Satu hari huby aku dah hilang sabar, dia terus keluar rumah dan pergi rumah sebelah

Ceritaku ini pula berkenaan dengan jiranku.

Rasanya memang dia tak baca la kisah tentang dia ni sebab diaorang Chinese. Ini bukan kisah rasict ya, tak ada kena mengena.

Suami aku bekerja sebagai pegawai tentera di sebuah kem. Setelah bertahun tahun duduk di kuarters tentera, kami memilih untuk tinggal di luar sementara menunggu rumah baru kami siap.

Jadi kami pun mulakan pencarian rumah sewa berdekatan dengan Kawasan perumahan baru kami.

Bakal Rumah baru kami tu di Fasa 3. Kami dapat menyewa di kawasan perumahan Fasa 1. Fasa 2 pula dah habis terjual tetapi belum siap.

Kawasan Fasa 1 ini memang sangat baru diduduki. Mengikut owner rumah ni, bulan 3 tahun 2020 baru ada orang masuk. Kami pula masuk menyewa pada bulan 9 tahun 2020.

Ingin dinyatakan di sini, perumahan Fasa 1 di mana kami menyewa adalah Kawasan Non-Bumi lot. Jadi jiran jiran di sekeliling ini adalah Chinese dan Indian.

Tak ada masalah di sini kerana kami memang suka rumah ni dan kami ok dengan sewanya.

So rumah kami ni di bahagian depan lorong. Banyak juga di bahagian depan lorong ni orang dah masuk. Rumah di belakang banyak lagi yang belum diduduki orang.

So masalahnya bermula pada bulan 10, tahun lepas. Jiran sebelah kiri kami ni nak renovate rumah. Yang menjadi masalah adalah dia nak renovate 1 rumah atas bawah, cabut semua tiles dan dinding.

Dan kami sebagai jiran sebelah rumah amat terkesan dengan aktiviti renovation tersebut.

Bayangkan dari bulan 10,11,12 tahun lepas dia renovate rumah. Mula mula drill dinding dari 8.30 pagi sampai 5.00 petang untuk tambah wiring. Tak habis habis drill tu wei, pagi sampai petang.

Boleh katakan bulan 10 tu complete sebulan dia drill dan pecahkan dinding je. Bayangkan rumah ni besar, 2600 sqf. Berapa banyak dia drill dinding non-stop tu.

Masa bulan 10 tu mak mentua aku ada kat rumah. Tersangkut dekat sini sebab PKPP di negeri asal dia. Tak boleh balik sana.

Memang orang tua tu tak boleh tido tengah hari atau petang langsung. Pagi sampai petang drill dekat rumah sebelah tak berhenti.

Punyalah kuat rasa macam dia drill sebelah telinga. Sampai berdenyut denyut kepala aku dan semualah dalam rumah ni.

Ada 1 hari tu aku balik rumah waktu tengah hari, aku nampak mak mertua aku di luar rumah. Hari tu aku ingat lagi memang panas, hangat pijar.

Aku tanyalah ‘Eh kenapa mak ade kat luar rumah ni?’. Mak aku cakap, sakit kepala tak boleh nak duduk dalam rumah. Seharian orang sebelah ni drill dinding dari pagi. Nak pecah rasa kepala mak ni.’

Ya Allah kesian betul la mak mentua aku. Mak mertua aku berada di rumah hampir 2 bulan juga dan dialah yang terpaksa mengadap bunyi tersebut sepanjang hari.

Bila aku mengadu dekat suami, suami cakap ‘Sabar jelah, tak kan nak suruh dia stop construction’.

Bukan aku nak suruh stop construction tu, aku sekadar mengadu je, dah sebulan bunyi bising camtu.

Bulan 11 tu dia start renovate dalam rumah, entahla apa dia buat tapi habuk pecah pecah banyak betul sampai garaj parking berhabuk putih.

Kereta jangan cakaplah. Kerja aku menyapu jelah. Aku sabar lagi. Kerja renovation itu terus bersambung hingga bulan 12.

Biasanya kerja dia bermula 8.00 pagi sampai 5.00 petang, Isnin sampai Sabtu. Ahad dia off.

Kalau hari dia buat kerja dekat atas, balkoni aku memang berhabuk sangat. Jadi aku tak sidai baju sebab kain baju akan berhabuk.

Ada 1 hari tu, diaorang buat kerja hari Ahad. Aku dah la menyidai baju sangat banyak hari tu, 2 kali mesin basuh punya baju.

Yelah dah Isnin sampai Sabtu aku tak boleh nak menyidai dengan habuk semua tu, mestilah la hari Ahad saja aku ada masa nak sidai. Diaorang buat kerja pulak hari tu.

Entah syaiitan apa merasukiku, aku mengamuk betul dekat balkoni. Tension tengok baju disidai dah berhabuk putih.

Semua sekali pulak tu, baju tu dah la masih lembab. Aku jerit bagi dia dengar, kalau nak buat kerja tu bagitahulah awal awal, tak payahlah aku nak menyidai hari tu.

Ada lagilah yang aku menjerit marah marah, terus diam orang tu. Macam tu punya aku bersabar, hari Ahad pun masih nak buat kerja ke? Cuti umum pun diaorang buat kerja jugak.

Jadi sebenarnya bila kami sekeluarga dan jiran jiran sebelah menyebelah dia ni nak beristirehat atau tidur petang?

Aku cakap dengan suami aku, kalau hari Ahad depan dia masih buat kerja, aku nak report polis atas sebab gangguan. Tapi aku cakap je, aku tak tahu la boleh ke buat report macam tu.

Sambil layan drill dinding setiap hari tu, tiba tiba anak aku bagitahu dinding bilik tidur diaorang berlubang, kesan dari drill orang rumah sebelah.

Sekali lagi aku naik angin, terus aku pegi ke rumahnya, dan bagitahu. Aku cakap dengan contractor tu memang tak ada lemah lembut dah, memang aku terus sound aje. Habis sampai rosak rumah orang. Kau nak drill banyak mana lagi?

Ada satu hari tu agaknya suami aku dah habis sabar dia, dia tengah makan tengah hari. Kami berbual la sekejap, baru saja sekejap nak berbual orang sebelah start drill dinding.

Mengamuk laki aku. Terus dia keluar rumah, pergi rumah orang sebelah, jumpa dengan contractor.

Aku dah takut dah, sebab suami aku ni penyabar orangnya. Kalau dia dah hilang sabar tu memang sangat menakutkan bila dia naik marah.

Suami aku mengamuk kat situ. Tapi mengamuk berhemah la, maksudnya tak adalah sampai menc3derakan orang atau tendang barang.

Suami aku tanya apa benda yang korang drill ni, kerja 2 bulan tak sudah sudah. Sepatutnya nak renovate rumah gila gila atas bawah, buatlah sebelum orang start masuk rumah area sini.

Ini orang dah ramai kiri kanan, kau buat kerja drill pagi sampai petang, Isnin sampai Sabtu. Kadang kadang Ahad pun kau buat lagi kerja. Bila yang telinga kami nak rehat dari bunyi drill ni?

Aku jenguk sekali tengok rumah dia masa suami aku ke rumah dia. MasyaAllah memang habis dia drill dinding.

Kalau aku buat anggaran, mungkin baru 30% saja kerja dia tu siap. Atau mungkin lebih rendah dari tu.

Banyak lagi kerja nak buat. Nampaknya memang aku dan jiran jiran lain ni akan mengadap jela bunyi drill tu sampai sudah.

Hujung bulan 12 tahun lepas, wiring dia dah siap. Bulan 1 tahun ni tak ada apa apa kerja. Tapi masuk bulan 2, dia start balik drill lantai. Semua tiles drill dan cabut.

Sampai sekarang ni dah seminggu aku layan bunyi drill, termasuk hari ini, hari Ahad 7 Februari pukul 5.15 petang, kerja drilling masih belum berhenti.

Kepala aku sakit berdenyut denyut. Sepanjang minggu aku tak dapat rest pada waktu siang. Waktu malam pulak telinga aku terngiang ngiang bunyi drill.

Baru cabut tiles ruang tamu, belum lagi bilik bilik dekat atas semua. Depan rumah penuh batu bata dan kontena isi tiles yang dicabut. Agak agak berapa lama lagi dia nak siap drill ya?

Aku cuma nak meluah sahaja, bukan aku nak suruh dia jangan renovate rumah. Cuma mungkin kena ada kemanusiaan la bila nak renovate rumah ni.

Kami jiran jiran kiri kanan rumah dia ni dah cukup bersabar 3 bulan dia drill rumah. Tak kan tak boleh berhenti kerja kalau hari minggu.

5-6 hari bekerja tu kami dengar drill. Hari Ahad pun nak buat kerja jugak. Sudah lah tak ada pun courtesy nak jumpa jiran mintak maaf ke apa. Kau senanglah, sebab kau tak duduk sini dan kena dengar semua bunyi tu.

Aku dah lah ada hari BDR, kalau ada mesyuarat Google Meet memang aku stress sebab bunyi drill sebagai background. Penat. Telinga dan otak aku penat.

Sekarang pukul 5.30 petang, diaorang dah berhenti drill. Tapi otak aku masih bergegar dengan bunyi drill.

Otak aku rasa sebu. Doakan aku terus bertahan dan bersabar sampai rumah sebelah ni siap. Esok dan hari seterusnya, terus aku mendengar dan menghadap bunyi drill, entahlah sampai bila.