Aku tak terkata masa mak larang. Bagi aku masa tu dah terlambat sebab aku dah angkat sumpah

Sekitar 2006-2009. Kisah ni berlaku 14 tahun lalu. Kisah anak kampung yang mengejar cita-cita di UPSI, tanjung malim, Perak.

Aku perkenalkan diri aku sebagai Tina. Minggu pertama di UPSI, aku dan partner in crime aku, Suraya singgah dekat booth palapes.

Palapes ni stand for Pasukan Latihan Pegawai Simpanan under Angkatan Tentera Malaysia. Aku masih ingat lagi muka puan senior tu, dia sapa kami.

Dia promote, “Jum la masuk palapes. Awak nanti dapat elaun tau. Bukan sikit. Ribu ribu dapat, dah tak payah menyusahkan mak ayah mintak duit nanti.

Lepas tu awak boleh stay dekat kolej kediaman. Awak tak payah susah susah cari rumah sewa.”

Blink 1. Elaun + tak susahkan mak ayah

Blink 2. Tempat kediaman

Alaaahh, budak miskin dari kampung, kau dengar janji bulan bintang takkan kau tak terpengaruh kan. Aku tanya lagi dia,

“Kak… palapes ni macam mana latihan dia??”. Aku ingat lagi dia cakap,

“Alah macam PENGAKAP je”. Diulang, PENGAKAP. Jadi aku macam, alahhh pengakap je punn, K. A. C. A. N. G…

Maka bermulalah episod makan kacang aku ditipu sepertinya pengakap ituuu. Kami kena lalui ujian kesihatan, ujian fizikal sampailah hari angkat sumpah.

Malam tu aku telefon mak ayah kat kampung.

“Umi, angah join palapes tau.”…

Mak ayah aku masa ni mereka tak ada idea lagi palapes tu apa sampai la akak aku cerita pada mak ayah, budak palapes UITM teruk kena bantai.

Tak cukup yang tu, siap kena ludah dekat muka pakej sekali kena makan ludah. Mak dah susah hati. Mak telefon aku, cakap jangan masuk palapes tu.

Aku diam je masa mak larang. Tapi masa tu bagi aku dah terlambat keluar baris. Aku dah angkat sumpah.

Macam macam ujian kelayakan aku dah buat. Tambah pula dengan perangai aku yang keras kepala, aku pasrah…

Maka aku pun menempuh onak duri 3 tahun dalam palapes sampai mak aku tak kenal lagi aku masa tu.

Budak hitam pekat. Mula-mula je aku gigih pakai sunscreen, lama-lama aku naik menyampah menipu diri sendiri.

Ada coursemate aku cakap aku ni cantik, tapi sayang hitam benorr. Aku ingat lagi jawapan aku,

“Budak palapes tak pentingkan kecantikan”.

And yes, duit aku tak habis beli mekap bagai. Watsons pun aku tak heran la walau duit kadet kepuk kepuk. Hahaha, riak.

3 years journey, cut short. Peristiwa yang paling aku tak boleh lupa masa aku menggali kubu. Ketinggian kubu tu wajib bila kau duduk dalam tu, musuh tak nampak kepala kau.

Masa tu hujan renyai renyai, pukul 1 pagi. Aku tengah menggali. Dalam keadaan letih separuh mati tu dan sisa sisa kudrat berbaki aku teruskan juga menggali ditemani cahaya lampu malap.

Undang undang dia, tak boleh pakai pun lampu. Nanti musuh nampak kau.

Partner menggali aku masa ni tak ada. Sakit, dan dipindahkan ke kubu lain. Masa aku menggali, tiba tiba muncul 3 entiti, kiri kanan dan depan aku.

Dua duduk mencangkung, satu lagi berdiri. Pakai baju askar lusuh penuh lumpur. Muka pucat macam myat, pandangan kosong tak berperasaan. (i guess, memang bukan manusia pun kan?? ).

Entah mana aku dapat kekuatan, aku buat tak peduli. Aku tekun tunduk pura pura sibuk menggali sambil pejam mata.

Sumpah aku penat, aku tak ada masa nak fikir dan layan tetamu tak diundang waktu malam pekat. Mujur juga aku tak cangkul kaki aku.

Lepas 5 minit ak intai intai tengok, Alhamdulillah dah hilang. Agaknya dia dah tersedar, aku bukan orang yang dia bagi hutang dulu2. Ajak gengg uiii nak gertak aku tapi gagal…

Dalam palapes ni, JL (jurulatih) aku minta kami pegang 1 ayat sampai tauliah. Mesti dan harus pegang. Palapes bertindak pakai kepala lutut bukan otak.

Yelah, kalau ikut akal kau yang logik tu, sanggup ke kau redah hutan tebal, berjalan berkilometer sampai kaki melecet, tak mandi berhari hari. Semua tu tak perlu pakai otak. Nanti silap silap kau resign terus sebab tak sanggup.

Peristiwa ke 2 yang aku ingat, untuk merapatkan ukhwah fisabilillah kami, senior belanja kami makan sebiji gula2.

Start dari orang pertama sampai kepada orang yang ke-38, main pas pas gula2 tu. Nak tak nak, kau kena habiskan gula2 tu. Ada yang muntah. Ada yang menangis jijik.

Gila kau nak makan air liur orang lain? Tapi aku dah mindset, ini gula2. Ini bukan najis. Makanya masa tu aku berjaya buat senior aku tu annoying gila dengan kesanggupan aku makan gula2 yang dikongsi makan oleh 38 kadet lain tanpa meroyan mahupun menangis.

Yesss but still Yekkkkkk. Mati hidup semula pun aku tak nak repeat lagi.

Masuk 3rd year, aku berdepan masalah kesihatan sikit. Aku dapat penyakit anemia. Aku cepat letih. Muka aku selalu pucat.

Bila dalam baris JL panggil aku ke depan, dia suruh aku tengok muka muka kadet lain.

Punya seriau berdiri dekat depan, tak jadi pengsan. Seram tengok muka kadet yang penat lebih daripada seram terserempak hantu hantu kubu tu.

Sebelum pergi tauliah, JL bagi pilihan samada aku nak masuk kawad pertandingan atau jadi setiusaha?

Aku pilih jadi setiusaha. Masa kadet2 lain pergi latihan kawad, aku melepak dekat ofis dibantu si cantik manis si Kamariah dengan semua setiusaha universiti2 lain, key-in macam macam data sampai 2 ke 3 pagi saat kadet lain dah lena diulit mimpi.

Ada sesetengah yang perlekeh aku rilek2 santai pagi pagi melenggang walhal mereka terkejar2 ikut jadual ketat tauliah.

Ketahuilah, nama pada sijil tauliah yang kalian genggam itu jasa aku. Kalau tak, sijil itu kosong.

Jun 2009, staf minta kami poskan surat jemputan pada ibu bapa untuk hadir ke majlis pentauliahan. Aku telefon mak, beria ria minta mak ayah datang. Mak cakap,

“Maaf lah angah, abah cari kereta kawan nak pergi tapi tak ada. Lagipun johor jauh, tak ada duit nak ke sana”.

Aku cakap,

“Tak apalah umi, simpan je kad tu nanti ye”.

Pura pura kuat tapi hati menangis. Kawan aku nak kad tu untuk pelepasan tetamu masuk dewan, tapi aku bertegas tak mahu bagi. Biarlah mak simpan kenangan aku bergolak gadai dalam kad istimewa tu.

Tiba hari pentauliahan di Utm Johor. Mak ayah aku betul betul tak dapat datang. Aku pendam perasaan je saat kadet lain bergembira dengan keluarga masing masing.

Abah telefon aku malam sebelum tauliah. Abah cakap,

“Abah dengan umi bangga angah masuk palapes. Angah sanggup hidup susah semata mata tak mahu susahkan abah. Terima kasih”.

Berjurai air mata aku, tak sia sia aku keras kepala dari awal.

Wallahi, memang nawaitu aku tak nak bebankan mak ayah minta minta duit belanja. Hidup masa tu betul2 susah.

Adik adik kecil lagi, manakala aku dan kakak sama sama menuntut ilmu di menara gading. Allah bayar dengan cara yang cukup menyentuh hati. Mak ayah hargai apa yang aku buat.

Panjang perkongsian aku ni, UPSI dan palapes sama2 mengajar aku menjadi matang. Dalam hidup, usah takut keluar dari kebiasaan, tapi takutlah jika kau selamanya merasa senang berada di takuk lama…