Typical minded org kita bila pandai kene jadi doktor. Hantaran kene tinggi. Tanpa berbincang dgn tuan badan sendiri

aku tulis sebab aku curious sngt mcm mne kita ni nak ubah typical minded org melayu ni.

Firstly yang paling common sekali pasal kerjaya anak-anak. Aku tak faham sebenarnya kenapa majoriti mak ayh sekarang, mostly yang agk educated la, diorang kalau boleh nak sngt anak diorang yang dapat result cemerlang time spm ni, jadi doktor.

Senang kata mcm doktor je la stu-stunya kerjaya yang ada. Aku tak la kecam kerjaya doktor ni. Tak sama sekali. Cuma aku kesian kat sesetengah individu yang sampai kena paksa jadi doktor ni.

Ada yang study separuh jalan, lepas tu dh tk boleh go on. Ada jugak yang smpi ada mental depression bagai. Aku sendiri pun salah sorang student medical and aku tak minat pun bidang ni awalnya.

Tapi bagi aku, aku buat semua ni demi mak ayah aku and minat tu akan datang nanti. Alhamdulillah setakat ni aku tak rasa nak quit lagi dan harapnya aku akn tamatkan sampai dapat ijazah, insyaAllah.

Jadi, kat sini aku bukan lah nak ajar mak pak ni utk tak mengongkong minat anak-anak, tapi aku cuma mampu doakan siapa yang ada masalah mcm ni, semoga urusan anda dimudahkan dan semoga Allah lembutkan hati mak pak korang utk faham situasi korang.

Kalau rasa bakal menantu tu baru nk kerja, baru nak kumpul duit, murahkan la hantaran tu. Kita mudahkan urusan orang, orang mudahkan urusan kita.

And kalau ada yang tengah berdepan dengan masalah macam ni, slow talk lah dengan mak bapak. Bentangkan usul-usul dan bukti yang kukuh kenapa kita ni tak perlu pun duit hantaran yang sampai berbelas ribu tu.

Dan berdoalah semoga Allah lembutkan hati depa utk terima je usul korang tu.
*aku pun sekarang tengah pujuk mak aku pasal ni even calonnya masih sesat di luar sana dan mungkin sedang sibuk menjaga jodoh orang lain.

Lastly pasal fizikal orang. Ada je org yang kurus sangat kena kecam, tapi mostly orang kita ni suka kecam org yang berisi la kan.

Aku tak de la pernah sampai ke level bmi overweight tapi aku pernah naik 14kg lepas spm. Masa aku pergi beraya rumah kawan aku, boleh pulak ayah dia cakap aku dh berubah dari seekor ikan bilis kepada sebiji roti bun bilis gardenia tu.

Korang berhak untuk bantah sebab setiap orang ada pendapat masing2. Aku Cuma meluahkan apa yang aku rasa je and bukan untuk mengecam sesiapa. Semoga Allah jaga kita semua dan mudahkan urusan harian kita insyaAllah´üŐ