih sayang dan tak mampu move on.

Buat masa ni kami masih mampu lagi jenguk jenguk Hasnol. Doakan kawan kami si Hasnol semakin pulih dan dapat jumpa kebahagiaan dia.

Untuk perempuan perempuan di luar sana, yang ada sifat macam Meen, bertaubatlah weh.
Kalau korang tak mahu taubat, tak payah mainkan perasaan orang dan berkomitmen untuk kahwin.

Lagi satu, aku memang geram giila dengan perempuan yang minta macam macam di luar kemampuan suami hanya nak impress orang sekeliling.

Sampai bila pun kau tak akan puas memperagakan apa yang kau ada. Dan kau tak akan bahagia atas derita suami kau.

Tu jelah, korang jangan tanya pulak Meen kahwin dengan siapa, keadaannya macam mana, dia bahagia ke tak? Aku tau tapi aku rasa tak perlulah nak bagitau. Sebab aku akui aku memang stalk dia!

Sorrylah, sebagai manusia biasa, bawang level dalam diri aku masih ada. Biar aku simpan untuk info aku dan husband aku je.

Thanks semua sebab baca!