Ayah serang aku sebab kantoi curang hingga gelar aku anak setan. Segalanye berubah bila mak ayah bercerai

Ayah saya bekas tentera, mak saya pun sama. Lepas berhenti, mak saya nak buka bisnes dengan menggunakan duit yang dia dapat selepas berhenti.

Ayah saya yang sudah berhenti terlebih dahulu memang tak pernah cari kerja lain. Jadi bila mak suarakan nak buka bisnes, ayah saya kata nak bantu di kedai.

Malangnya lepas mak buka bisnes, saya nampak dengan mata saya sendiri yang mak usahakan bisnes seorang diri. Ayah? Datang ke kedai sekadar nampak muka tapi semua kerja di kedai mak yang uruskan.

Dari kerja kerja ringan, sampaila ke kerja angkat barang berat berat. Ayah sekadar duduk hisap rokok dan main handphone.

Mak ajar saya untuk berniaga dari saya darjah 1. Saya seronok sangat bila dapat bantu mak, bagi duit duit hasil jualan tu walaupun sedikit. At least, saya dapat ringankan bebanan mak.

Satu hari, saya dapat hidu yang ayah ada hubungan sulit dengan perempuan lain dari facebook. Saya usaha untuk buktikan apa yang saya nampak tu betul.

Allah memang nak tunjuk, saya dapat bukti kukuh dari perempuan tu sendiri. Bila dia dapat tahu yang saya ni anaknya, dia nak putuskan hubungan dan banyak kali minta maaf pada saya sebab tak tahu.

Bila ayah dapat tahu pasal saya puncanya, panas baran ayah menjadi jadi. Ayah pukul saya, herdik, maki saya sebab saya penyebab rahsia dia terbongkar.

Ayah baling gelas ke arah saya, panggil saya anak setan. Ayah cuba nak tampar saya tapi mak halang, dan mak ditampar. Saya naik darah bila tengok ayah buat mak macam tu.

Ayah? Masih berdendam dengan kami, especially saya. Dia refuse untuk nikahkan saya, nikahkan adik adik saya, untuk jadi wali.

Dan kami adik beradik terpaksa lagi berbulan bulan turun naik mahkamah untuk kahwin. Malah, still perkataan maki, hersik keluar dari mulutnya untuk saya. Gelaran dia untuk saya, anak setan. Hhmmm tak taulah bila nak berubah.

Nasihat saya untuk perempuan yang masih belum berkahwin, dont rush into marriage. Jangan rasa terdesak sangat nak kahwin even umur dah 28, 29 sebab orang orang bertanya.

Yang nak kahwin, kita. Pedulikan orang nak cakap apa. Carilah lelaki yang jaga solat, paling penting.

Kalau tak jaga solat, hubungan dengan Allah pun tak jaga, you cant expect dia akan jaga baik baik hubungan dengan manusia. Istikharah banyak banyak dulu sebelum bernikah.

Untuk confessor ‘Si Anak’ pula, saya tak bermaksud yang parents awak bercerai akan selesai masalah. Cerai tu perkara halal yang paling Allah tak suka.

Dalam konteks parents saya, mungkin tu jalan terbaik, tapi saya tak tahu macam mana dengan parents awak.

Saya cuma share pengalaman hidup saya yang hampir sama dengan kisah awak. Saya doakan Allah mudahkan segalanya untuk awak, mak awak dan family.

Wallahua’lam.