Bakal ipar pun 2×5 suka jadi batu api.M pula tak rasa nak backup aku tiap kali mak dia hina

Hi assalamualaikum semua. Nama aku Lydia dan berusia 29 tahun, baru lepas break up from 5 years relationship.

aku beruntung sebab belum sempat kawin Allah dah tunjuk perangai ex aku dan mak dia.

Baiklah, kalau korang perasan, lelaki yang selalu jadi anak harapan dalam keluarga ni, kalau dorang berkahwin dan ada ‘orang baru’ AKA isteri yang datang dalam family, most likely ‘orang baru’ tu akan dipandang sebagai ancaman dan dibenci seluruh keluarga, ipar duai.

Tak jauh mana la dengan kisah aku. Perkenalkan M, ex aku. Umur sebaya tapi masih tinggal bersama keluarga dan memang ayam tambatan dalam family dia.

Segala urusan seperti membawa ibu shopping, membawa ibu ke pasar, bawa anak kepada abangnya yang busy ke hospital, pasangkan itu ini, baiki itu ini di dalam rumah.

Pada mulanya aku sangat terharu M ialah seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab pada keluarganya dan aku juga selalu memuji perbuatan M malah menggalakkan lagi apa yang dia buat.

Ibunya juga pada mulanya sangat baik dengan aku. Selalu saja video call bertanya khabar, tanya bila nak datang lagi ke rumahnya, selalu jemput makan ke rumahnya, bakal ipar yang lain pun pada mulanya sangat welcoming dan aku rasa sangat selesa.

Tetapi lama kelamaan, bila M terlalu banyak memuji aku di hadapan ibunya, melayani aku bagaikan puteri walaupun tak diminta,

Selalu post tentang aku di instagram (sebelum dengan aku dia selalu post pasal mak dia lol), memberi hadiah itu ini pada hari hari penting, ibunya jadi macam terancam.

Ada saja sekecil kecil salah aku untuk dikorek dan dihina. Plus, dah tak boleh kalau tengok aku keluar berdua dengan M, dia jadi panassss saja hati dia.

Tengah tengah dating dia call tanya dekat mana bila nak balik, dah beli ke belum barang ibu suruh beli tu yada yada..

Paling tak boleh lupa bila aku terbuat silap yang kecil dia akan cakap, “mak awak tak ajar ke benda ni?”.

Ataupun kata kata sindiran yang lebih pedas dan menyakitkan. Zapppp. Terusss triggered ya dia main mak mak ni.

Yang menjadi masalah, bila dia hina dan sindir aku, seluruh keluarganya akan back up mak dia walaupun memang terang terang benda tu salah.

Aku pula yang disuruh minta maaf. Sekali dua bolehlah aku turunkan ego, dihina pun aku yang minta maaf.

Tapi bila perkara yang sama berulang banyak kali, ada saja salah kecil aku untuk dihina, bakal ipar pun jenis batu api dan M pula langsung tak defend aku malah akan tarik muka dengan aku setiap kali ibunya menghina aku.

Aku pula yang macam orang giila cuba betulkan keadaan tanpa ada sesiapa pun yang membela aku. Aku mula mengundurkan diri seketika dari mereka.

Kemudian M pun mencari aku kembali mengajak untuk berbincang soal masa depan kerana dia masih sayangkan aku.

Aku terus minta keizinan dia kalau kawin nanti, i nak duduk jauh dari family you. Tapi dia terus menolak kerana masih ingin tinggal bersama keluarga.

Padahal masa kali pertama ibunya menghina aku, dia pernah cakap nak carikan aku rumah sewa lepas berkahwin nanti. Tiba tiba dah takde pendirian dah terus tukar jawapan.

Aku yakin ada orang lain di sebalik keputusan M ni sebab M yang aku kenal selalunya akan pertimbangkan segala cadangan aku.

Lepas dari kejadian itu aku terus rasa tawar hati dengan M.

Walaupun dia sangat baik, bertanggungjawab, tapi perbuatan dia yang tak tegas, tak ada pendirian, tak membela aku saat dihina family dia, dan dia tak berapa suka datang rumah family aku, betul betul buat aku berfikir panjang untuk teruskan.

Bakal ipar pula jenis suka menyibuk pasal relationship kami. Pantang nampak abang kesayangan dia post caption sedih dekat instagram terus DM aku tanya aku gaduh ke dengan abang dia.

LOL kalau gaduh pun bukan masalah awak tau dik. Selalu juga dia offer nasihat tanpa dipinta dan ini buatkan aku rasa sangat tak selesa.

M pun kelihatan masih lagi financially dependent dengan parents walaupun sudah berkerja.

Aku sepatutnya bertunang bulan 7 ni dan dijangka kahwin bulan 12 ni. Tapi tak sempat tunang pun dah putus.

Cumanya aku baru tahu yang segala preparation tunang dan kawin semuanya disediakan oleh ibu dan bapa M.

Ini lebih jadikan aku tak selesa sebab ye la, apa apa masalah nanti semua akan diungkit.

M memang lelaki yang baik, cuma melihatkan dia masih belum mampu berpisah dengan keluarga dan tidak tegas melindungi aku membuatkan aku berasa agak terancam untuk meneruskan.

Seumur hidup itu terlalu lama untuk hidup dalam family ini. So dear wanita sekalian kalau jumpa lelaki yang ada ciri ciri ini:

– Anak mak.

– Emak dia mulut puaka.

– Dia tak ada pendirian.

– Tak mampu lindungi kita.

Please, dont walk away, but RUN okay RUN. Aku masih lagi dalam proceess untuk emotionally healed dari segala penghinaan mak dan family dia.

And this healing process is going to be soo long. Tapi aku bersyukur sebab Allah dah bukakan mata aku dari awal.

Doakan aku mampu memaafkan dan menerima semuanya..