3 tahun lepas aku dipinang oleh isteri bakal suami aku sendiri

Jahatkah Menjadi Isteri Kedua. Assalamualaikum reader. Aku tahu title yang diberikan itu akan menjadikan ramai wanita triggered. Tapi sabar, baca dulu kisah aku.

Aku dipinang oleh madu aku sendiri 3 tahun lepas. Dia datang dengan niat yang baik bertemu ibu aku meluahkan hasrat.

Aku tahu salah aku juga kerana berhubung dengan suaminya, tetapi tidak lebih dari majikan dan sahabat. Aku menganggap dia seperti abang aku dan tidak lebih dari itu.

Mulanya aku tidak dapat menerima pinangan tersebut, tetapi memandangkan bakal madu sendiri yang meminang, dan anak aku perlukan kasih sayang seorang bapa, aku menerima dengan hati terbuka.

Permulaan semuanya ok, aku tidak membantah hasrat suami bermalam di rumah kakak madu. Siap aku berikan 2 minggu dirumahnya 1 minggu dirumah aku.

Aku juga mempunyai kareer dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada suami 100% seperti kakak madu yang menjadi suri rumahtangga sepenuh masa.

Walaupun dibantah oleh emak, kerana tidak adil, tapi bagi aku itu bukan satu masalah yang besar.

Aku berkahwin bukan ingin merampas suami kepada kakak madu. Aku dan anak hanya ingin menumpang kasih.

Sejak berkahwin, hidup aku semakin teratur, anak semakin menunjukkan sifat positif dan menjadikan suami sebagai idolanya.

Aku juga tahu persepsi masyarakat kepada isteri kedua, dicopkan sebagai perampas dan musnahkan kerukunan rumahtangga isteri pertama.

Aku cuba sebaik mungkin untuk berlapang dada dan melebihkan kakak madu dalam segala hal.

Pernah anak aku demam berminggu-minggu dan waktu itu adalah giliran suami. Aku sendiri menghantar anak ke hospital tanpa beritahu suami kerana tidak mahu mengganggu waktunya bersama kakak madu dan anak-anak.

Malangnya aku telah dicopkan sebagai perampas apabila ibu mertua semakin baik dengan aku.

Apabila giliran raya, aku kembali ke kampung halaman suami dan semua menyambut aku dengan baik.

Itu membuatkan kakak madu menjadi sasau dan cemburu kerana hubungannya dengan ibu mertua memang rapat.

Ibu mertua membahagikan kasih sayang sama rata. Dia tidak pernah bercakap jahat dan mengumpat.

Waktu kehadiran aku, dia menyambut tanpa mengutuk kakak madu, samalah waktu giliran kakak madu melawatnya, tiada satu pun umpatan yang boleh membuatkan hubungan kami kucar kacir.

Mulalah kakak madu membuat luahan, hidupnya tidak bahagia, suami melebihkan aku dan segala keburukan aku dijaja.

Suami juga semakin kurang bersamanya kerana tidak tahan layanan kakak madu semakin dingin.

Aku tetap menyuruhnya pulang kerana tidak mahu dicopkan sebagai jahat dan menambah tekanan didalam rumahtangga kami.

Akhirnya suami tidur di hotel selama giliran kakak madu tanpa pengetahuan aku. Kakak madu terus menyerang FB aku dan memfitnah aku menyembunyikan suami

Aku tahu warganet bukan mudah untuk menerima luahan aku. Tapi ini lah terjadi antara kami bertiga. Aku sudah beritahu suami aku rela berundur diri kerana aku sudah biasa berdikari.

Cuma aku risaukan anak aku kerana hubungannya dengan suami amat rapat. Selalu solat bersama malah mereka akan jumpa setiap hari apabila suami mengambilnya di sekolah.

Buat masa sekarang aku masih menjadi isterinya. Aku sayangkan dia dunia dan akhirat, biarlah dia menjadi suami aku sehingga ke akhir hayat.

Buat suami tercinta, aku mohon maaf kerana kehadiran aku menambah episod duka didalam hidup abang.

Harap abang dan kakak madu akan berbaik seperti sedia kala dan aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian sampai ke syurga

Buat netizen semua, janganlah terlalu memandang serong wanita yang menjadi isteri kedua, kami pun mempunyai hak yang sama, tetapi terpaksa membuang hak kerana pandangan serong masyarakat terhadap kami.

Ikhlas dan Salam,