Mak support je keputusan aku belajar overseas walaupun berat hati. Bila smpai sini aku menyesal

Ok, aku ni sekarang tengah belajar kat satu negara timur tengah. Lama gak la dh stay sini

Keputusan nak sambung oversea ni aku buat lepas tamat belajar spm, masa tu noob gila, fikir nak fly je, acah nk timba ilmu jauh jauh, pastu ada pulak kawan-kawan cita kat negara ni ada salji mmg bergetar kelenjar nafsu aku nk fly.

Aku dari family biasa je, rumah takde wifi bagai, handset pon aku beli masa nak fly je, so mmg teruja gila la weh.

Mak ayah aku support je keputusan aku ni, tapi sebenarnya diorang cam tak kasi sgt (aku rasa lah, dari riak wajah diorang).

Rasa dia lain macam bai, macam derhaka pulak rasa, time aku kecik dialah tak tidur malam jaga aku, skrng dia sakit aku balik pon tidak.

Time tu tak cuti pastu kira baru sampai la kan, takkan nak balik terus. Nasib baik masa tu cuti sekolah, mak sedara aku datang jaga mak aku.

Sakit mak aku bukan biasa biasa, mmg darah dia dah kering la dr kata masa bawak kat hospital, ni pon mak sedara aku yang cerita.

Dalam dua bulan jugak mak aku x boleh bergerak, mmg kena pimpin ke tandas semua, kena pakaikan baju, kena mandikan.

Masa mak sedara aku story ni kat aku mmg sebak dia Tuhan je tahu, rasa gila menyesal aku fly, mak aku mmg x cerita apa apa, ni semua mak sedra aku yang cakap.

Sampai sini baru aku sedar betapa syukurnya aku dok Malaysia. Dan bila kali terakhir aku balik aritu, aku fikir balik, berbaloi ke aku duduk jauh jauh kalau mak sendiri pon aku x boleh nk jaga.

Ayah aku pulak jenis baran, masa aku takde banyak kali mak gaduh ngan ayah sampai tahap pukul, nasib tak bercerai lagi. aku tak tahu semua ni, mmg mak aku x cakap apa apa.

Semua mak sedara aku cerita masa balik aritu . Aku mmg buntu, bengong rasa. Nak balik ke nak stay sini.

Mmg la aku tak boleh nk tolong apa sgt, tapi at least kalau jadi apa apa kat maka atau adik aku, aku boleh balik terus.

Aku buat keputusan bodoh masa umur 17, masa tu seluar dalam pon aku tak mampu beli,dan sekarang aku menyesal sangat2.

So adik2 kalau nak fly jauh2, plis fikir dalam dalam, jumpa kaunselor kalau perlu, family tak boleh ganti tapi cita cita kau boleh kejar bila bila masa je. Hope korang doakan aku dan family aku.