Rumah nenek bersepah dan bau busuk. Anak pun berbunyi tapi bila suami ajak pergi sana saya jadi dilema

Saya seorang wanita sederhana berasal dari kampung dan berkahwin dengan seorang lelaki bandar.

Sebelum berkahwin, saya pernah ke rumah bakal suami untuk berkenalan dengan ahli keluarganya. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan tidak lama kemudian kami pun berkahwin.

Ketika datang ke rumah tersebut, saya lihat rumah mereka bersih dan kemas.

Selepas beberapa bulan berkahwin, lama kelamaan saya perasan keadaan rumah keluarga suami bertukar kepada bersepah dan tidak berkemas.

Sebagai contoh, baju kotor dibiarkan di celah celah tangga, alatan memasak ditinggalkan lama tidak berbasuh di dalam sinki, tandas berlumut dan kuning.

Yang paling saya terkejut, ulat ulat sampah bersepah dekat kawasan tong sampah kerana mereka tidak buang sampah selama beberapa hari.

Saya bertanya kepada suami, kenapa jadi sampai macam ni. Suami hanya diam dan tiada jawapan.

Untuk pengetahuan, saya tinggal berasingan dengan keluarga mertua tetapi rumah saya sangat dekat dengan mereka. Jadi, seminggu sekali saya dan suami akan datang melawat.

Pada awal nya, saya ambil inisiatif sendiri dengan tolong kemas ruang tamu, dapur dan cuci tandas. Malang nya, pagi saya kemas, petang sudah bersepah semula.

Lama kelamaan saya jadi stress dan bengang dengan ahli keluarga suami. Saya bukan lah terlalu pengemas dan pembersih, tapi cukup lah nampak sedap mata memandang.

Contoh nya, atas meja bersepah dengan botol air, pinggan kotor, majalah, plastik makanan yang telah kosong. Saya kemas dan susun sebelah pagi, petang mesti dah berselerak semula.

Kadang kadang, saya tolong lipat baju adik beradik suami, saya datang semula 2,3 hari baju masih lagi di tempat yang sama.

Paling saya tak tahan, salah seorang adik beradik suami ada membela kucing. Tetapi, dibiarkan tahi kucing sampai kering dan penuh bekas tahi kucing.

Boleh bayangkan bau tahi kucing tu macam mana. Ada dalam 15 ekor kucing di bela di luar rumah (dalam cage) dan 3 ekor kucing dalam rumah.

Paling saya tak tahan, dalam rumah bekas tahi kucing diletakkan di dapur sebelah tempat memasak. Bayangkan kita nak masak kat dapur, sebelah ada bekas tahi kucing yang penuh dengan tahi. Siksa nya saya Allah yang tahu. Dan tak ada siapa yang tegur.

Saya jadi buntu fikir, tak ada ke orang dalam rumah ni yang bau tahi kucing ni?

Awal awal, saya tak tahan saya tolong buang tahi kucing tapi lama kelamaan saya tengok mereka seperti buat tak kisah.

Jadi saya ambil keputusan untuk biar kan saje. Jika masuk ke bilik masing masing, saya hanya akan istighfar dalam hati. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, perkara ini masih belum selesai.

Kini saya sudah pon mempunyai 2 orang cahaya mata. Saya selalu mengajar anak anak untuk menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.

Pernah anak saya yang sulung bertanya kepada saya, “mama kenapa rumah nenek bersepah dan busuk? Kakak tak selesa mama”. Saya diam dan hanya memberi senyuman nipis kepada nya.

Jawapan apa yang saya nak berikan kerana apa yang saya ajar, tak sama dengan apa yang dia lihat di rumah nenek nya?

Saya pernah menegur suami tentang keadaan rumah keluarga nya, tapi jawapan suami adalah mereka dah terbiasa hidup begitu.

Tetapi apa yang manghairan kan saya, apabila keluar rumah, masing masing nampak sangat bergaya dan kemas. Langsung tidak mencerminkan diri mereka apabila dirumah.

Setiap kali suami ajak datang ke sana saya jadi dilema dan stress. Stress sebab saya kena hadap bau dan suasana rumah yang kotor dan bersepah.

Belum cerita lagi anak anak akan kena gatal gatal bila balik dari sana. Keluarga mertua saya sangat baik terhadap saya dan anak anak.

Saya cuma buntu dan tertekan dengan masalah kebersihan dan perangai buat tak tahu mereka. Apa yang patut saya buat?