Mak ayah sanggup buang along sebab kawin dengan orang tak kaya. Along rindu mak ayah bukan harta

Assalammualaikum…

Saya serba salah untuk meluahkan di sini,tetapi akibat terlebih pendam.Emosi saya menjadi tidak stabil dan hampir menjadi orang kurang waras.Saya berharap kisah saya menjadi pengajaran buat semua dan juga mendapat nasihat daripada semua.

Saya anak sulung daripada tiga adik beradik.Di jadikan cerita saya belajar dalam bidang lelaki,saya seorang perempuan.Dugaan faham ajelah,jadi saya ambil keputusan untuk berkahwin.

Jumpa pula suami hanya orang biasa,kerja kilang.Jadi bincang dengan ayah,ayah kate ok.Tanya mak,dia kate kalau nak kahwin lelaki kena bagi RM 8k itu bukan duit hantaran tapi nilai dia jaga saya selama ni.Mau tak terkejut.

Majlis akad nikah tetap berjalan suami pun serah kan RM 3K cash kat ayah.Duit itu serah sepenuhnya pada ayah tanpa buat apa apa majlis.

Bagi saya tak kisah,janji buat mana yang wajib.Mak mertua pula kalau boleh nak adakan majlis,lepas nikah.Saya dan suami pun tolong mana yang mampu,sampai hari majlis itu.

Dia balas,”nak buat majlis biar ada 10K kalau tak ada jangan buat”.Jadi memang belah perempuan tak buat langsung.

Suatu hari dengar berita adik perempuan nak bertunang,kate anak orang kaya.Korang tahu tak mak saya sanggup berhabis duit buat majlis pertunang mengalahkan majlis kahwin.

Sebab”dapat menantu kaya”.Sekarang diorang dah pun putus tunang,dah mereka buat cerita saya putuskan tunang diorang sebab jeles.

Siap ayah call tanya saya hantar ilmu hitam ke?.Time itu saya tengah mengandung,memang teruk betul pemikiran.

Belum campur nombor telefon tak kenal masuk maki hamun saya.Kate macam macam perempuan jalang lah perempuan murahanlah.

“sepupu saya yang itu pun tergelak-gelak.Nie dapat tahu sepupu saya nie pun bakal berkahwin dengan orang kaya,lepas kahwin tak payah kerja katenye.Suami tak bagi kerja.

Baru je lepas balik raya hari itu,ingat semua dah insaf.Tak jugak,tambah perisa cerita baru pula.

Kate dengan gaji saya tak cukup bayar duit kereta dengan beli susu baby,ayah saya yang tanggung semua.Mentang-mentang cik suami behenti kerja buat biz on9 semata-mata berkorban jaga baby.

Mok cik semua ingat dia tak kerja langsung,try cakap depan.Boleh gayang mulut masing-masing dengan cili.Mak dengan ayah saya dah berbulan-bulan tak tanya khabar cucu depa.

Time bila datang jenguk belikan susu?,yang pasal bayarkan duit kereta,no akaun pinjaman kereta pun ayah saya tak tahu.

Mungkin salah along pilih lelaki serba kesederhana,sampai mak dengan abah buang along.Along berharap suatu hari nanti mak dengan abah dapat terima kami dengan hati yang ikhlas.