Aku tanya dia ok tak, dia diam je. Tapi aku perasan bawa kereta semakin lama makin perlahan

Cerita aku bukan lah luahan, tapi pengalaman yang bagi aku pengalaman yang tak boleh aku lupakan.

Sekali gus aku aku harap ada pengajaran dalam kisah aku ini untuk korang ambil jikalau ada.

aku dan kawan aku bertolak dari Kelantan ke Kuala Lumpur pada lewat petang atas urusan kerja.

Kami bertugas sebagai penjawat awam di tempat kerja yang sama, perjalanan diteruskan hinggalah sampai di lebuh raya pantai timur pada jam 2 pagi.

Sebelum masuk lebuh raya perjalanan semua nya okay. Memang aku tak tidur dengan niat nak teman borak dengan kawan aku. Lupa nak bagitau, yang memandu kereta kawan aku dan aku pula duduk di sebelah.

Sedang asyik aku borak tentang macam macam perkara, tiba tiba kawan aku diam. Aku bercerita pun dia tak respon hinggalah aku nampak muka dia dah berubah lain macam, mata tak berkelip.

Aku tanya dia “kau okay tak? diamm je?”. Hati dah rasa tak sedap hati, tapi aku perasan pergerakan kereta semakin perlahan.

Hinggalah dia buka mulut, keluar suara garau macam orang tua, “jom kita pergi atas bukit sana”

Berderau drah aku waktu tu boleh kata macam takde drah dah.. Kecut abes perut ni.

Aku sorok ketakutan aku, kot kot kawan aku ni nak kenakan aku. Aku tengking kawan aku, “oi kau nak ngantuk biar aku lah yang bawak pulak!”

Tapi mujurlah kereta makin perlahan, kepala kawan aku ni tertunduk dekat stearing. Kereta berhenti tengah tengah jalan dalam gelap.

Aku kecut perut jangan cerita lah, aku bukan lah pemberani sangat. Tapi dah takde pilihan, nak lari cari orang pun tengah tengah hutan, mana ada orang!

Aku keluar dari kereta terus terkam dekat kawan aku. Aku tolak dia ke tempat duduk sebelah.

Nak tak nak aku kena gerakkan kereta ni. Takkan nak tunggu sini tengah gelap tepi hutan??

Dalam keadaan kaki tengah lembik tu aku gagahkan jugak tekan pedal. Dalam kepala aku fikir kena keluar dari LPT ke kawasan bandar cari kawasan yang ramai penduduk.

Tengah aku memandu kawan aku tu tegur, “kau nak bawak aku pergi mana, naik bukit belah sana”. Mata nya berlalak pandang aku, aku tengok sekali terus alih muka.

Benda paling aku risau kalau kawan aku bertindak agresif pada aku yang sedang memandu. Perjalanan nak keluar ke kawasan bandar Kemaman nak dekat setengah jam jugak.

Takut sangat sangat lemah habis tangan dan kaki, makin kecut bila “orang tua” tu bukak suara sambil bedehem sesekali ketawa kecil.

Alhamdulillah akhirnya berjaya keluar ke kawasan penduduk. Tapi jam 3 pagi mana ada orang, aku fikir nak pergi balai polis tapi tak jadi lepas jumpa stesen minyak.

Sampai stesen minyak, cepat cepat aku matikan enjin berlari ke kaunter mintak tolong abang kaunter stesen minyak.

Aku cuba tanya dia ada tak kenal ustaz ustaz yang boleh tengokkan orang kena sampuk.

Syukur ayah saudara dia Ustaz yang pandai berubat dan syukur jugak ayah saudara dia tu angkat call jam 3 pagi, kalau tak aku dah tak tahu nak buat apa.

Dipermudahkan, Ustaz Hamid sudi datang ke stesen minyak tu ambik kami, terus di bawa ke rumah ustaz.

Hati dah lega sangat sangat ya Allah berbanding masa dekat survive nak keluar dari LPT, Allahu.

Tak cukup sampai dekat situ, sampai dekat laman rumah Ustaz, aku nampak dengan jelas seorang perempuan berbaju kebaya klasik, pegang payung kain macam payung raja raja dan orang kahwin tu pandang tepat dekat aku.

Dia berdiri bawah pokok luar pagar, jam 3 pagi datang dari mana? Tengok sekali terus aih muka buat buat tak nampak.

Kawan aku makin bengis, “orang tua misteri” tak mau di bawa masuk rumah, mujurlah anak anak Ustaz Hamid pun ada sekali bantu usung dia masuk rumah.

Pendek cerita, syukur kawan aku sedar tapi lemah badan. Kata Ustaz Hamid, biasalah mungkin ada terlanggar hak dia masa lalu mana mana jalan, sebab itu lah sebelum perjalanan biar ada pendinding. Sekurang kurangnya baca lah ayat kursi.

Kata Ustaz Hamid, mujurlah masa kawan kena rasuk tu dia tak tekan minyak dan pulas stearing bagi terbabas kereta, kalau benda tu buat macamtu mungkin boleh jadi kemalangan mavt.

Moralnya dekat sini buat pemandu kenderaan, jangan kita tinggal doa atau pendinding dengan ayat ayat al quran sebelum mulakan perjalanan.

Tak mustahil kemalangan mavt yang dah berlaku di luar sana pun terjadi dari gangguan makhluk makhluk ghaib jahat ini, sebagai orang Islam jangan kita tinggalkan doa.

Tak dinafikan sebelum perjalanan hari tu memang aku tak de langsung ingat nak doa mintak perjalanan selamat. Bila jadi peristiwa ni ianya begitu beri pengajaran pada aku.

Sekarang memang doa keluar rumah dah tak tinggal, tawakal pada Allah. Sekurang kurangnya andai kita ditakdirkan mti sekalipun diluar sana, kita mti dalam keadaan bertawakal kepadanya.