Bila suami cakap baik-baik minta duit sendiri. Dia boleh buat tak tahu seolah tiada apa berlaku

suami seorang kakitangan kerajaan. Manakala ipar waktu itu seorang kakitangan swasta disebuah institusi kewangan.

Suami anak sulong dalam sekuarganya, seorang abang yang bertanggungjawab akan membantu keluarga disaat kesusahan walaupun kami bukanlah orang yang mewah, cuma seadanya dan cukup.

Nak dijadikan cerita, suami buat personal loan (government rate kan murah) untuk bantu adik ipar (adik lelaki suami) dan buat perjanjian yang adik ipar akan bayar setiap bulan ikut jumlah yang mereka persetujui. Saya tak masuk campur waktu ini.

Sehingga pada satu masa, adik ipar berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri atas tiket kewangan dia dah kukuh katanya.

Sehingga beberapa bulan dan tahun, suami baru bercerita yang adik ipar dah mula skip bayaran bulanan dengan suami.

Sedangkan gaji suami dipotong setiap bulan untuk loan tersebut sebab perniagaan yang adik ipar usahakan kurang berjaya.

Buat ni tak jadi, tukar buat bisnes lain, tak jadi juga, tukar lain.

Suami bagi masa untuk adik ipar stabilkan semula kewangan dia dan family (biras saya suri rumah sepenuh masa). Jadi suami masih ada belas kasihan.

Perkara ni berlanjutan ke 2, 3, 4, 5 dan tahun ni nak masuk tahun ke 6 adik ipar mengelak dari membayar.

Kenapa saya kata mengelak, sebab dalam tempoh tahun tahun yang saya bagi tadi, ada juga nampak hasilnya (dia beli kereta baru yang bulanan cecah hampir 1k) tapi hutang liat nak bayar.

Ni yang dikatakan bagai kacang lupakan kulit ataupun habis madu sepah dibuang. Begitu.

Lama lama saya pulak yang sakit hati tengok. Bila suami slowtalk mintak “duit sendiri” macam menagih simpati. Dia boleh buat tak tahu. Buat tak tahu macam tak ada apa apa yang berlaku.

Bila ada perjumpaan family mertua, dia akan datang bersembang makan macam biasa walaupun sebelum tu suami dah bagi tahu nak pakai RM50 contohnya,

Dia akan salam kosong dan balik rumah dengan senang hati tanpa hiraukan permintaan suami, whatsapp pun tak berbalas ya. Sungguh dia tak ada perasaan.

Sampaikan satu tahap suami agak bertegas nak pakai duit sedikit, dan mengungkit perjanjian lama mengenai hutang juga teguran mengenai sikap acuh tak acuh dia nak bayar hutang.

Adik ipar macam tak boleh terima teguran, dia pulak yang sombong dengan suami. Pelikkan. Tapi tu lah hakikat. Macam suami pulak hutang dia. Menagih duit sendiri.

Bukan suami mintak segedebuk. Siap offer sebulan sekian sekian. Buat pengetahun semua jumlah hutang bukan kaleng kaleng ya. Mencecah ratusan ribu!

Paling menjelikkan, masa family gathering rumah mertua, adik ipar dan isterinya datang tanpa bertegur sapa dengan suami mahupun saya. Kita pula yang rasa serba salah macam kami buat kesalahan besar.

Puncanya cuma suami whatsapp panjang jela untuk tuntut hak dia. Saya agak, mungkin isterinya pun baca whatsapp tu sampai berjangkit dengan suami dia egois tu. Dah dia hutang kita, kita pulak yang macam buat salah.

Mungkin sebab saya bekerja dan ada kewangan yang baik disamping membantu suami mencari rezeki, kami nampak macam segalanya cukup.

Mungkinlah dia nampak cukup, tapi ada masanya perlukan lebihan tunai juga contoh awal tahun anak nak sekolah, nak renew lesen kereta, kereta rosak dll.

Eh kena ke bagi tahu ipar yang duit tu untuk apa dan apa. Rasa tak perlu. Tapi itulah, suami dah cerita kat ipar macam macam pun dia langsung tidak berperasaan. Menagih duit sendiri sakitnya tuh disini.

Sehinggalah kehari ini, i-sinar ipar sudahpun bersinar sinar. Tapi tiada sinaran buat suami. Kasihan suami, kasihan kami.

Mohon yang membaca doakan terbuka pintu hati ipar untuk membayar semula hutang suami. Sekian. Wassalam