Aku boleh dikira keluarga berada tapi ayah low profile. Aku boleh buat semua kerja2 perempuan

Hai, nama aku Mia..Umur aku tahun ni genaplah 23 tahun. Tapi secara officialnya belum lagilah. Birthday aku bulan 9 nanti. Ngeh3.

Status? Masih mencari. Kiranya single mingle lah ni.. Kepakaran? Ha, bab kepakaran ni paling best. Aku boleh buat semua kerja perempuan. Sebut je apa.

Memasak, kemas rumah, menjahit, buat kek, biskut, basuh baju, semua aku pandai buat. Macam over pulaklah kan? haha.. dah namanya pon cerita, baca jelah. Ngeh3..

Kawan2 aku yang sebaya aku semua dah pakat kawen. Bukan setakat kawen, dah beranak pinak bagai? Aku ni, masih macam ni lah jugak. Sampai sekarang belum jumpa mr.right aku.

Ha, korang jangan nak buat lawak kurang asam nak suh aku bawak mr. left to the right side eh. Aku cepuk jugak karang. Huhu..

Aku ni nak kata hodoh tu, memang tak lah. Tapi nak kata cantik tu, macam perasanlah pulak. Haha.. Aku mempunyai sepasang mata kuyu. Orang kata mata menggoda.

Ah, apa2 jelah. Hidung aku kecik molek. Taklah mancung, tapi bukanlah kemek. Alis mata yang lentik, kening yang terlukis cantik, bibir merah bak delima merekah (yang ni aku tipu je. hehe).

Yang aku paling kesian ialah mama aku, Puan Marlia Isabella. Ha, sebagaimana kelassnya nama beliau, begitu jugalah kelassnya penampilan beliau.

Kecantikan yang aku miliki sekarang ni 9o peratus adalah diwarisi daripada beliau. Walaupun umur dah mencecah 4o-an, gaya beliau mengalahkan anak dara tau.

Dengan tubuh yang masih slim walaupun dah beranak empat, tinggi lampai, pandai bergaya pulak tu, kalau tengok dari belakang, memang nampak macam anak dara pingitan! Berbeza pulak dengan aku.

Aku lebih senang dengan baju t lengan panjang, seluar jeans longgar dan tudung sarung. Baju kurung boleh kira dengan jari berapa kali je aku pernah sentuh.

Kalau bukan sebab hari raya dan sebab kena paksa dengan mama, memang tak lah aku nak pakai baju kurung tu. Tudung.. Hmm.. Tudung ni lah yang paling masalah bagi aku.

Tudung ni jugalah yang menjadi punca masalah jodoh yang aku hadapi sekarang ni. Aku bukannya suka sangat pakai tudung sarung ni. Nampak macam orang tua.

Tapi, selepas beberapa kejadian yang terjadi pada aku disebabkan tudung bidang yang aku suka gilerrr tu, aku dah tak kisah dah. Nampak tua ke, selekeh ke, kolot ke, aku dah fed-up.

Amboi3, sesedap rasa korang mengutuk family aku ye? Kalau tak kerana mengingatkan pesan papa, dah lama aku cili2kan mulut korang buat asam pedas cili padi. grrrr…

Ha, aku belum cerita pasal papa aku. Hish, tak boleh, kena cerita jugak. Kang korang ingat aku tak ada ayah pulak… Papa aku seorang yang sempoi. Walaupun family aku ni boleh dikira beradalah jugak,

papa aku bukan jenis yang suka show-off kekayaannya. Apa yang orang kebanyakan pakai, itulah yang dia pakai.

Aku tahu dia mampu beli kereta mahal2, tapi yang dia pakai dari dulu sampai sekarang, Avanza silver tu lah. Asalnya Avanza tu dibeli dengan warna hijau.

Tapi selepas excident kena langgar dengan mat despatch masa nak balik kampung raya tahun lepas, papa mintak kereta tu dicat dengan warna silver. Selain Avanza tu, papa belikan aku Myvi merah.

Myvi tu lah buah hati, pengarang jantung, intan payung, pengubat duka, penghibur hati aku. Dengan Myvi ni lah aku berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

Lupa pulak nak bagitahu, aku baru bekerja selama 2 bulan di Syarikat MajuJaya Enterprise. Aku bukan tak nak kerja dekat syarikat papa, tapi aku nak merasa mula dari bawah.

Kalau kerja dengan papa, sah2lah papa bagi aku jawatan besar2. Anak dia kan…

Papa aku ni, walaupun seorang businessman yang berjaya, bab agama jangan buat main dengan dia. Masa kecik2 dulu, atuk aku selalu hantar dia ke pondok masa cuti sekolah.

Bila dah besar, dia sendiri berminat dengan pengisian2 agama ni. Sampai sekarang dia masih terlibat dengan jemaah2 tabligh.

Kerja ni untuk kumpul saham dunia, dakwah untuk kumpul saham akhirat. Kita ni hidup sebagai khalifah di muka bumi ni. Sampaikan dakwah tu wajib atas setiap muslim. Itu yang papa aku selalu kata.