Husband kerap mengadu sering direndahka pasal gajinya rendah

Dulunya aku seorang janda berumur 28 tahun, mempunyai 2 anak perempuan berumur 6 dan 7 tahun.

Aku seorang guru dan ditukarkan ke sebuah sekolah felda. Aku sangkakan aku tidak akan berkahwin lagi tapi jodoh di tangan Allah.

Tanpa disangka, baru 6 bulan mengajar di sekolah tersebut, aku dilamar oleh salah seorang ustaz di sekolah tersebut yang telahpun mempunyai isteri dan 2 bulan kemudiannya kami berkahwin.

Mungkin ini kesilapanku, tidak berfikir panjang kerana berkahwin dengan suami orang dan berkahwin senyap-senyap di luar negara.

Disebabkan itu, suamiku tidak pernah bermalam di rumah kerana bimbang rahsia perkahwinan kami bocor.

Sehinggalah beberapa bulan kemudiannya, rahsia perkahwinan kami diketahui isterinya. Aku masih sanggup sekiranya dia tidak balik bermalam di rumah kerana aku sedar kesilapanku.

Isteri pertama suamiku ini juga seorang guru dan jauh bergaji lebih besar dari aku serta suamiku.

Suamiku sering mengadu yang sering direndahkan disebabkan status gajinya. Mungkin inilah sebab dia nekad nak berkahwin denganku.

Isteri pertama suamiku tidak dapat terima hakikat suami berkahwin lain dan meminta cerrai.

Walaupun pada awalnya dia berlembut untuk terima aku sebagai madunya, namun disebabkan hasutan adik- beradik dan keluarganya, akhirnya dia nekad minta dilepaskan.

Di sinilah bermulanya kisah kehidupanku yang agak mencabar.

Suamiku selama ini seorang yang bertanggungjawab. Sering membantu menjaga anak dan melakukan kerja-kerja rumah ketika bersama isteri pertama.

Selepas percerraian, kami mula tinggal serumah tetapi sikap suamiku mula berubah. Aku ketika itu sedang mengandungkan anaknya.

Dia bukan lagi seorang yang suka membantu isteri. Semua kerja-kerja rumah aku sendiri yang handle.

Aku seorang yang berdikari dari kecil, jadi aku tak kisah dengan semua tu. Namun apabila tiba musim perayaan, aku mula berkecil hati.

Suamiku tidak mahu beraya bersama dengan alasan tidak dapat beraya bersama anak dari x-wifenya. Sehinggalah aku melahirkan anaknya, sikapnya tetap begitu.

Semuanya aku tanggung sendiri, begitu juga bab nafkah. Aku terima semua tu sebab aku faham situasi kewangan kami.

Kini, sepanjang 12 tahun berkahwin, hanya 3 kali dia balik ke rumah mertua. Kami tidak pernah beraya bersama kerana setiap kali hari raya dia akan tidur sehinggakan adik-beradik serta ibunya menganggap aku tak bagi dia balik kerana dahulu, dia bukanlah begitu.

Aku terima semuanya dan sejak berkahwin memang aku ikut sahaja caranya. Bila dipandang seolah-olah tiada suami kerana semuanya aku yang uruskan, dari hal anak,

perbelanjaan sekolah anak serta perbelanjaan rumah semua aku uruskan. Mujur aku pandai mengurus kewangan.

Sesabar mana seorang isteri tentu ada lukanya. Aku mula rasa tertekan, mungkin dengan beban yang melebihi kemampuan. Sikapku mula mudah marah.

Aku dan suami jarang bergaduh tapi bila bergaduh, tentunya menjadi pergaduhan besar dan aku akan sebut tentang percerraian.

Tahun ke-3 perkahwinan, dia mula curang. Bercinta semula dengan aweknya dizaman persekolahan yang masih isteri orang.

Ketika itu anak bongsu kami berumur 2 tahun setengah. Di uji lagi, anak kami dimasukkan ke nicu kerana dehidration.

Seminggu aku menjaga anakaku di hospital. Aku rasa sedih kerana suamiku sering tiba ketika waktu melawat hampir tamat.

Tapi ketika ini aku masih belum tahu tentang kecurangannya sehinggalah kami berpindah masuk ke rumah baru.

Dia berjanji tak akan ulang lagi kerana aweknya itu mempunyai suami yang sangat baik dan bertanggungjawab.

Pada tahun ke-5 perkahwinan, suamiku mula belajar ilmu ketuhanan dan mula tidak ambil kisah tentang hal kerjaya. Dia tidak lagi pergi mengajar dan gajinya telah diberhentikan.

2 tahun kemudiannya suamiku diberhentikan secara rasmi. Kewangan semakin sempit sehinggalah salah satu daripada kenderaan kami terpaksa dilepaskan.

Kata suamiku, itu semua hal dunia. Kami tidak bergaduh kerana padaku, pergaduhan itu takakan boleh mengubah sikapnya.

Jadi, aku redha dengan semua ini tapi begitula.. aku agak tertekan dan kadang kala terkasar bahasa pada suamiku.

Kini, suamiku telah dianugerahkan Allah sebagai pengubat. Namun dalam mempunyai kebolehan ini, dia mula menghubungi aweknya di zaman maktab dengan alasan dapat merasakan aweknya sakit.

Ya, dia bantu ubati aweknya yang bergelar isteri orang tetapi dalam masa yang sama mereka mula berhubungan kembali disebabkan awek lamanya ini sedang hadapi masalah rumahtangga.

Hanya dalam beberapa hari selepas itu, mereka telah berjumpa dan berbual kisah-kisah cinta lama dengan panggilan sayang.

3 minggu selepas berhubungan aku mula tahu dan rupanya suamiku telah berjanji pada aweknya itu untuk melepaskan aku sekiranya aku tidak setuju mereka berkahwin.

Aweknya mula menuntut cerrai, dan aku terpaksa bersetuju dengan keputusan suamiku.

Tanpa disangka, dalam masa 2 bulan berhubungan semula, rasa sayang suamiku padaku telah hilang.

Tidak akan ada lagi ungkapan sayang untukku kerana katanya semuanya hanya untuk sidia.

Dan suamiku sering berkata ingin melepaskanku kerana tidak akan dapat berlaku adil. Bila disebut tentang pengorbanan, alasannya tidak mahu aku berkorban lagi untuknya maka perpisahanlah yang akan diberikan.

Aku dan suamiku telah pjj kerana dia membantu kawannya. Sejak itu hanya pulang ke rumah 2 kali sebulan tetapi berjumpa aweknya setiap minggu.

Setiap hujung minggu bukan lagi berada bersamaku dan anak. Mesej dan panggilan aku sering diabaikan sehingga berhari-hari. Aku berasa sangat sedih kerana aku terlalu sayangkannya.

Suamiku kini ingin membantu kewangan aweknya walaupun tidak pernah membantu kewangan aku yang mengendalikan rumahtangga kami,

sedangkan pendapatan aweknya jauh lebih tinggi dariku. Aku tetap ingin pertahankan rumahtangga kami. Setiakah aku… Atau bodohkah aku?

Aku amat sedih dengan sikapnya tapi aku masih lagi sangat-sangat menyayanginya. Ramai menasihati agar kami berpisah tapi buat masa sekarang aku rasa tidak sanggup.

Walaupun telah banyak perkara menyakitkan hatiku, aku hairan aku tidak terlalu marah, hanya kesedihan terlalu kuat menyelubungiku.