1st dia tunjukkan diri dekat sorang je. Bila dah tenang, sorang lagi menjerit. Dia pula tak nak lepaskan

Maaf kalau penulisan ni agak berterabur. Saya tak tahu nak mula dari mana. Tapi kalau rasa jenis tak kuat semangat, saya nasihatkan jangan baca.

Saya nak tanya orang yang lagi arif. Saya buntu sebenarnya. Kalau kita yakin kita ada “benda” dalam badan, benda tu boleh hilang sendiri ke bila kita amalkan baca ayat manzil?

Saya pernah contact untuk jumpa seorang perawat Islam tapi macam macam halangan. Tapi Alhamdulillah sebab dia, saya baru tahu kewujudan ayat manzil. Surah surah gabungan dalam Quran.

Saya masih seorang pelajar, jadi memang terbatas untuk buat semua benda sendiri tanpa sokongan keluarga.

Ayah saya jenis tak rapat dengan keluarga dan selalu buat hal sendiri. Mak pulak setiap kali saya cerita dia akan marah dan suruh mengaji saja.

Tahun lepas pertama kali minta izin mak kata nak cuba berubat tapi mak tengking, jangan berani jumpa perawat belakang dia kalau tak, mak tak mengaku saya anak dia.

Benda ni jadi dari zaman saya darjah 2. Saya selalu mimpi keluarga saya, tok dan nenek sebelah mak..

Kami lari ulang alik antara 2 bukit sebab nak lari dari lembaga hitam besar macam kelawar, tapi saiz manusia.

Tergantung banyak banyak di pokok kering. Saya tak tahu bila mimpi tu hilang sebab mimpi tu hampir setiap hari.

Saya selalu nangis dalam mimpi sebab takut tapi tak mampu habiskan baca ayat qursi. Nak baca ayat lain pon tak mampu sebab lidah keras.

First saya nampak masa darjah 2. Balik dari mengaji (malam) saya dengar ada suara panggil dari belakang, “tolong jaga anak saya”.

Bila toleh belakang, ada lembaga peluk baby. Mencicit aku lari, lepas tu 2 hari tak pergi sekolah demam. Rasanya saya tak bagitahu mak ayah, sebab saya memang jenis tak cerita pada orang.

Masa darjah 5, ada program kem kecemerlangan kot. Jadi pendekkan cerita, malam tu masa semua dah landing nak tidur 2 orang kawan kena kacau. Salah diorang sebenarnya.

Mula mula benda tu tunjukkan diri pada sorang. Lepas semua dah tenang, tiba tiba sorang lagi kawan menjerit dan lompat atas badan saya tengah tidur. Menangis tak nak lepaskan badan saya.

Last last saya tidur jela dengan kawan tu melekat di badan (mengantuk dan malas layan.. sapa suruh start)

Bayangkan malam tu 5 katil, kami rapatkan dan tidur 12 orang.. Haha ok tak lawak.. Pagi tu saya terjaga, terus capai tangan kawan yang pakai jam (ok pukul 3 pagi) boleh sambung tidur..

Tapi saya angkat badan pandang keliling dulu. Tiba tiba nampak sorang tengah duduk bersila, tunduk.

Ye bodohnya aku sebab pergi tegur, “kenapa tak tidur lagi, tidur laa dah lewat”. Then baru aku sedar kebodohan aku..

Slow slow aku baringkan badan dan tutup mata. katil sebelah sana sepatutnya cuma 3 orang. Tapi yang saya nampak 3 orang tidur, sorang di tengah tengah duduk bersila pandang bawah.

Banyak lagi benda benda lain jadi, mimpi ular serang. Macam macam. Tapi sampai sekarang terpikir, sebab saya pernah mimpi ada 2 bayi masa di tingkatan 2 dulu..

Dalam mimpi tu bayi saya putih, bayi orang tu hitam. Masa saya susukan bayi saya, saya nampak orang nak bnuh bayi hitam. Saya kesian, saya ambik, saya jaga bayi hitam tu sekali.

Saya jarang mimpi tapi kalau saya mimpi memang benda tu berlaku. Contoh, saya mimpi asrama sekolah saya semua kena histeria kecuali beberapa orang termasuk saya.

Rupanya memang ada kejadian histeria beramai ramai masa kami cuti sekolah. Asrama saya jadi hostel untuk atlet atlet tumpang tidur masa tu.

Hari dan masa yang sama kejadian histeria tu jadi dengan mimpi saya. Masa di kolej, ada satu malam saya mimpi saya tolong seorang makcik ni buangkan “benda” dari badan adik adik saya.

Saya jadi orang terakhir makcik tu tolong buangkan. Pagi tu terus saya lenguh satu badan.

Tangan sebelah kiri jadi lenguh tak boleh angkat langsung. Sampai nak “mencebok” basuh “yak” pun guna tangan kanan.

Pagi tu jugak saya call mak tanya dia ada pergi berubat ke. Mula mula mak tak mengaku tapi last last dia mengaku bila saya desak dan cerita pasal badan saya lenguh.

Bukan lenguh biasa biasa, ni lenguh macam lumpuh. Tangan kiri saya lebih sebulan tak boleh fungsi. Adoii panjang pulak cerita. Sori

Ok pendekkan cerita. Saya jadi risau sebab tahun ni saya ada mimpi nak dikawinkan dengan manusia alam sana. Sebab dia berkenan, mak dia merisik tanya mak saya.

Bila mak saya kata lagi 3 hari saya akan masuk semester baru, terus makcik tu nak kawinkan kami malam tu jugak.

Tau tak suasana merewang zaman dulu? Ramai ramai gotong royong, pasang pelita sebab malam kan, pastu rumah kampung. Saya syukur sangat sebab tiba tiba saya terjaga jadi tak sempat kawin.

Jadi risau sebab lepas tu saya mimpi adik perempuan kena rgol, adik lelaki mati accident motor, ayah meninggal. Nauzubillah.

Tapi sebenarnya lepas tu adik lelaki saya 2 orang betul betul accident motor, lepas tu frame kaca besar jatuh hempap abah sampai terbelah lengan. Semua masuk hospital untuk pertama kali dalam hidup.

Saya dah terbiasa sakit macam macam, sakit tanpa sebab, demam cuma tengah malam..

Ada sampai 1 malam badan menggigil sejuk. Sampai saya merangkak ke bilik air, jirus badan dengan pakaian.

Lepas tu pergi teguk air panas direct dari heater. Sebab terlampau sejuk sampai tak tahu nak buat apa. Tapi bangun pagi, sihat macam biasa.

Setakat tu je laa. Cuma nak tanya boleh ke benda tu pergi dengan sendiri? Saya selalu baca dan pasang ayat manzil.

Walaupun kadang kadang boleh rasa benda tu marah. Saya cuma nak lindung diri dan keluarga.