Aku balik kerja dalam penat2 tu tiba2 orang ramai kat rumah aku. Aku gelabah macam2 aku fikir

Aku Anne, kisah aku bermula setahun lepàs, masa aku umur 23. Aku seorang pelajar kos XX kat sebuah ipta , kos pun biasa-biasa aje tak lah gempak mana pun.

Aku perempuan biasa-biasa saja, tak gemuk tak kurus maybe chubby sikit tang muka, muka pun takde lah cantik jelita, setakat manis orang Melayu tu ada lah.

Sebagai syarat graduasi, kena la buat latihan industri or praktikal kat company or jabatan yang berkaitan dengan kos aku.

So aku decide, why not aku balik kat negeri sendiri, duduk dengan mak ayah, berbakti sementara ada masa ni, even tempat aku tu takde elaun pun sepanjang tempoh praktikal. Duit pinjaman masih ada, cukup-cukup makan.

Kadang-kadang keluar buat aktiviti kat luar jumpa client, kadang-kadang mereput dalam office tengok keadaan lah.

Sampai lah satu hari ni, senior staff perempuan, Cik Ma tanya aku “Anne ni, dah ada orang ke? Kalau takde, berminat tak kenal si Hadi ni. Sebab dia pun ada tanya jugak pasal Anne.

” Aku masa tu buat muka blur lah sebab fikir “Siapa pulak Hadi ni? Aku kenal ke?” Lepas tu baru teringat staff baru yang lapor diri sekali.

Aku pun jawab aje lah “Mana ada lagi Cik Ma, siapa lah nak kat saya ni, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong” merendah diri kata orang padahal dalam hati dupdapdupdap rasa macam lari 10km atas threadmill haha.

Aku pun bukan kenal sangat si Hadi tu. pernah lah borak-borak kejap, keluar buat kerja sekali, event official je lah. Cik Ma pun senyum aje lah tak cakap ape-ape pun. Aku pun buat donno je lah ingatkan dia bergurau.

Aku masa tu diam je. Tak kata taknak, tak kata nak. Abahsuruh bagi masa dua minggu untuk tempoh bertenang aku haha. Umi pun setuju. Abang-abang aku pun okay.

Lepas rombongan balik, aku tanya kenapa? Sedih lah jugak sikit sebab tetiba aje kena bertunang dengan entah sape-sapa. Pastu abah bukak cerita. Hadi ni dah lama contact abah, masa aku tengah2 intern lagi.

Mana dia dapat number jangan tanya, aku tak tau. Dia cakap dia berkenan dekat aku, berhajat nak buat jadi isteri.

Tapi dia suruh abah umi rahsiakan dulu takut nanti jumpa kat office, awkward pulak. Abah pun dah siasat latar belakang dia, insyaallah budak baik-baik,

yang penting ada agama, pelajaran pun okay ada diploma & degree, sebab tu lambat sikit kerja. sebelum kerja ni pun, dah buat macam-macam jenis kerja lain. Memang plan baik punya abah umi ni.

Aku tak rasa serabut ke pening ke fikirkan pasal benda tu. Ye lah aku baru 23, grad pun belum lagi takkan nak kawen dah? Dan aku bagi kata putus, setuju dengan pinangan ni.

Long story short, lepas tiga bulan bertunang, kami kahwin. Masa bertunang pun kami tak keluar sama, kalau keluar untuk bincang pasal kahwin pun, berteman.

mesej dan call ni lagi lah, rasa macam sekali seminggu pun susah. hahah. sebab Hadi tu macam pemalu sikit. Mas kahwin campur wang hantaran abah letak rm3000,

dengan kenduri belah perempuan, family aku yang tanggung. Majlis kahwin pun simple takde nak pelamin grand, photographer mahal, makanan pun rewang sendiri.

Bukan Hadi tak mampu, cuma abah kata abah nak permudahkan, better simpan duit untuk hidup lepas kahwin nanti.

” Dan macam-macam lagi lah yang buat aku rasa nak nangis dan malu. Boleh tahan kelakar dia ni. Haha nasib baik dah jadi suami.

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku suami yang soleh, penyabar (sebab aku bukan lah seorang yang sabar!), rajin tolong uruskan rumah dan memahami. Tipu lah kalau takde bergaduh tapi tu lah kejap je.

Tengok dia ni cepat je rasa sejuk hati hahahha. Cerita yang baik-baik aje lah, yang bergaduh merajuk tu kita simpan sendiri sebab bila fikir balik kelakar pun ada.

alhamdulillah dah setahun perkahwinan kami, aku pun dah dapat kerja as executive kat satu company.

Dan insyaallah bulan 12 ni akan lahirnya zuriat pertama kami. Doakan yang baik-baik untuk kami ya. Perjalanan masih panjang, dan akan diuji dengan macam-macam dugaan lagi.

So, pengajaran kat sini:

3) Sentiasa jaga diri dan akhlak kita sebagai perempuan. Pandai2 sesuaikan diri dalam apa2 keadaan, dengan orang tua, kawan2, bdak2, sebab kita tak tahu, kot ada yang memerhati nak cari buat isteri? Haha!

4) Appreciate orang sekeliling! Ni aku quote dari Arlina Banana, yess I love I adore her thoughts very much!

“No matter how independent or successful you are, it would be nice to come home to someone. Someone yang you boleh cerita dekat dia semua benda.

Boleh mengomel dekat dia yang harini letih sangat kerja! Boleh cerita yang masa lunch tadi, you pergi toilet,

6) Tak, aku tak paksa korang kahwin awal. Semua tu bergantung pada diri masing-masing. Ada yang nak achieve life goals macam travel, kumpul duit, beli rumah, dsbgnya. Itu bergantung kepada korang. Aku hanya ceritakan kisah hidup aku. Terima kasih sudi baca!