Tiap hari 10 pagi aku mandikan Mika. Pastu bg makan. Bende ni jadi lepas bagi dia makan.

Hai semua. Aku, Dania. Seorang mak baru yang berumur 26 tahun. Aku ada seorang anak lelaki, Mikael aka Mika berumur 7 bulan.

luahann aku hari ni berkenaan masalah aku menjaga anak aku sendiri.

Aku berhenti kerja sejak usia kandungan aku 6 bulan. Dari Mikael lahir sampai lah sekarang, aku yang jaga. Tapi sejak akhir-akhir ni aku rasa mcm nak gila melayan ragaman Mikael. Sebagai contoh, ini apa yang berlaku hari ni.

Rutin aku bermula sekitar 10 pagi, aku mandikan Mika selepas dia bangun. Bagi dia makan dan apa-apa yang berkaitan.

Masalah aku bermula selepas aku siap bagi Mika makan. Aku perlu tinggalkan dia sekejap untuk aku masak. Tapi bila je aku tinggalkan dia, terus dia meraung serupa kena cubit.

Tenangkan dia pun tak berguna. Bila aku letak je mesti dia menangis semula.

Ok fine, aku tinggalkan semua kerja rumah. Aku layan dia sorang je. Main-main dengan dia, tengok tv dengan dia. Once dia mcm merengek nak susu,

aku terus susukan dia sampai dia terlelap. Alright, dah boleh sambung masak. Aku pun potong bahan-bahan semua, masuk dalam blender, kuatkan tv sikit.

On blender! Uwaaaa, dan anak aku pun bangun. Baru masukkan bahan tumis, dia nangis lagi.

Nak tak nak aku tinggal lagi semua kerja dan layan dia balik. Almost 3 jam, masih takde tanda-tanda nak tidur. Perut aku pun dah berkeriut. Sah, gastric dan masuk angin.

Tapi apa boleh buat, anak aku taknak berenggang. Puas aku belikan mainan, buku dan playpen tapi satu pun tak jalan. Dia cuma nak mak dia apatah lagi sekarang tengah fasa separation anxiety.

Pukul 4 petang, aku bawak Mika naik ke bilik. Ada aircond dan senang sikit aku nak kawal. Kalau kat ruang tamu bawah, Mika asyik nak meneroka sampai tak terkejar aku dibuatnya.
Tempat favourite dia, masuk bawah tv takpun ke bahagian karpet yang memerangkap habuk, rambut dan sebagainya.

Aku agak paranoid, takut dia masukkan apa-apa dalam mulut tanpa aku sedar ataupun bermain wayar-wayar elektrik. Apa boleh buat, rumah yang aku duduk sekarang milik keluarga mertua.

Walaupun mereka dah tak duduk di situ, banyak barang-barang lama yang aku rasakan dah sepatutnya dibuang masih lagi digunapakai di rumah.

Bila letak dalam playpen dia menangis pulakkk. Haihhh!

Akhirnya dia tertidur jugak… Aku pun turun ke tingkat bawah nak capai tuala untuk mandi. Baru je aku pakai tuala…

“Barang lama, barang lama, tv surat khabar.. pon! Pon! Pon!” Uwaaaaaa! Terus terjaga Mika masa tu, korang boleh bayangkan tak carutan dan makian aku yang berbakul-bakul masa tu?

Pukul 5 petang, aku masih belum masak, belum makan, belum mandi, kerja rumah yang lain jangan tanyalah. Satu apa pun aku tak dapat buat.

Aku dah lost count berapa kali dah aku mental koyak, broke down teruk, marah anak aku sebab aku rasa teramat stress. Dengan laparnya, dengan tak mandinya, dengan penatnya. Semua ada.

Bayang je lah apa nak buat time tengah nak melepas hajat masa tu lah anak menangis tak cukup tanah.

Aku takut jiran-jiran semua fikir aku dera anak je, takpun fikir aku tak peduli anak menangis.

Dan sudahnya aku terpaksa tunggu suami aku balik kerja. Penantian itu satu penyeksaan.

Kadang-kadang pukul 8 malam pun belum tentu suami aku sampai rumah disebabkan tuntutan kerja dan jarak tempat kerja yang agak jauh dari rumah.

Nasib suami aku faham, dia tak kisah kalau aku tak dpt buat kerja-kerja rumah, tak sempat masak. Tapi aku yang ralat, aku rasa aku tak berguna jadi suri rumah.

Takkan hari-hari nak makan luar. Belum lagi time aku dpt order untuk side bisnes aku. Lagi huru-hara jadinya.

Aku penat sangat-sangat. Seriously, aku tak tahu apa yang sepatutnya aku buat.

Aku dah cuba macam-macam cara. Aku pernah bangun awal, dan memandangkan Mika tengah tidur, aku turun bawah siapkan makanan Mika & masak untuk tengah hari. Aku dah kepung dia dengan bantal semua.

Masa tu dia baru 6 bulan, aku anggap dia belum nak explore sangat. Tiba-tiba, aku dengar bunyi gedebuk! Diikuti tangisan Mika.

Ya Allah, anak aku jatuh katil! Tak cukup tanah aku berlari naik atas. Aku menangis sungguh-sungguh masa tu. Budak kalau jatuh dia mana ada reflex mcm kita.

Memang macam nangka busuk dia jatuh.

Sejak dari hari tu, aku trauma nak biar dia kat atas sorang-sorang. Aku memang tunggu dia bangun sendiri.

Kalau aku kejutkan awal, bawak turun bawah memang confirm la satu kerja pun tak jalan.

So, aku rela tunggu dia kat atas. (One of the reason I hate rumah dua tingkat, nak pergi tandas pun kena turun bawah.)

Aku tak tahu lagi apa cara yang aku patut buat. Walker is a no-no. Aku taknak risikokan development and safety anak aku just sebab aku nak mudahkan kerja.

Nak angkat anak selalu pun tak boleh sebab dua-dua belah tangan aku kena De Quervain syndrome.

Setiap rutin yang aku buat aku macam mandikan anak, angkat anak dan banyak lagi akan buat pergelangan tangan aku sakit yang terlampau sangat.

Gendong anak pun aku dah cuba, sampai mandi peluh aku dibuatnya. Semua ni buat aku rasa useless, rasa give up, rasa nak mati pun ada.

Nasib aku belum sampai tahap nak pukul anak, tapi aku takut nanti aku terbuat macam tu suatu hari nanti sebab terlampau stress sangat 🙁 Aku dahlah jenis cepat stress dan nak marah.

Aku percaya nanti ada yang kata kenapa aku tak bangun awal. Badan aku terlampau penat weh, setiap malam bukan aku dapat tidur lena pun.

Mostly, anak aku bila nak susu dia meraung terus, bukan sikit-sikit punya nangis. The struggle is real!

Struggling to be a decent mom,