Saya berazam dalam hidup. Saya tak nak jadi seperti mereka.

‘Tak guna hantar belajar jauh jauh balik sini kerja kedai biasa je’ – Mak

Kecewanya hati kita bila orang yang kita sayang ucap macam ni. Nama saya Fazura.

Berasal dari Pantai Timur. Berumur 23 tahun dan baru beroleh ijazah pada November lepas.

Sedia maklum peluang pekerjaan untuk kami sebagai fresh graduate sangat limited. Sebenarnya banyak kerja kosong di kawasan yang saya tinggal ni.

Tapi kebanyakan majikan tidak mahu ambil bekerja atas faktor gaji yang diminta serta tiada pengalaman dalam skop yang ditawarkan.

Dijadikan rezeki selepas sahaja saya habis intern. saya ditawarkan untuk bekerja.

Bekerja di bawah ahli keluarga yang lain tetapi bukan lah kerja di dalam aircond sebagainya.

Sekadar susun barang kira stok dan sedikit kerja pejabat. Saya terima kerja tersebut atas sebab untuk menyimpan duit sempena konvokesyen nanti.

Disebabkan itu bisnes keluarga, sedikit sebanyak saya involve in managing their business.

Walaupun kerja biasa tetapi sales hari hari biasanya 3k ke atas. Dan setiap bulan gaji jugak di tahap yang memuaskan sebagai seorang yang bujang.

Tetapi bukan itu yang ingin saya luahkan. Sekiranya luahan ini sedikit panjang, saya minta maaf.

Expectation mak abah saya adalah supaya saya bekerja di tempat yang sedap. Yang ada title dan nama. Malahan saya anak bongsu jadi mereka expect more from me.

Tetapi yang mereka tidak tahu adalah realiti sekarang bukan seperti zaman kakak abang saya dahulu. By the way jarak umur saya dan abang sulung 20 tahun.

Di rumah cuma ada saya mak dan abah. Adik beradik yang lain semua telah berkahwin dan tinggal di luar.

Sebenarnya sejak sejak mereka berkahwin mereka seolah olah melupakan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak.

Baik kakak mahu pon abang. Mereka berkahwin sewaktu umur saya 10 tahun (3 abang) dan 11 tahun (2 kakak)

Sewaktu tempoh tersebut macam macam telah saya lalui . Kakak ipar yang tidak suka keluarga saya.

Abang yang sering minta duit untuk belanja anaknya. Abang yang duduk jauh jadi tidak mampu selalu balik ziarah mak abah.

Kakak kakak yang memberi alasan mengikuti suami masing masing jadi tidak dapat membantu banyak di rumah.

Jadi selama saya membesar saya dapat lihat macam macam ragam adik beradik saya. Kalau nak cerita satu per satu jadi makin panjang confession ini.

Cuma azam saya adalah untuk saya tidak jadi macam mereka. Iaitu lupakan tanggungjawab sebagai seorang anak.

Fast forward, saya bekerja la dengan ahli keluarga saya sendiri. Saya bersyukur sebenarnya bila dapat bekerja di sini.

Dekat dengan rumah. Gaji berpatutan. Masih boleh bagi dan belanja mak abah.

Paling penting hari hari saya nampak mak abah. Tengok kesihatan mereka. Jaga kebajikan mereka.

Saya fikir ini adalah rezeki yang Allah bagi dekat saya sebab saya boleh jaga mak abah saya.

Rupanya tanpa saya sedari, mak saya tidak berkenan saya bekerja begini. Dia merasakan sia sia saya belajar sampai degree tetapi kerja tidak setimpal. Kecewanya saya bila saya dapat tahu tentang ini.

Tidak dinafikan abang kakak saya kerja bagus bagus. Tetapi apa guna ada pangkat dan duit yang banyak tetapi jarang sekali membahagiakan kedua ibu bapa.

Saya fikir mak saya bahagia sekurang kurangnya ada saya di rumah untuk membantu apa yang patut.

Yang hari hari boleh saya tengokkan mereka. Tetapi tidak. Padahal selama yang saya buat ini adalah untuk mak abah.

Kalau ikutkan ada panggilan temu duga untuk beberapa syarikat lain tetapi saya tolak kerana sudah selesa dengan kerja sekarang. Walhal saya menolak sebab nak jaga mereka. Tak nak mereka sunyi.

Bila mak saya sendiri tidak berkenan dengan apa yang saya buat, gelap sekejap dunia saya.

Selama berbelas tahun saya berusaha untuk tidak buat dia sedih dan kecewa dengan segala tindakan saya, tapi hari ni saya pula yang betul betul kecewa.

Saya rasakan saya juga gagal membuat mak abah saya bahagia. Padahal itu lah niat saya yang sebenarnya.

Mungkin mereka malu nak bercerita anak mereka belajar sampai degree tetapi kerja tiada title di depan.

Saya tidak pernah salahkan takdir. Saya sentiasa bersangka baik dengan apa yang telah Allah bagi kepada saya. Malahan saya bersyukur atas jalan yang Allah tetapkan untuk saya.

Mungkin ini ujian Allah berikan kepada saya kerana selama ini saya terlalu bahagia dengan rezeki ini sehingga tidak sedar ada hati yang terluka dengan keputusan saya.

Dan kepada mak abah, saya harap mak abah sedar yang segala perbuatan dan tindakan saya adalah untuk bahagiakan mak abah selagi mana kita sama sama hidup di dunia ini. Tiada niat lain selain daripada itu. 🙂 Saya sayang mak abah.