Aku sujud satu sejadah dengan Mak dia siap peluk cium aku lagi. Tapi rupanye ini yang mak dia buat kat aku

Assalamualaikum semua, tujuan aku menulis ni sebab nak share and sekaligus bagi peringatan pada kaum2 hawa yang lembut hatinya.

Aku berkenalan dengan sorang lelaki ni melalui Twitter. Tak pernah kenal dia langsung pun sebelum ni. Dia kerap jugak mention aku and tegur2 tapi aku buat tak layan.

Bukan menyombong, tapi alaa lelaki kan. Kadang2 saja nak buat suka2 je test market dorang. Lama jugak la dia tegur2 sampai lah satu malam tu aku kesian so aku pun berborak la dgn dia thru dm.

Mamat ni boleh tahan la taste aku jugak (setelah diteliti dp twitter dia yang selama ni aku tak pernah nak view) and aku pun borak mcm biasa dgn dia. Borak punya borak, banyak jugak dia tahu pasal aku, rupanya dia dah lama stalk aku.

Sampai lah kitorang bertukar num hp (setelah 3 hari berkenalan) and dia dah start cakap yang dia suka kat aku and blablabla. Dalam masa seminggu je kenal, dia nak aku jadi gf dia.

takkan kau taknak turun kereta and salam orang tua tu ? Bengang jugak la aku dengan dia masa tu, tapi dia pujuk dia kata sayang la serious bagai, aku cool down balik.

Tapi bila aku suruh dia jumpa Ayah aku, dia elak2. Katanya belum bersedia pulak, eh?

Cerita dia berpunca bila setelah 3 bulan hubungan kami, dia selalu cakap dia busy study and yes aku faham la. Aku pun pernah study.

Dia ni jenis mana nak pegi buat apa semua kena report kat dia, aku lemas jugak mula2, macam budak2 bercinta, padahal dia setahun lebih tua dari aku.

Aku ikutkan jela sebab sayang and hormat. So bila asyik busy je hati aku rasa tak sedap. Aku rasa Allah ada kurniakan satu sixth sense terutamanya pada wanita2 lemah mcm aku ni untuk check hp dia.

Lepas makan, dalam kereta (aku drive laju2) and aku mintak putus. Mula2 aku nangis tanya dia apa lagi yg dia nak semua aku bagi and siapa yang cari siapa at the first place ?

Pastu bila dah cool down, aku mintak putus cara baik. Dia suruh berhenti tepi, dia sambung drive and dia pujuk aku (mintak maaf and taknak putus),

aku kesian and setuju bagi dia second chance (walaupun masa tu rasa sayang dah turun ke 80% and rasa percaya hanya tinggal 20%).

Sejak tu, dia mula berubah. Dia mula jauh. Tapi bila aku mintak putus dia taknak lepas. Aku jumpa Mak dia, slow talk, and Mak dia suruh aku sabar and ikhtiar untuk kekalkan hubungan ni.

Aku pun cuba, ke sana sini dengan Mak dia, pegi masjid, solat dgn Mak dia, ponteng kerja sebab layan Mak dia,

Mak dia pun akhirnya bertindak sendiri, minyak tu dia sapu kat barang2 bf aku ni. Sejak tu, aku macam gila bayang, rindu setiap masa, setiap minggu mesti nak jumpa, aku yang jadi terhegeh2.

Bf aku ni pulak makin lama makin menyampah kat aku. Tengking aku, maki aku. Kejap2 ugut aku nak putus. Tapi aku menangis and melutut kat dia jangan tinggalkan aku.

Sepanjang tu, macam2 benda bodoh aku buat, Mak Ayah aku, aku lawan and tengking, kakak2 aku pun sama. Dah takda rasa sayang pada keluarga sendiri.

Masa2 aku hanya untuk family bf aku ni. Masa tu, aku sayang Mak dia lebih dari aku sayang Mak aku sendiri.

Aku yang punya penakut ni, keluar rumah 3am, tidur dalam kereta depan rumah dia sampai ke pagi (sebab dia nak putus and taknak jumpa aku lagi).

aku dah berulang alik ke JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL hanya kerana cinta seorang lelaki.

Allahu Akbar, besar sungguh dugaan.

Lepas aku keluar hosp, bf aku layan aku makin teruk. Mak dia and family dia pun sama. Bday dia, aku pegi rumah dia nak bagi hadiah (aku call/ws/msg tak dapat sebab dia block num aku),

Mak dia kata dia tak balik, dia kat campus ada assigment. Aku percaya sebab kereta dia pun takda dalam garage, tapi masa nak balik tu aku rasa tak sedap hati,

aku pusing lalu belakang rumah dia, KERETA DIA ADA! Kenapa mesti park kat belakang ? Nak sembunyi dari aku ?

Maknanya Mak dia pun sama tak bagi aku jumpa dia. Benda ni (situation kejar mengejar and dia lari sembunyikan diri)

Dalam masa tempoh berubat tu, sedikit2 aku hampir pulih. Rupanya aku terkena ilmu sihir dari mak dia, buat aku gila bayang kat ex bf aku ni,

and takkan tinggalkan family tu walau apa jadi sekalipun (Mak dia nak ikat aku sebab aku dah ada harta sendiri and kerjaya, boleh jamin masa depan anak dia).

Terpempan aku dengar, takkan Mak dia sanggup buat macam tu, aku sujud satu sejadah dengan Mak dia, Mak dia peluk cium and tenangkan aku, Allah :'(

Alhamdulillah, dekat setahun, aku beransur pulih. Hidup aku dah macam dulu, masa aku banyak habis untuk family. Aku bahagia.

Jadi aku nak ingatkan, kalau betul lelaki tu serious dgn kita, biar dia yang jumpa family kita dulu. Biar dia tunjuk ikhlas dia dulu nak memperisterikan kita.

Bila family kita dah okay and berkenan (mata orang2 tua ni lebih tepat) baru kita boleh fikir step seterusnya (jumpa family dia pulak and so on).

Jangan tunjuk kita terhegeh2 pada pihak lelaki, kita perempuan masih ada maruah, tunjuk pada orang luar bagaimana Mak Ayah kita didik kita sebagai seorang anak perempuan yang menjaga maruah dan harga diri. Sekadar pendapat aku sahaja.

Sekian perkongsian aku.