Suami ingin kawin janda anak 4. Aku terima tapi belum kawin lagi dah perangai macam tu

aku, seorang isteri, seorang ibu kepada 2orang cahayamata & seorang wanita berkerjaya.

di sini, aku coretkan serba sedikit berkenaan suami aku. suami aku seorang yang panas baran, kerap memukul aku, seorang yang tidak bertanggungjawab.

kenapa aku klasifikasikan sebagai tidak bertanggungjawab? ini kerana soal pembayaran rumah, bil utiliti, makan minum, minyak kereta, baby sitter anak semuanya aku yang bayar.

suami pula hanya bayar kereta (kancil) sahaja kerana kereta tersebut atas nama suami, manakala kereta aku (wira) aku bayar sendiri.

so, most of that, aku yang tanggung. ini kerana, gaji aku agak besar dari gaji suami & atas sebab itu, aku perlu menanggung semua. takpelah, demi anak, aku akur.

aku izinkan. mungkin ini takdir aku. aku redha. namun, perancangan Allah lagi hebat dari perancangan diaorang.

dalam pada masa diaorang mula melakukan persiapan pernikahan, aku mula rasa tertekan. akhirnya, aku ceritakan juga hal ini kepada keluarga aku.

& disitu lah bermulanya konflik lagi hebat. tipu jika aku katakan yang aku ni terlalu kuat untuk semua ini. aku juga macam orang lain, tetap ada hati & perasaan.

hinggalah tinggal lagi 2minggu untuk mereka bernikah, aku berjumpa dengan suami aku, aku meminta untuk aku dilepaskan.

kenapa aku buat macam tu? sebabnya, belum berkahwin lagi, suami aku dah melebihkan wanita terbabit.

memang kelakar masa ni sebab suami saya macam orang baru tersedar dari mimpi. bermacam2 yang dijanjikan. itu lah..

ini lah. yang aku pulak, sebagai isteri & ibu, demi anak aku terima lagi suami aku. aku percaya dia akan berubah.

ye, memang dia berubah dari segi miang keladi dia tu, namun dia tak berubah dari segi tanggungjawab. still begitu. dengan kuasa Allah, aku pregnant anak ke 2.

aku juga memang nak kan sangat untuk pregnant lagi. ini kerana aku beranggapan suami aku akan berubah jika anak bertambah.

alhamdulillah, semasa aku pregnant, dia menampakkan perubahan. rasa tanggungjawab mula ada, namun bukanlah 100%. kuranglah juga naik tangan dia kat aku. masa tu aku bersyukur sangat2.

kini, aku dalam proses memfailkan kes lagi, dalam proses mengumpul bukti. aku dah penat untuk semua ini.

anak2 aku perlukan kehidupan sebagai kanak2. bermain, permainan adalah dunia mereka. aku pula, perlukan kehidupan aku semula.

jika yang membaca kisah ini ada pandangan @ buah fikiran, sila lah kemukakan. bantulah saya jika anda rasa saya perlu dibantu. kecam lah saya jika anda rasa saya yang salah.