Adik beradik aku segalanye perlu mengikut aturan ayah. Anak pun berhak memilih tapi aku tak dapat

Assalamualaikum,
Aku tak tahu nak mula daripada mana kisah aku.Ayah aku seorang businessman, dia selalu busy dan mungkin tak ada masa untuk anak anak sangat sewaktu dia masih muda.

Sekarang dia sudah bersara dan menyerahkan perniagaannya kepada anak anaknya. Ayah aku juga mempunyai dua orang isteri.

Ibu aku lah yang membanting tulang bersama sama ayah aku untuk membina apa yang kami ada sekarang. Ayah aku dulunya orang susah, tiada pelajaran.

Tapi alhamdulillah, berkat kesungguhan ayah aku, dia berjaya sekarang. Ayah aku orangnya baik, tahajud tak pernah tinggal, orangnya orang yang dekat dengan Allah,

kalau ada benda yang kita semua sembunyikan daripada dia sekalipun, lama kelamaan dia dapat tahu dengan sendiri. Mungkin ilham daripada Allah, wallahualam.

Aku tak faham kenapa benda ni perlu terjadi dalam family aku. Tapi disebabkan kami semua perempuan, kami tak ada kuasa sangat nak melawan atau nak membantah.

Kadang kadang tu, even anak menantu dia yang sebelah lagi nak makan pun, adik beradik kami yang kena tanggung/bagi free lah.

Bukannya nak mengungkit, tapi aku rasa sedih sebab apa berlakunya ketidakadilan sebegini. Yang aku tak boleh nak blah, adik beradik menantu ayah aku pun selalu mintak barang free.

I’m like … takde kena mengena pun nak jugak? Pastu siap bagi tahu kakak aku lagi yang kakak aku tak de kuasa sebab perempuan kan,

kalau dapat harta pusaka daripada ayah aku pun, dapat sikit je sebab dia perempuan. Ada juga adik beradik aku yang ibu lain cakap macam ni,”ayah dah tua.

Adik beradik aku semua ayah aku corak kan bagaimana and macam mana dia nak. Career, jodoh semua dia tetapkan. Aku pun. Tapi baru baru ni ayah aku marah aku.

Katanya aku seorang je yang berani membantah and membangkang cakap dia.
Aku rasa sedih sebab aku, kalau boleh, nak buat benda yang boleh buat aku happy,

aku dah penat hidup dalam keluarga yang complicated, yang pelik. Aku nak decide for my own.

Tapi tak de sesiapa yang faham perasaan aku. Oleh sebab ayah aku biayai pelajaran aku sekarang, kakak2 aku pun selalu marah marah aku cakap aku patut hargai dan bersyukur.

Ya aku bersyukur sebab dikurniakan pelajaran yang baik, tapi kebebasan tu tiada. Oh ya, ayah aku a bit conservative and traditional. Kami tak pernah ada conversation heart to heart.

dah lepas spm dia start dah suruh aku ambil course yang dia nak plus asyik tanya result aku. Aku tak minat sangat course yang aku ambil sekarang.

So result aku cukup cukup makan je. Dia expect more daripada aku sebab I was a high achiever masa sekolah dulu.

Life aku dekat negara orang pun harsh, tak de kawan. Tapi tak de sesiapa pun faham situasi aku.
Aku mohon nasihat daripada kalian semua and aku minta tolong korang doakan aku semoga aku tabah dan sabar dalam mengharungi ujian hidup ni.