Aku selalu mimpi Syed suka orang lain. Bila aku ckp dgn dia. Syed gelak je siap cakap tu mimpi je yang

Hi semua, aku disini hanya nak luahkan sesuatu, aku tak berani nak luahkan kepada mana mana pihak.

Aku luahkan sekadar mahu lepaskan beban di bahu. Dan disini kita strangers kan. Haha so no one akan tahu siapakah kita sebenarnya.

Ye mungkin ini bukan tempat yang betul, tapi aku yakin dekat sini ramai orang yang baik. orang yang support each other. Aku harap semua orang ok.

Let me introduce myself, nama aku Sarah. Berumur 27 nak masuk 28. Baru 6 minggu jadi isteri kepada Syed. Ye orang kata 6 minggu ni masih indah indah bukan.

Tapi aku sendiri mengalami satu fasa yang menyedihkan. Aku baru tahu Syed still love his ex.

Aku hanya mampu menangis. Syed lost word. Dia hanya mampu peluk aku dan cakap, “whatever happen I still love you and I takkan ceraikan you”. Sorry mana sorry? Takde. Hurmm sedih betul.

Sebenarnya aku dan Syed bercinta tak lama. Kami berdua ada kisah kecewa. Dan ada seorang pihak kenalkan kami berdua.

Actually umur aku dengan Syed agak jauh. Syed 34. Actually, kitaorang direstui oleh kedua belah pihak sebab dua dua dah terlajak.

Kalau ikutkan 27 tu tak delah lajak sangat, tapi society sekarang lepas grad mesti dah kahwin.

Sepupu aku semua kahwin lepas grad. Aku saja yang tercicir beberapa tahun kerja baru kahwin.

Aku ada boyfriend, tapi putus. So lepas putus aku rasa nak focus dengan kerja saja. Tetibe third party ni kenalkan aku dengan Syed.

Never expected me and Syed boleh click. Setahun bercinta baru declare dekat family and end up kitorang nikah tu pun banyak halangan termasuklah SOP, MCO. End up we just nikah saja. Ok la.

Tapi kesilapannya, aku dengan Syed PJJ. Sejak MCO company aku mengamalkan dasar work from home.

So aku stay la dengan ummi. Adik beradik aku pulak semua duduk jauh. 2 daripadanya di oversea.

Korang pun tahukan, PKP, PKPB PKPD ni semua hampir 2 tahun kan. So ummi dah termanja dengan aku. Sebelum ni (waktu normal) aku akan balik kampung sebulan sekali.

Paling lama tak balik bermula MAC (start MCO) sampailah PM kata ok boleh rentas around JUN kan, itulah aku balik dan tersadai di kampung sampai la dah kahwin.

La tibeh ummi pulak tak leh berenggang dengan aku. Aku faham maybe sebab aku anak bongsu.

So manja kasih ummi tu terlebih. Oh ya, Abi meninggal masa aku sekolah. Sejak tu aku dan ummi memang rapat dan manja each other. Macam bestfriend.

So back to main topic, bila we decided to nikah ummi la orang yang macam tetibe insecure, sedih merajuk sebab anak bongsu dia. And yes, ummi ada appointment doctor every month. So aku lah yang bawak dia.

Kenapa ummi tak minta anak anak yang lain, alasan dia mudah, abang kakak aku yang dekat Malaysia ni busy uruskan keluarga masing masing. So aku saja yang single senang nak kemana mana.

Waktu tu aku ok saja. Even now, lepas nikah aku ok. Syed also ok. Tapi ummi saja yang entah merajuk sendiri.

So lepas nikah, Syed cakap tak pelah PJJ sebab waktu tu anak tak boleh visit parents, tapi husband boleh visit wife.

So kita gunakanlah peluang tu sementara kerajaan tak izinkan balik kampung lagi. Aku pun agree. Bermulalah kisah aku dan Syed berPJJ.

Lepas nikah, aku kerap bermimpi Syed ada orang lain. 3 kali aku mimpi. Bila aku cerita dekat Syed. Syed gelak saja. Dia cakap, “mimpi saja yang. Sayang tengok drama ape pulak ni, haha”.

Aku pun anggap tu mainan tidur. Tapi seminggu sebelum Syed balik ke rumah aku, kerap kali nama kawan baik Syed ni bermain di minda ku.

Ok let us call her X. Yang buat aku tak insecure dengan X sebab X ni non muslim. Ye sebelum berkahwin, sebenarnya X dan Syed pernah kantoi dengan aku.

Gara gara Syed salah hantar whatsapp. Maka apa lagi perang dunia ketiga meletus la gais.

Hahahaha sebab sayang, dan Syed explain whole story dengan bukti conversation diorang, so aku lega. Sebab X biasa saja, aku boleh cakap Syed ni la yang gatal haha.

Syed pernah syok dekat dia dulu, tapi X tak layan. And X tak berminat nak convert ke Islam. Aku pernah tanya, mana tahu Allah nak uji, sebelum kita nikah, X nak convert, you pilih siapa?

Syed dengan confident cakap tak mungkin. X tetap dengan pendiriannya. Ok. So sejak tu aku tenang. Entah biarlah. Mungkin both of them tak de pape.

Aku cuma pesan please settle your relationship before we get married or else you takkan kahwin. Haha he said ok darling no worries.

Satu hari aku tanya Syed, is he still contact X. Lambat Syed reply and akhirnya dia mengaku, “yup we still”.

Gais aku rasa hati aku tak tenang waktu tu. Aku mintak dia share conversation dengan X. Dia tak nak.

Last last aku pun malas la nak korek. Penat cakap. Tapi hati aku tetap tak tenang. Instinct aku rasa something.

Until Syed balik rumah aku. Semua okay sampai lah aku pujuk dia nak tengok conversation whatsapp dengan X. Of course Syed tak bagi.

Tapi aku pujuk dan aku cakap jangan risau. Aku takkan apa apa pun. Aku hanya nak confirm dengan instinct as wife betul tak. Dengan berat hati Syed bagi tengok.

Wow! Amazing! Kalau dulu aku boleh cakap, Syed ni yang agak try hard. But now X and Syed sama naik ye gatalnya. Aku isteri yang sah pun tak cakap macam tu.

I just cried. Cried and cried. Dah la tetibe hujan. Lagilah. Sayu betul hati. Aku tanya Syed, he said he love both of us. Ya Allah dasar tamak manusia ni.

I said no. You need to choose 1 or else I bagi tahu mama (mak syed) yang you buat perangai.

Dia merayu rayu dekat aku jangan bagi tahu mama or kakak dia. Mati dia (tahu pun takut). Rupanya mama memang tak pernah dan tak approved X jadi menantu.

Tapi bila mama jumpa aku, dia terus setuju dengan Syed untuk teruskan hubungan sampailah nikah.

All family members dia approved aku jadi sebahagian keluarga dia. That why, Syed teruskan relationship ni dan cuba cintakan aku.

Aku rasa tertipu korang, aku ingat Syed betul betul cintakan aku. Rupanya selama ni aku seolah olah membina satu dunia sendiri. Macam fake kan. Sedih tu aku tak payah explain.

Seminggu aku tak lalu makan. Dan aku pesan dekat Syed tak payah balik rumah ummi. Aku tak nak jumpa dia.

Berat aku turun 5kg. Syed cakap dia start sayang aku dan cintakan aku betul betul lepas kitaorang nikah. La baru jela lagi.

Bila dia cakap I love you tu hati aku sakit sangat. Dan sekarang aku rasa macam aku stress sendiri. Aku tak berani nak bukak mulut kepada mana mana keluarga aku or family Syed.

Aib Syed kan. Kesian jugak dia. Should I go counselling guys or failkan cerrai saja. Aku rasa tak percayakan Syed.

Aku dah plan nak lari oversea (ceh haha) Tapi Syed merayu rayu mintak aku bagi peluang.

Aku try contact X. Call tak angkat, whatsapp tak reply. Semua channel aku try. Tapi tak de respon. Aku buntu. Aku rasa serba salah.

Kalau betul la X ni nak sangat dekat Syed, aku akan usulkan ke mama. Biarlah mama pinang dia. Aku step down.

Tapi Syed kata what ever happen, hanya mati pisahkan kita. Elehhh. (emoji mata ke atas) belum apa apa, dia dah buat perangai.

Buat masa ni, aku request apa pun, Syed layan saja. Even aku cakap, aku tak nak ada anak pun dia setuju. Sebab apa? Syed memang nak anak cepat, tapi tak untuk aku sebab aku sangat busy dengan kerja. Dah la aku work from home, aku takut tak ada masa untuk anak anak.

Syed tak setuju ideologi aku sebab dia kata you can or just tukar kerja lain. Tapi entah la.

Aku happy dengan company aku sekarang. Bila keadaan macam ni, memang aku usulkan benda yang aneh aneh dan take for granted la. Syed terpaksa bersetuju asalkan aku stay dengan dia.

Bila sekarang aku rasa naluri aku tepat untuk tak de anak sebab kes macam ni lah. At least tak panjang jodoh, aku boleh cerrai tanpa ada terikat pape. kalau ada anak kan still contact. Aku takut aku yang tak kuat saja. hahaha.

Tapi sebenarnya berlawanan dengan prinsip aku. I can’t stay with someone who didn’t love me.

Inilah punca aku berpisah banyak kali, ada antaranya sebab ex aku still memuja ex girlprendnya dan aku pulak mngsa rebound.

I thought Syed not like that. La sama peelnya. Nasib le labu. Syed yakinkan aku he only loves me.

Tapi hati aku berat lagi nak terima. Aku rasa macam dia fake dan aku sekarang di fasa in denial. Confusenya. And I’m tired.

Korang, apa yang aku minta sebuah nasihat atau pengalaman yang dapat share kalau kisah korang seperti aku.

Jauh di sudut hati, aku memang cintakan Syed. Tak pernah aku cintakan orang sebelum ni macam aku cintakan Syed.

Tapi pada masa yang sama, aku rasa aku tak percaya Syed ni betul ke suka aku. Korang what should I do.

Boleh ke perkahwinan aku diselamatkan. Share korang punya pengalaman dan nasihat ye. Aku akan go through satu satu komen korang. Thanks guys.