“Nape intaii kakak” Memang terkejut sangat bila adik menjerit.

Assalamualaikum, hai semua. Lately aku tengok banyak dah awareness pasal s3x education.

Alhamdulillah tersangat bagus untuk generasi terkini supaya lebih peka dan berani bersuara.

Back to 20 years ago, kesedaran dan keberanian untuk menyuarakan permasalahan ni sangat kurang.

Also, kita, especially aku membesar dengan didikan “perempuan tak boleh bersuara lebih lebih”.

Disebabkan ini, aku adalah salah seorang mngsa pencbulan senyap oleh abang sendiri.

Aku membesar dengan latar belakang abah dan mak yang konservatif. Abah seorang yang alim, aktif menyertai parti politik dan rajin menyertai kelas ilmu agama.

Abah bukan jenis friendly jadi circle friend beliau terhad dan mostly sama pemikiran seperti beliau.

Hal hal duniawi seperti menonton tv dan membaca buku cerita tidak digalakkan sangat dirumah.

Membuang masa katanya jadi masa kecil kami banyak dihabiskan dengan menolong beliau bercucuk tanam.

Usai UPSR, abah berhajat sangat nak masukkan abang ke maahad. Biar belajar sampai ke Mesir jadi agamawan impian beliau.

Masa tu abang ni ibarat permata sulung yang unggul, tinggi harapan abah dengan mak dekat dia.

So, sepanjang persekolahan abang dekat maahad memang ditatang sepenuhnya apa yang tak cukup semua diturutkan.

Lama kelamaan prestasi abang merudum bukan sebab tak pandai, tapi dah terpengaruh dengan kawan.

Belakang abah mak dia start merkok, kaki samseng, and buat hal dekat sekolah. Tapi abah mak still tutup mata demi impian Al-Azhar.

Aku, anak kedua tunggal perempuan dilayan seadanya seperti tidak berkepentingan.

Seingat aku, aku tak pernah ada memori bonding dengan mak atau ayah. Jadi aku dah biasa tak ada tempat untuk mengadu, tak ada bahu untuk bersandar. Lagipun ayah mak dulu cukup garang. Silap sikit saja merasalah rotan hinggap.

So bila aku naik darjah 6 dan datang bulan, masa ni aku sendiri discover cara pakai pad dan buang dengan cara elok. Mak sendiri tak peduli sangat sebab maybe dia fikir pepandai la aku handle kan?

Tapi sedih jugak bila teringat pakai pad lama sangat sampai bocor, pastu tak bawak extra pad.

Mak pulak tak ada nak pesan pasal benda ni. So terkial kial aku mintak kawan cari pad. Masa tu nak bagitau datang bulan dekat abah mak pon segan.

Naik sekolah menengah tentulah mengalami perubahan bentuk badan, tapi time ni aku dah masuk asrama.

Dulu dulu mak suka baca majalah Keluarga. Dalam tu kan ada selit selit sekali tips tips rumahtangga.

Then ada satu keluaran ni aku ingat lagi, dia bagi panduan cara cara macam mana nak merangsang nfsu isteri.

Majalah tu pon memang sesapa saja boleh baca sampailah ada satu petang ni….

Aku tengah tidur pintu bilik pon terbukak, tetibe aku rasa ada tangan menyusur sekitar atas badan beberapa kali.

Aku terus bukak mata dan terkejut tengok abang ada dekat tepi aku, dengan majalah Keluarga dipehanya.

Masa tu aku takut sangat, sedih, berdebar semua ada. Lepas abang keluar bilik aku tak tahu nak bagitau siapa dan macam mana. Dan automatic mindset masa tu, “segan nak bagitau mak”.

Aku fikir bab bab cbul dan macam ni keluarga aku bukan jenis yang terbuka untuk memperkatakannya.

Lagipun bonding aku dengan mak bukan macam bestfriend. So aku membayangkan maybe mak akan ignore saja aduan aku.

Hari berganti hari, rahsia tetap aku simpan sendiri. Tak pernah sekelumit pun aku bercerita kepada sesiapa.

Satu pagi ni, mak abah dah keluar ke pasar. Jadi tinggal aku, abang dengan adik berumur 6 tahun.

Dulu pesen bilik air aku jenis terbuka bahagian atas. Dan masa tu aku tengah mandi, bila terpandang ke atas tengok abang tengah menghendap aku. Aku terus sergah dan terburu buru keluar.

Kalau orang tanya apa perasaan aku masa tu, perasaannya ialah takut dan sedih. Sedih sebab kau nak cakap dengan siapa ni? Kau nak mengadu dengan siapa ni?

Hal ini masih aku diam sehinggalah di hari lain. Ketika aku sedang mandi, tiba tiba kedengaran adik aku menjerit, “abang intai kakak kenapa??”.

Terkejut bukan kepalang aku, habis mandi adik ajak teman dia main dekat luar. Lepastu adik dok tanya aku, “kakak, tadi tau tak abang intai kakak dekat pintu??”

Bila abah mak balik dari pasar, adik terus adukan hal memalukan itu kepada mak, “makkk tadi kannn abang intai kakak mandi” Aku dekat tepi berdebar tunggu respon mak.

Seperti aku jangka, abah mak hanya berdiam diri saja bahkan mak cakap dekat adik, “toksah bising bising la pasal ni”.

Masa tu my heart shattered into pieces…. Aku tak rasa dilindungi sebagai anak perempuan, aku rasa tak selamat!

Sejak tu aku berusaha mempertahankan diri sendiri. Pintu bilik setiap masa aku kunci lepastu aku sendal dengan kerusi. Begitu jugak bila mandi,

Aku akan tunggu ada mak dekat dapur baru aku mandi tak kisahlah lambat mana pun. Aku berusaha menutup ruang ruang yang bakal abang jadikan peluang.

Sejak dari peristiwa tu hinggalah sekarang, tiada sekelumit pun buat aku lupa. Bahkan aku berasa jijik dan marah dengan abang! Sanggup melayan nfsu serakah keatas adik perempuan sendiri.

Paling utama kekesalan dan kemarahan aku tentulah kepada mak abah sedangkan ibu bapalah insan paling selamat untuk kita mencari kekuatan dan berlindung.

Hal ini tiada kemaafan sampai ke akhirnya. Mana mungkin aku memaafkan perbuatan yang dia sendiri pilih untuk kepuasan nfsu.

Sedangkan secara waras akal fikiran dia patut fikir, adik perempuan adalah insan yang dia perlu lindungi.

Jika ada yang merasakan hal ini ringan kerana tidak ‘disentuh’, ketahuilah permulaan beginilah yang menjurus kepada pencbulan yang dasyat. Dicbul secara senyap menjadikan aku seorang yang paran0id.

Aku jadi berdebar bila berasak asak dalam train sebab aku takut kalau kalau ada tangan yang mencbul.

Aku tak selesa bila lelaki duduk sebelah aku. Even atok atau pak sedara, aku automatic akan bangun dan tukar tempat.

Begitu juga kehidupan aku dirumah abah mak semasa belum kahwin. Bila nak mandi aku akan pastikan beribu kali pintu bilik berkunci.

Waktu malam beberapa kali terjaga dari tidur sebab nak pastikan betul ke pintu dah kunci. Jika aku terpaksa menggunakan bilik air di luar, aku akan pastikan tak ada lubang mata di pintu.

Perkara ni berlanjutan dimana sahaja aku pergi, waima di tandas awam atau rumah mertua.

Walaupun menggunakan sliding door tetap aku akan check beribu kali takut ada orang mengintai.

Hal pencbulan ini aku kongsikan dengan suami walaupun dia akan memandang buruk dekat abang. Tapi aku rasa selamat dan dilindungi.

Aku sokong sangat dengan awareness yang rancak dibualkan ketika ini. Semoga tiada lagi insan insan yang dicbul mendiamkan diri, menikus dan menyalahkan diri sendiri.

Ketahuilah tiada sebarang sebab dan alasan pun yang membenarkan pencbulan ini kecuali manusia tu sendiri yang bernfsu serakah, malah lebih jijik dari binatang.