“Abang tak cuak ke kalau isteri abang check hp abang”. Tak apa dia tak check pun

Assalamualaikum semua. Nama saya A for Anggerik. Dah 4 tahun kahwin. Ada 2 orang anak.

Tajuk saya nak share ni simple sahaja untuk dihadam. Batasan. Batas sebagai lelaki dan perempuan sama ada dah berkahwin atau belum.

Saya pasti semua yang membaca pasti ada pengalaman kerja atau berurusan dengan jantina berlawanan. Ini cerita benar apa yang terjadi pada suami dan sungguh merobek hati saya.

Awal 2020, tiba tiba saya tergerak untuk check HP suami. Tak pernah buat. Tak tahu kenapa. Bila buka, memang terkejut tengok Whatsapp dia, chat FB dia, IG dia. Semuanya dengan perempuan.

Ada yang melayan. Ada yang bijak menepis. Bila saya teliti, ada yang jenis melayan sebab tak tahu dia dah kahwin mungkin sebab dia tak letak DP dekat Whatsapp.

Saya scrolll lagi, bila dia mengaku status, ada yang pushed him away tapi ada yang sambung melayan. Lelakikan sweet talker.

“Tak takut ke wife check telefon abang nanti”

Min bukan nama sebenar. 0200 am.

“Eh wife abang tak check telefon abang. Jangan risau”

Abang buaya. 0200 am.

Udah kenapa kena mesej tengah malam. Yang melayan pun salah dan yang minta untuk dilayan pun salah. *Saya cuba sehabis baik melaksanakan kehendak batin dia. Jangan kecam sis tak tido dengan laki pulak* Hehe.

Maka, saya confront dengan suami saya. Dia marahkan saya sebab check telefon dia. Dia kata kawan je. Takkan salah kot. Kawan je. Kawan je!

Ya Rabbi, Tuhan saja yang tahu perasaan saya masa tu. Penat saya cakap benda tu salah sebab list yang awak chat tu perempuan.

Yang awak stalk dekat IG tu perempuan. Perbualan tu berhenti di situ dan dia cuba elak bila saya tanya elok elok. Maka saya teruskan kehidupan dengan harapan dia akan berubah. *Salah di situ ya puan puan sebab dia tak pernah berubah*

Semakin teruk jadinya bila saya tangkap dia s3xting (mesej lcah, terlondeh, terjojol semua anggota badan) dengan salah sorang klien dia. Mula mesej ‘hai’, ‘bye’ hinggalah membawa kepada s3xting.

Bayangkan hancur tak hancur hati seorang isteri bila tengok suami yang cuba untuk percaya buat benda macam tu. Dengan penemuan gambar yang tak senonoh lagi.

Saya confront dengan dia sekali lagi. Saya tanya kenapa buat macam ni? Dia diam seribu bahasa. Saya tanya pernah tidur sama ke? Katanya tak pernah.

Kalau pernah, saya nak dia bertanggungjawab memandangkan klien dia tu anak dara!! Tak terbayang kalau benda ni jadi dekat perempuan atau saudara perempuan kami.

Malam tu kami gaduh besar. Paling besar sepanjang 4 tahun kahwin. Tak sangka saya bila mana lelaki yang saya percaya, yang saya curahkan segala perasaan dan sayang buat macam tu. Saya penat sebab asyik kena tipu.

Rupanya, tabiat dia mesej perempuan lain, mintak gambar selfie segala mak nenek tu bermula dari sebelum kahwin lagi dan berterusan setiap tahun. Wow.

Wallahi saya tak tahu tabiat dia sebelum kahwin. Nampak normal. Nampak clean.

Maka, saya tak berdiam diri. Saya consult kawan lawyer saya. Saya bercadang nak tuntut fasakh. Saya perlu lengkapkan beberapa dokumen untuk sokong permohonan fasakh saya.

Dalam masa yang sama dia kata menyesal yang dia dah tipu saya. Dia buat benda tak baik belakang saya.

Saya diam kaku tak kata apa apa. Saya teruskan hidup tapi kosong. Saya tak boleh fokus kerja. Saya tak fokus dengan apa yang saya buat. Hati saya sakit.

Maka, izinkan saya titipkan pesan untuk semua.

Pertama, jujurlah dengan pasangan anda. Cuba elakkan untuk bermesej dengan orang berlainan jantina kalau tak penting. Ada beza kalau kita baik boleh kamcing dengan seseorang atau “baik” atas sebab sebab lain.

Kedua, kepada anak anak dara di luar sana, hati hatilah.

Laki orang ni sentiasa memerhati dan mencari ruang untuk cuba anda. Apa yang anda post di social media mungkin menarik perhatian lelaki buaya macam dia ni. Simple ‘hai’ boleh membawa kepada macam macam kalau anda tak tapis hari ini.

Doakan saya dengan anak kuat. Saya masih mencari kekuatan untuk teruskan kehidupan.