Selepas keluar hospital, Balqis senyap je. Mak ayah aku mula bertanya pasal Balqis, suruh dia datang rumah

Ini adalah sambungan dari Part 1 dan Part 2. Link untuk baca di komen.

Pasal flight tu kami memang betul2 minta tolong sorang kawan yang kerja syarikayupenerbangan tu.

Jadi, lepas check ye betul sama destinasi dengan kawan kitorang. Pergi berdua. Bila Allah nak tunjuk, kau soroklah hujung dunia mana pun orang tau juga.

Lepas keluar wad Balqis memang senyap dan tak jumpa sape-sape. Baru berapa minggu Balqis tak datang rumah, mak ayah aku pun mula dah banyak kali tanya Balqis taknak datang rumah ke?

Macam aku cerita awal tadi, Balqis ni akan bercerita bila dia bersedia. Lepas sebulan Balqis keluar wad, ayah aku ada anjurkan majlis ilmu dekat rumah.

Mak ayah aku macam biasa suruh ajak Balqis. Alhamdulillah Balqis datang.

Aku nampak dia tenang tapi mata dia sedih. Dia tetap usaha gigih buat macam biasa. Tolong kat dapur, join jemaah, tazkirah, join tahlil semua.

Bila dah selesai kitorang lepak dalam bilik. Masa ni lah dia mula bercerita. Masa ni jugak lah dia menangis semahunya. Aku tak tahu berapa lama dia tahan air mata tu.

Dia menangis teresak-esak sambil bercerita. “Apis pilih untuk tinggalkan aku. Lillahhitaala aku cuba terima macam mana aku terima dia muncul dalam hidup aku dulu”.

Dia peluk aku, kuat. Basah bahu aku dengan air mata dia malam tu.

Itulah sekali dia menangis dengan bersungguh-sungguh depan aku sebab Apis. Aku jadi speechless tengok keadaan dia. “Allah tengah uji kau Balqis.

Insyaallah kau kuat”. Ini je yang mampu aku cakap masa tu selebihnya aku peluk dan menangis sama-sama dia.

Malam tu juga kami sama-sama bangun solat tahajud, taubat dan baca Al Quran sampai subuh. Aku nak Balqis tau dia tak sorang-sorang dengan keadaan dia macam tu.

Tangisan dia masih jelas kat telinga aku. Mengharap bantuan kekuatan dari Allah mungkin.

Lepas dari hari tu, masa terus berjalan. Balqis kembali ke office. Dia fokus pada kerja dia dalam keadaan dia macam tu pun.

Perubahan kat ofice dia jadi lebih tegas dan kurang bercakap. Tapi performance mantap. Makin laju dia bekerja dan tak pandang belakang dah walau pun muka dia jelas kesedihan.

Usaha dia dari tahun lepas Allah balas tahun ni. Semua berhasil. Sebenarnya tahun lepas lagi dia mampu nak beli tapi sebab fikir nak kahwin dia hold dulu.

Dah tak jadi kahwin keluar la kereta idaman. Tahun ni aku nampak dia all out kejar cita-cita dia. Allah akan mudahkan jalan kau Balqis insyaAllah.

Dan yang terkini,

Balqis datang rumah aku 2 minggu lepas macam biasa santai-santai je. Tapi tak sangka pulak PKP dan dia tak boleh rentas negeri.

Dia pun stay je kat sini. Dan sepanjang 2 minggu ni lah aku nampak sebenarnya dia masih mencari kekuatan untuk dia teruskan hari-hari dia.

Dia bangun setiap hari sepertiga malam. Hari-hari jugak lah aku nampak dia solat, berdoa sambil menangis dan baca Al Quran.

Dia sedang berusaha untuk kuat dan terus kuat. Dia ada cakap dia tak marah dengan apa yang Apis buat. Dia tak berdendam dan tak lagi mengharap macam dulu.

Cuma aku faham kadang-kadang rindu tu masih ada. Sampai sekarang, tak ada satu pun cerita buruk pasal Apis yang keluar dari mulut dia tapi kitorang yang cari tau sendiri.

Semua pasal Apis yang baik2 je. Kata Balqis, ‘Apis bahagian cerita terindah yang Allah pernah aturkan untuk aku cuma, tak lama. Aku yang leka dengan sifat dunia. Bukan salah dia pun.’

Yang betulnya, dia cuba bertahan untuk hilangkan rindu. Pernah beberapa kali terlepas dari mulut dia.

‘Apis dah sampai mana agaknya ni biasa lepas Isyak dia gerak’, ‘Apis itu, Apis ini’, ‘eh macam Apis’. Benda dah biasa kan.

Pis, Balqis ingat lagi jadual kau, dia masih ingat kau. Kadang aku saje tanya balik apa dia cakap/tanya konon tak dengar. Tapi jawapan dia mesti tak sama macamlah aku tak dengar hehe.

Entah apa yang Balqis tengah rasa sekarang mungkin aku tak faham. Dia tengah battle dengan perasaan dia.

Dia sedang berusaha untuk move on mungkin?Semoga kesedihan dia cepat berlalu. Aku rindukan Balqis yang ceria dan banyak cakap macam dulu bukan Balqis yang buat-buat ceria macam sekarang.

Ada antara kawan-kawan kami yang cakap, Balqis ada rupa, ada kerja nak risau apa nanti kejap dapat la pengganti.

Hati Balqis ni dah totally hancur dah dengan apa yang Apis buat. Balqis dicari sampai jatuh sayang, kemudian Apis menghilang.

Aku rasa tak mudah untuk Balqis memulakan relationship dalam waktu terdekat. Dia dalam healing process yang aku sendiri pun tak tau berapa lama dia akan ambil masa.

Balqis pernah cakap kat aku, jadi pasangan offshore bukan senang. Ditinggalkan berminggu-minggu. Tak ada masa untuk pasangan, hadapi hidup di darat sendirian dulu sebelum pasangan balik ke darat.

Ini yang dihadapi Balqis dengan sabar. Tak pernah terlintas mencari lain walau ada je yang berkirim salam, mencuba nasib maklum sahajalah kerja Balqis memerlukan dia berjumpa dengan orang.

Setia tu mahal nilainya. Kaya mana pun seseorang, takkan mampu membeli kesetiaan seseorang.

Cuma, bahagian Balqis setia dia diberi pada insan yang mungkin ada gaji yang mahal (seperti yang orang selalu cakapkan) tapi punya nilai diri yang murah.

Ada yang komen Balqis akan bersyukur kehilangan Apis sekarang. Ya, aku pun rasa perkara yang sama. Macam aku tulis previous post, Balqis tak rugi pun kehilangan Apis.

Cuma untuk dia betul-betul rasa macam ni perlukan masa. Doa aku untuk kau Balqis, semoga kau diberi ketengan jiwa,

semoga kau dipertemukan dengan jodoh yang akan sayang kau, setia dengan kau dan hargai kau sampai hujung nyawa. Semoga kau sentiasa diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup dan semoga semua urusan kau dipermudahkan.

Semoga kau dimurahkan lagi rezeki macam laut tak bertepian. Aku sayang kau Balqis. Tengok keadaan kau macam sekarang buat aku sedih.

Aku harap sangat kau kembali jadi Balqis yang aku kenal dulu. Balqis yang ceria, Balqis yang suka kacau orang, Balqis yang potpet bercerita.

Dugaan Balqis mungkin tak sehebat Puan-puan yang dah berkahwin dan ada anak-anak.

Cuma aku mengharapkan apa yang aku share tentang perkara yang terjadi depan aku ni dijadikan pengajaran buat pembaca yang berada atau akan diuji perkara yang sama.

Sakit melihat orang yang dekat dengan kita terluka dan bersedih walaupun dia cuba sembunyikan.

Aku yakin Balqis kuat dalam menghadapi dugaan ni dan dah ready untuk move on dah pun(macam dia cakap move on tu bukan untuk melupakan tapi untuk sedar tak semua yang kita harapkan akan jadi kenyataan. Orang yang kita sayang tak semestinya jadi milik kita).

Aku harap kesedihan dia hilang. Aku yakin Allah bantu dia. Aku sebagai kawan boleh dengar apa je yang dia cerita tapi tak mungkin aku mampu nak bawak sedih dia tu hilang macam tu je.

Aku mohon jasa baik baik pembaca, sama-sama kita doakan Balqis dan wanita-wanita lain yang senasib supaya Allah hilangkan kesedihan dan kedukaan kat hati diorang.

Semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik dan akan menjaga diorang, setia dengan diorang sehingga hujung usia.

Semoga doa yang baik-baik, kata-kata yang baik-baik semua berbalik pada korang balik. Maafkan aku andai tulisan aku ini ada melukakan hati mana-mana pihak. Yang buruk tentunya dari aku sendiri dan yang baik dari Allah SWT.