Saya tanya abah bini ada 3 ni guna minyak pengasih ke. Abah jawap mula-mula aku tak caya. Lama2 aku dengar

Assalamualaikum admin. Ni saya nak share cerita pasal ayah tiri saya yang ada 3 orang isteri.

Cerita ni mungkin rare sikit dan mungkin ramai yang mengalami tapi tak ramai yang akan share. Cerita ni agak panjang asalnya but i will make it short..

Aku ada 3 orang mak. Which means ayah tiri aku ada 3 orang isteri. Ibu tiri aku yang pertama ada 7 orang anak (semua anak kandung ayah aku), ibu tiri yang ke 2 ada 5 orang anak (2 anak tiri 3 anak kandung ayah aku), dan yang ke 3 ibu kandung aku sendiri ada 3 orang anak (semua anak tiri kepada ayah aku).

Ayah tiri aku selalu suruh anak anak tiri panggil dia ‘abah’ supaya lebih mesra.

Ibu ibu tiri aku takde pun nak bermasam muka atau guna ilmu hitam atau bomoh bomoh. Kami adik beradik tiri takde pun gaduh gaduh tak puas hati, hasut menghasut atau kutuk belakang.

Time raya pertama semua kumpul dekat rumah isteri pertama. Semua happy happy, havoc havoc sampai aku pun masih dapat duit raya dari adik beradik tiri yang dah kerja dan beranak pinak.

Ayah aku kahwin dengan isteri kedua dan ketiga dalam Malaysia je. Takde pulak sampai nak pergi Thailand.

Aku tengok ayah aku ni seorang yang penyabar dan bertanggungjawab. Apa yang isteri isteri dan anak anak nak semua ditunaikan.

Isteri pertama dan isteri kedua ayah aku ada tanah dua tiga keping dan rumah banglo sebiji setiap sorang.

Cuma mak aku ada sekeping je tanah dan sebiji banglo. Ditambah lagi pangsapuri dibandar setiap seorang dua pintu, mak aku satu pintu je itu pun mak aku tak nak.

Anak anak lelaki semua dibelikan tanah dan dibuatkan rumah banglo masing masing, guna duit ayah tiri aku.

Diulang, guna duit ayah tiri aku. Anak perempuan cuma dapat tanah je setiap sorang sebab nanti ikut suami.

Mak mak tiri aku dah pergi mekah dan umrah, pergi melancung luar negara dah banyak kali. Cumanya mak aku baru je sekali dapat pergi melancung sebab baru je 2 tahun mak aku kahwin dengan ayah tiri aku.

Ayah aku ni jenis rajin jugak buat kerja rumah. Kadang kadang tolong masak sarapan, potong sayur nak masak makan tengah hari, hias hias kawasan halaman rumah, tanam bunga, berkebun tanam sayur sayur dalam kawasan rumah.

Cuma anak anak dan menantu je yang pemalas kadang kadang balik bercuti dikampung bangun sampai tengah hari.

Tolong masak dekat dapur pun malas, memang selalu kene sembur la dengan ayah tiri aku.

Selalu kene bebel, “Abah dulu sekolah rendah dah kerja penat penat berjemur cari duit takde nak bangun sampai tengah hari!”

Anak anak bila nak kahwin tak kira lelaki atau perempuan ayah aku akan spend tak kurang dari 30k tak kira anak kandung atau anak tiri. Tanpa berkira.

Tapi dalam senang senang ayah aku banyak jugak dugaan sepanjang hidup dia. Bab kene rompak dah banyak kali.

Siap kene ikat satu family pun pernah. Rumah dimasuki pencuri tak yah cakap la dah jadi kebiasaan.

Tapi aku pelik ayah aku ni pun satu, kunci kereta dibiar dalam kereta pintu tak berkunci siap ada duit tebal tebal warna merah warna biru dalam desk board.

Pintu rumah mak tiri pertama aku pun mana ada berkunci siang malam macam mana la tak dimasuki pencuri.

Orang pulak selalu pinjam duit dan berhutang dengan ayah aku tapi susah nak bayar. Yang pinjam pun kadang kadang bukan orang susah je, orang senang dan mampu kerja pun ada jugak.

Yang kerja sendiri, kerja swasta, kerja kerajaan pun ada jugak, tapi punya susah nak bayar.

Tapi ayah aku cakap abah halalkan je… Macam tu la ayah aku jenis tak kesah..

Aku as anak tiri tak pernah minta macam macam dekat ayah tiri aku sebab aku sedar diri aku ni anak tiri je. Cumanya ayah aku ada bagi sekeping tanah itu pun aku buat tak tau je.

Aku tengok mak kandung aku pun as isteri ke 3 tak dapat banyak sangat macam apa yang isteri pertama dan ke 2 dapat.

Mak aku pun bukan jenis meminta minta, dan mak aku pesan siap siap dekat ayah tiri aku bila aku kahwin nanti jangan keluar belanja banyak sangat, ala kadar je..

Masa nak raya hari tu pun semua perbelanjaan dari bahan bahan nak masak, kuih raya, duit raya, baju raya semua ayah aku yang sediakan untuk setiap rumah isteri isteri dia.

Mak aku dah tak yah risau pasal ayam dan daging. Ayah aku dah siap tempah dekat orang untuk dihantar ke rumah.

Ayah aku tinggal datang melawat kawasan je. Siap bagi lagi setiap anak anak kandung atau anak anak tiri cucu cucu dia duit perbelanjaan nak raya.

Ayah aku jenis hidup bermasyarakat. Orang orang kampung, saudara mara, adik beradik isteri isteri dia semua senang dengan dia.

Masa ada kenduri atau majlis keramaian ayah aku join ringan tulang untuk tolong itu ini, selalu pergi masjid solat berjemaah.

Aku pernah bergurau tanya ayah tiri aku, “abah tak nak tambah lagi satu ke untuk cukupkan quota?”. Ayah tiri aku cakap, “tak payah lah, nak mampos dah”.

Dan aku pernah tanya abah ni ada jampi jampi atau guna minyak pengasih ke? Jawapannya tak, cuma jaga solat, banyakkan berdoa, berzikir, jaga silaturahim dan eratkan silaturrahim je.

Mula mula aku tak caya tapi lama lama aku dengar ayah aku tu pun ada kene buatan orang jugak.

Pernah sekali dua dia pengsan masa tengah kerja tapi ayah aku jenis tak percaya bomoh bomoh ni. Dia buat tak tau je yang dia sakit. Dia teruskan hidup dengan happy.

Dan aku pernah dengar ayah aku ada keturunan diRaja tapi aku tak tau Raja apa. Majapahit atau Langkasuka.

Kesimpulan dan pengajaran yang boleh diambil dari cerita aku ni, lelaki boleh kahwin lebih dari satu atau cukupkan quota asalkan bertanggungjawab, faham agama dan amalkan.

Semua kemahuan isteri isteri dan kemahuan anak anak kene tunaikan.