Semakin lama kelakuan kak Y semakib menjadi-jadi. Pandai keluar rumah tak balik-balik

Assalamualaikum semua. Hari ini aku nak berkongsi tentang kekecewaan seorang ayah terhadap anak perempuan tunggalnya.

Yang baik jadikanlah tauladan dan mana yang buruk jadikanlah tauladan dalam kehidupan kita sehari harian.

16 Tahun yang lalu abang aku pernah berkahwin dengan seorang perempuan yang kami panggil Kak Y. Perkahwinan atas dasar suka sama suka dan semestinya atas dasar cinta.

Dipendekkan cerita, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel dan diberi nama D.

Pada mulanya kehidupan mereka bahagia. Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dugaan demi dugaan datang.

Pada masa itu abangku hanya pekerja biasa yang bergaji biasa manakala Kak Y seorang eksekutif di syarikat ternama.

Pada suatu hari, Kak Y terkantoi bermesej dengan orang lain namun Kak Y bermti mtian menafikan perkara itu. Bermula dari situlah Kak Y mengungkit segala pertolongannya terhadap abangku.

Ya memang gaji abangku kecil pada ketika itu. Dengan kos sara hidup di bandar besar mana mungkin dapat selesaikan segala perbelanjaan sendirian.

Walaupun begitu, abangku rajin memasak dan membantu mengurus hal rumah tangga. Tak pernah sekali pun naik tangan pada Kak Y dan dia juga bukanlah seorang kaki lepak. Aku tahu abang aku terlalu sayangkan Kak Y.

Makin lama perangai Kak Y makin menjadi jadi. Sering keluar rumah dan tak pulang berhari hari. Adakalanya balik dan lepas tu pergi lagi. Berkali kali perkara ni terjadi.

Bagai orang giila abangku mencari Kak Y. Anak sakit pun si ibu tak peduli. Semua tentang anak, abang aku urus sendiri.

Apa yang Kak Y mahu cuma cerrai. Ya perkataan tu yang selalu dia sebut sebutkan. Dia kata dia sudah benci melihat abangku.

Dipendekkan cerita, bercerrailah abangku dengan Kak Y. Kak Y kata dia tak mahu tuntut apa apa.

Tapi lain pula jadinya bila dah bercerrai. Anak pun dia ambil dengan cara yang pada aku sangat biadab.

Itulah hari terakhir abang aku berjumpa dengan anaknya. Tak terkata bila tengok abang aku diperlaku sebegitu rupa. Walhal dulu si ibu tak pernah kisah pun pasal si anak.

Kini, setelah berbelas tahun perkara tu terjadi, si bekas isteri tetiba tiba datang mencari.

Kononnya mahu rapatkan ukhwah kembali antara si bapa dan anak tapi sebenarnya hanya menambahkan lagi luka di hati abang aku.

Anak yang paling dia sayangi dah jadi biadab. Tak pandai menghormati ayah sendiri malah keluarkan kata kata yang mengguris hati abang aku.

Mungkin telah di hidangkan dengan pelbagai cerita oleh Kak Y dan keluarganya.

Aku pasti semestinya cerita tentang “pengorbanan” Kak Y terhadap abang aku dan betapa sengkeknya abang aku waktu dulu. Biarlah, Allah Maha Mengetahui Setiap Apa Yang terjadi dari dulu kini dan selamanya.

Wahai anak, tahukah kau masa dulu dulu, ibumu yang mahukan perpisahan ini? Tahukah kau anak bapamu sendiri yang menjaga kamu tika ibumu tak balik berhari-hari?

Tahukah kau anak, sejahat jahat ayahmu, tak pernah dia tinggalkan rumah apatah lagi berpaling tadah dengan ibu kamu.

Dia terlalu sayangkan kamu kerana dari dahulu hingga kini tak berhenti fikirkan kamu. Kini si ayah betul betul terluka dengan kau nak. Dari riak muka dan bicaranya amat kecewa dengan perbuatan dan tutur kata kamu.

Sudah puas si ayah cuba mengambil hatimu D. Apa yang kau mahu, ayah kau beri. Namun tak ada langsung ucapan terima kasih keluar dari mulutmu malah kau terus terusan membenci ayahmu.

Wahai anak, aku harap kau tak akan menyesal membenci ayahmu. Aku pasti satu masa nanti kebenaran itu akan terbukti.

Ayah kau dah cukup terluka dengan kisah lalu dan engkau tambah lagi dengan luka hari ini. Semoga kau sempat berubah sebelum terlambat.

D, memang syurga itu di bawah telapak kaki ibu tapi kau perlu tahu keberkatan hidup juga bergantung pada keredhaan si ayah terhadap kamu.

D, aku tahu kau adalah mangsa pencerraian dan aku juga tahu semua ini bukan salah kamu. Aku cuma berharap dan berdoa agar satu masa nanti ALLAH bukakan pintu hati kau untuk menerima dan menyayangi ayahmu.

Pada Kak Y, aku cuma nak ucap terima kasih atas luka dulu yang kau bagi pada abang aku.

Kerana kata kata hinaan dan kebencian kamu, abang aku bangkit dan telah berjaya gapai cita cita dan impian dia hari ini. Benarlah, setiap yang berlaku itu penuh dengan hikmah!