Study sangat struggle sampai air mata menitis. Kasihan kami, study mcm nak rak, result biasa2 je

Ini bukan cerita hidup sedih ke ape yg banyak dugaan ujian. Lebih pada nak minta anda semua sudi bagi advise ke pengalaman sendiri ke,..sebab sy nampak disini medium yg cepat dapat feedback, ada yg rasional, ada yg boleh d terima pakai walaupun ada yg tak. Baik buruk komen anda, saya terima dan tapis seeloknyer. Terima kasih.

Ini hanya ceritera seorang pelajar.. mcm biasa la salah satu realiti yang biasa dalam kalangan pelajar uni bila d akhir semester. “Semester depan aku akan berubah” , ” mesti belajar dari awal semester” ,

“buat assignment sungguh2, test quiz semua xboleh main2” dan bila exam final.. “sem depan aku xkan study last minit lagi” ..

gila seksa bila xdapat nak cover semua topic dalam subject ko nak exam final. Lagi2 paper exam ko xde gap sangat, beza sehari dua je..Sebab terasa nak gila ..

sbb ni la kot ramai yg tewas dan histeria..tp aku x pernah lg berhadapan mereka yg histeria disebabkan pressure dan stress dan aku pun xpernah.

Namun , aku jenis xsuka bila aku xpuas hati dgn diri, rasa nak je hukum diri sendiri. Tp daripada aku hukum diri sendiri lebih baik aku teruskan cari Jalan mcm mana nak perform lebih baik pd masa akan dtg kelak.

Mostly, yg struggle sgt study ni pelajar yg biasa2 je, xpndai mana tp dpt survive. Dan akhirnya dpt segulung ijazah.

Kalau pelajar yg dah sejak azali straight A, dekan list, x payah ckp la..dorg boleh ingat ape yg lecturer ajar dlm kelas, buat revision sikit je, result dah gempak.

Bertuah mereka yg lahir dgn kelebihan otak mcm ni.. so mereka yg kurang pndai ni mcm mana pulak..

stress tau study nak hadam semua benda. Macam aku la kiranya, Orang suruh study smart, study smart mcm mana weh.

ada pulak yg mmg perlu komitmen, aku xberdaya nk beri komitmen, study group aku xsuka sbb selesa sorang2..

so akhirnya aku still aku yg dulu, study hard je aku tahu.. baca buku berkali2, smpai muak, buat latihan smpai kertas buku penuh,

tapi sedikit je aku dapat, bsyukur la ada jgk hadam dari kosong, sebab kan hard sangat, aku rasa x mampu la nak berterusan macam ni, Kesihatan boleh terjejas,

lain pulak jadi nanti, mcm kes salur darah pecah dan koma yg kita sedia tahu ada terjadi. Punah harapan Mak ayah, impian cita2 ku pun boleh jd kenangan.

Kadang tfikir, org yg lahir otak biasa2 je, xde ke cara nak jadi pandai. Selain cara aku yg hard ni smpai seksa badan sendiri tp hasilnye cukup2 makan sahaja.

kasihan kami, study mcm nak rak pun, result biasa2 je. Sudi2 la share pengalaman korg yer, terima kasih semua.

Kata2 Imam shafie, “kalau kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan”