Aku belajar je, tak berjimba pun. Balik rumah jumpa family nak rehatkan minda, tapi sebaliknye pulak

Assalamualaikum. Banyak kali terfikir nak pergi jumpa Dr Psychiatry or any Dr related in diagnosing a depressed person. I’m not sure if I’m depressed or what I went through is normal.

Alhamdulillah, I have still my parents with me. Sorang bekerja sorang dah pencen. Masa dua dua bekerja hidup tu alhamdulillah aman makmur. Ada jugaklah gaduh sikit memasing perangai ego tapi bearable.

Tapi at one point when one retired, things start to go downhill. Ibu selalu mengeluh, mengomel, mengkritik setiap kerja yang anak dengan ayah buat.

Ni salah tu salah. Aku pulak belajar dekat luar negeri. Selalu balik weekend je. Kekadang tak balik pun.

Bukan sebab takde rezeki tapi sebab taknak, taknak dengar masing masing complain dekat aku pasal keburukan masing masing.

I figured that it might be normal. Parents fight all the time but it gets worst especially when Ibu stress.

Ibu ada perangai panas baran walaupun dia selalu deny. Ayah pulak je is ego, dia rasa dia memang betul dan selalu mengata ibu.

Dipendekkan cerita, kalau dua dua ni ada masalah, dua dua complain kat aku. Yes, sebagai anak aku patut hadam, tapi bila jadi orang tengah, paling tak tahan, aku yang akan kena bila dua dua gaduh.

Tell me, anak mana suka dengar each other complain ? Bila aku try nasihat cara baik, dua dua cakap aku bajet tahu semua. Aku apa tau ? Baru umur 24 tahun.

Tapi bila aku luahkan perasaan aku yang akh tak suka dengar semua tu, dorang kata aku sensitif sangat.

Lepas tu, yang ibu merajuk ( dah derhaka dah aku walaupun aku nasihat slow slow ) & yang ayah tetap degil, ego.

And they left me hanging alone. Aku nak cerita dekat siapa ? Cerita kat kawan takut mengaib. Cerita kat Allah dah tapi still, the same.

Sometimes I wish they weren’t together. Yes, berdosa aku fikir macam tu, ibarat mendoa. Tapi aku pun stress.

Aku duduk luar belajar je kerja aku tak berjimba pun. Every week ada test. Ada exam, ada praktikal. Konon balik rumah jumpa family tu tempat merehatkan minda. Tapi tak.

Aku tak tau lah macam mana nak fikir positif. Aku selalu cari jalan utk husnudzon but everyone has their limits.

Aku nangis sebab dorang pun mana dorang tau. Kadang kadang aku rasa tak bersyukur sebab ada org lain ada lagi besar masalah keluarga dari aku.

Tapi kalau sampai kiamat nak bandingkan masalah org lain dengan diri sendiri memang sampai kesudah lah tak de jalan penyelesaian.

I wish to bring my whole family to see the Dr. To discuss about our inner problems. We do have problems.

We just need to let them out and find a solution. But I don’t know how to tell them. Ive tried before but failed. I guess I just have to endure, right ?