Kadang tengok pasangan suami org dgn isteri jalan sama-sama, pastu tgk suami org pandu kereta isteri dekat sebelah

Assalamualaikum dan hi semua. Aku perkenalkan diri aku sebagai Lily. Sudah tentu bukan nama sebenar.

Aku seorang yang boleh dikatakan introvert. Tak pandai berkawan dengan lelaki, apatah lagi nak mulakan langkah untuk berkenalan.

Ketika usiaku 20-an, aku masih single. Tiada seseorang yang boleh aku katakan sebagai teman istimewa.

Masa tu ada juga kawan kawan yang nak kenalkan aku dengan orang tu, orang ni lah.. tapi aku senyum je. Angguk tak, geleng pun tak. Malu lah kononnya.

Tapi, akhirnya benda tu senyap macam tu je. Masa tu aku taklah kisah sangat. Bagiku kalau jodoh tak ke mana.

Jadi ketika itu, aku tak lah terlalu fikirkan jodoh. InsyaAllah, satu masa nanti adalah tu…

Hinggalah akhirnya usiaku mencecah hujung 20-an. Masa tu kawan kawan ramai yang dah berkahwin. Dah beranak pinak dah pun.

Ketika tu, barulah terdetik dalam hati rasa untuk ada pasangan hidup. Ada rasa sayu jauh di sudut hati bila melihat pasangan suami isteri berjalan bersama sama.

Bahkan, kalau berhenti di traffic light, tengok kereta sebelah. Ada suami sedang memandu. Isteri pula disebelah sedang layan anak anak.

Aku rasa tersentuh. Bila pula giliran aku ye. Mungkin ada yang rasa aku macam pathetic. Tapi rasanya naluri setiap orang inginkan pasangan kan…

Masa tu lah aku mula serius untuk mencari pasangan hidup. Tapi…. tiba tiba aku jadi buntu. Mana aku nak cari ni? Aku ni dah lah tak ramai kawan. Apatah lagi kawan lelaki.

Tapi aku usahakan jugalah minta tolong kawan kawan, keluarga yang aku rasa aku boleh percaya pandangan dan penilaian mereka untuk carikan aku jodoh.

Mereka kata ok, mereka cuba tanya tanyakan… Tapi, tunggu punya tunggu. Senyap. Tak ada apa apa.

Kemudian, aku lupa macam mana, aku boleh terjumpa laman web cari jodoh. Baitulmuslim.

Oh tidak, nak cari jodoh kat sini ke? Terdesak sangat ke aku ni? Tulah perkara pertama yang terlintas di fikiran aku masa tu. Jadi aku lupakan pasal Baitulmuslim tu.

Satu hari, aku jumpa seorang kakak ni. Dah macam mak mak dah sebenarnya. Tapi aku panggil dia akak sebab dia senior di tempat kerja. Takkan nak panggil makcik pula kan. Baik sangat orangnya. Solehah. Lembut kata katanya.

Pada mulanya, aku jumpa akak ni cuma nak minta nasihat. Macam mana nak ringankan jodoh.

Ada la beberapa perkara yang beliau nasihatkan. Tapi, ada satu benda yang dia cerita yang telah mengubah pandanganku.

Beliau menceritakan bahawa anaknya (perempuan) bertemu jodoh di laman web Baitulmuslim.

Aku terkejut. Sebab masa tu aku tak ada cakap pun pasal Baitulmuslim tu. Aku cuma minta nasihat je.

Anak akak tu aku pernah jumpa. Solehah juga orangnya. Hafizah. Muka lembut bercahaya. Tudung labuh. Memang baik sangat macam mak nya.

Jadi masa tulah aku terfikir, kalau orang baik macam tu pun usaha nak cari jodoh di laman web cari jodoh, kenapa tidak aku?

Jadi, malam tu. Aku solat istikharah. Mintak petunjuk dari Allah haruskah aku join Baitulmuslim ni untuk cari jodoh.

Yelah, risau juga kan. Entah siapa siapa yang kita jumpa dalam tu. Buaya darat ke, biawak hidup ke. Seminggu jugalah aku buat istikharah. Mintak petunjuk.

Lepas tu, hatiku mula rasa terdorong untuk cuba join Baitulmuslim. Masa tu aku letakkan niat betul betul dalam hati memang nak cari jodoh yang baik baik.

Semoga dengan jodoh yang baik, lebih mudah laluan untukku menjadi isteri solehah. Mudah mudahan…

Sebelum aku tekan butang ‘daftar’ tu aku doa lagi dalam hati semoga Allah lorongkan hati orang yang betul betul ikhlas, orang yang baik baik je untuk berkenalan dengan aku. Jauhkan orang orang jahat, yang tidak ikhlas dari aku.

Sebab kita tak kenal siapa siapa pun kat dalam tu. Nak tanya siapa samada orang tu baik ke tak baik? Siapa yang kenal? Tiada sesiapa melainkan Allah….

Selain tu, aku niatkan juga, ini adalah salah satu usaha aku untuk cari jodoh. Sedangkan nak makan pun bukan main lagi kita usaha kan. Jodoh pun rezeki juga. Perlu diusahakan.

Jalan jalan lain yang aku cuba semua tak berhasil. Apa salahnya jika aku cuba pula jalan Baitulmuslim ni.

Jika inilah jalan untuk aku bertemu jodoh, semoga Allah permudahkan dan redhai. Aku tawakkal…

Aku nak share beberapa perkara yang aku buat masa aku join Baitulmuslim ni:

1. Letak gambar sebenar tanpa filter.

Aku ni tak ada lah cantik mana. Biasa biasa saja. Jadi aku taknak jadi fake. Tak nak bagi harapan palsu. Tengok dalam gambar flawless. Tengok depan depan speechless. Biarlah orang terima aku seadanya.

2. Cerita lah serba sedikit pasal diri sendiri.

Kita pun kalau nak kenal orang nak tahu juga kan tentang orang tu serba sedikit. Janganlah sekadar tulis ‘insan biasa’, ‘hamba Allah yang hina’.

Nak minta kerja tahu pula buat resume elok elok. Ni nak ‘minta’ hati orang. Tulis lah elok elok sikit kan…

3. Bagitahu juga apa ciri ciri jodoh yang kita nak. Tak perlulah detail sangat. Takut pula orang nanti. Tulislah contohnya, “Jaga solat, tak merkok, ada kerja tetap”.

Itu contohlah. Jangan lah biar kosong je. Sebab pada pandangan aku, bila kita tulis macam tu kita ada satu standard yang kita dah tetapkan. Jadi orang nak main cuba cuba atau suka suka pun fikir 2-3 kali.

Tak lama kemudian, aku terima salam perkenalan dari beberapa orang. Aku tak terus layan. Aku buat istikharah. Minta petunjuk.

Lepas dah buat istikharah, aku rasa terbuka hati untuk terima salam perkenalan dari seorang mamat ni. Aku gelarkan dia A.

Jadi, kami pun berkenalan. Hinggalah akhirnya dialah yang menjadi suamiku sekarang. Alhamdulillah, anak kami pun dah nak masuk 3.

A memang suami yang baik dan bertanggungjawab. Syukur, Allah permudahkan jalanku, dan temukan aku dengan orang yang baik.

Jadi, bagi sesiapa yang belum bertemu jodoh, tak salah nak cuba laman web cari jodoh. Tapi nasihatku perbetulkan niat dulu.

Kalau join sekadar suka suka, nak cari kawan, nak test market, baik lupakan saja. Lagi satu, jangan lupa minta tolong pada Allah.

Letakkan harapan sungguh sungguh pada Allah. Minta Allah bantu. Ringankan diri buat solat Istikharah. Hanya Dia yang lebih tahu hati budi seseorang. Allahu’alam…