Masa balik tu yang ajaibnya. Baju dah sidai, pinggan dah basuh, baju pun dah lipat dan makanan pun dah terhidang

Assalamualaikum. Saya nak share 1 kisah terutama dengan abang2, tok laki2 dan suami2 semua.

Kisahnya begini. Saya ni seorang suami yang sedang cuba menjadi yang terbaik untuk isteri saya dan babah yang terbaik untuk 2 orang puteri saya. Saya seorang anggota polis. Masa bersama keluarga memang agak terhad.

Tapi walau macam mana pon saya cuba jugak cari masa untuk bantu isteri saya di rumah. Kalau ada masa saya akan balik ke rumah sekejap dalam 2 jam pada waktu petang dalam pukol 2 petang dan pergi kerja semula. Balik pula dalam pukol 9 ke 10 malam.

Masa saya balik waktu petang, slalunya saya akan tengok kalau2 ada kerja yang boleh dibuat.

Tapi ajaibnya, baju dah dijemur, singki dah bersih, baju dalam bakol pon dah dilipat. Makanan juga dah disiapkan.

Saya berasa sangat pelik macam mana isteri saya menyiapkan semua kerja. Sedangkan dia jaga dua anak kami yang msih kecil.

Anak kedua berumor setahun, anak pertama 4 tahun. Isteri saya juga mengambil anak asuhan 3 orang, juga masih kecil2.

Satu hari isteri saya tak sihat dan saya mengambil cuti 2 hari serta mengambil alih kerja rumah. Dari pagi sampai petang hanya dapat menyiapkan beberapa kerja. Rumah juga berselerak, anak bermain.

Saya jadii stress dan ada marah sikit pada anak yang sulung. Istri saya yang tengok saya marahkan anak ikot terasa hati.

Disebabkan itu saya telah berfikir yang bukan2 pasal istri saya. Adakah isteri saya memanggil seseorang untuk membantu dia di rumah tanpa pengetahuan saya. Tapi tidak lah sampai meluahkan apa yang saya fikir.

Jadi selepas 2,3 hari dari kjadian tu, dalam diam2 saya balik ke rumah waktu pagi. Dalam pukol 11, saya yakin masa ni mesti banyak lagi kerja yang belum siap. Dan saya juga boleh tengok kalau2 ada sesiapa yang membantu istri saya di rumah.

Oh ya, untuk pengetahuan, saya tinggal di berek polis yang mana bersebelahan je dengan pejabat saya. Jadi saya boleh lari2 sekejap balik rumah kalau ada hal apa2. Sambung semula hal tadi.

Semasa saya balik waktu pagi tu, diam2 saya masuk umah, tengok anak2 elok bermain mainan dalam 1 bilik. Ruang tamu bersih.

Teros ke dapor, baju sedang dibasoh dalam mesin. Atas dapor gas, sedang ada 2 masakan yang tengah dimasak, api pon belum tutop. Nasi pulak sedang ditanak.

Cari pula isteri saya, ada di bilik sebelah sedang lipat baju yang semalam diangkat. Dalam tengah lipat baju dia berlari ke dapor mengangkat ayam yang digoreng dan kuah yang dimasak. Masak pulak laok yang lain, sementara nak tunggu masak,bdia jemor baju.

Masa tu baru saya tau macam mana dia boleh siapkan semua kerja bila saya balik rehat waktu petang. Ada sikit rasa bersalah sebab dah pikir yang bukan2 tentang istri saya.

Sejak tu saya mula berubah. Tidak lagi marah2 anak. Cuba jugak buat kerja waktu malam. Saya juga sedar,dasyatnya para isteri ni boleh buat 4,5 kerja dalam 1 masa. Sangat hebat.

Para suami, hargailah isteri masing2. Ingatkan kerja kita cari nafkah dah cukup penat. Saya silap rupanya, jaga anak jaga rumah penat tenaga, kena kuat mental.

Buat isteri, terima kasih kerana sanggup korbankan masa, tenaga untuk keluarga kita. Sanggup jadi suri rumah, dan tak pernah melawan saya. Moga awak jadii istri saya sampai syurga.