Aku benci nak balik rumah tapi aku kecian dan risau kat mama. Sejak aku lahir ayah berubah

Aku tak pernah jauh dgn family sampailah aku form 5. Then dapat sambung matrik and uni kat tempat orang (means jauh dr familylah kan).

Masa aku jauh dgn mama, aku takut ayah aku apa apakan mama sbb even aku ada kat rumah pun ayah aku boleh buat macam-macam. Aku bongsu tapi tak manja eh!cuma suka nangis je, cepat tersentuh sebijik perangai macam mama hehe.

Satu-satunya yang buat aku sedih sangat, ayah tak pernah bagi nafkah zahir dan batin kat mama since lepas aku lahir kot. Sedangkan ayah lg bekerjaya dari mama, pangkat ayah lg tinggi dari mama.

Yes, mama pun kerja ayah pun kerja tapi taktahu mana duit ayah tu pergi? Mama boleh tanggung kitaorg beradik baiikkkk punya.

Sejak aku form 1 yang aku ingat, mama yang uruskan semua perbelanjaan sekolah, makan pakai kteorg. Mama masa tu tanggung 3 orang adik beradik aku yg masih sekolah.

Selebihnya adik beradik dah kerja and belajar uni. Kakak abang ada jugak tolong hulurkan sikit sikit sampai skg pun. Tapi ayah tak pernah bg satu sen pun duit belanja kat kitaorg.

Sampai skg aku tak faham apa sebenarnya tanggungjawab sebagai seorang suami, kalau kau biarkan isteri kau yang tanggung semua? Dari aku kecik, mcm mcm kejadian jadi kat rumah,

dgn ayah panas baran yg sanggup baling penyodok sampah, tissue holder yg kayu tu dekat mama sbb marah sgt. Tolak mama jatuh sampai demam. Hmm Ayah terlalu panas baran.

Aku taktahula nak cakap yg aku ni pendendam atau tak, tapi satu yang pasti aku taksuka and takboleh tengok ayah buat mama mcm tu. Aku benci sangat! Sampaikan satu tahap aku benci tengok muka ayah yg panas baran tu.

“Ayah dah makin tua yahh, saya merayu yahh tolong jgn seksa mama lagi. Saya pun takfaham kenapa mama sanggup bertahan dgn ayah sbb kadang-kadang saya sendiri tak tahan dgn perangai ayah.

Saya penat nangis sbb ayah tp saya tahu mama lg penat tahan penyiksaan ni semua. Ayah dgn mama dah tak sehaluan, asyik gaduh je sampaikan saya rasa taknak balik rumah sbb asyik tengok korang gaduh tapi saya balik jugak,

saya lebih risaukan nanti jadi apa-apa kat mama. Ayah kenapa buat mama mcm ni? Ayah tak sayang mama lg ke? Ayah mama dah tidur bilik asing. Saya sedih sangat bila satu malam hujan lebat tu,

mama merayu kat ayah bukak bilik sebab mama takut tapi ayah ignore je. Saya tahu mama nangis tapi saya tak dapat nak buat apa-apa 🙁 Maafkan saya, ma.

Takpe ma, Allah Maha Adil. Walaupun mama tak bahagia dgn suami mama, mama ada kteorg ma, kami adik beradik cucu cucu mama.

Saya tahu mama bahagia bila dgn kteorg sebab kebahagian tu saya boleh nampak bila kami semua byk luangkan masa dgn mama.

Akan saya doakan kebahagian mama bersama kami dan mama dipanjangkan umur 🙂 Semoga mama tabah. Semoga ayah juga berubah ke jalan diredhai Allah.”

Skg, masalah diri aku sendiri pulak. I came from broken family and i dont want ppl to accept me with their sympathy.

Disebabkan itu, aku nak orang terima aku seadanya, terima baik buruk family aku tanpa dijudge. Dan aku sebenarnya trauma tgok mama ayah aku sendiri.

Yes, aku pernah bukakkan hati aku utk seseorang tapi mcm aku je yang selalu berikan yg terbaik. Si dia mcm tak memahami apa yg aku nak.

Aku nak kenal hati budi seseorang dulu, aku nak selami hati dia dalam jangka masa yg panjang supaya aku boleh nilai dan terima. Aku taknak kawan pastu kenal mcm mcm tu je, dengar dari orang dia ni mcm ni mcm ni then kahwin.

Aku rasa mcm tak selamat, sbb byk sangat cerita memula seseorg tu baik sgt, tapi bila dah bersama mulalah tunjuk belang.

Aku pernah berada dlm situasi tu sendiri, so i know how broken it will be dan aku taknak face benda tu for a second time. Aku mohon sangat, lelaki di luar sana.

Tolong, amek pengajaran dgn cerita cerita broken family ni dan jangan ulang benda sama. You never been in that situation and you dont know how suffered i am to face all these sampaikan aku trauma dan aku benci tengok drama melayu kat tv yg family gaduh gaduh tu.

Salah aku ke semua ni jadi? Aku ke yg masih belum bagi yg terbaik dekat orang? Am i the one yg trying so hard? Aku tak salahkan takdir Allah dengan ujian yg aku terima ni, aku redha.

Dgn harapan orang pun boleh buat yg terbaik utk yg terbaik. Kenapa kita perlu cipta jurang dan pergaduhan kalau kita semua boleh happy sama-sama kan?

Aku tak harapkan orang utk faham aku cause i know susahh nak faham orang tapi please fikirkan for a good future, kalau kita tak berubah siapa lagi yg nak ubah kita?

Please, for a good future ahead be someone that can cherish other people with our good behavior. Thanks for reading until here. #ijustneedmotivation