Mak anak ustaz tapi Mak berdenndam dengan abah. Abah pula tak pernah didik aku

Aku 3rd year student dalam IPTA yang dikenali ramai. Di sini, aku hendak berkongsi life aku pula selepas beratus2 story hampa aku baca. So, terdetik hati kecil ni nak share sikit. Selamat membaca.

Kenapa aku tak macam family lain?
Family.

Semua org ada family. Semua sayang family mereka. Tapi aku? Bukan aku tak sayang, bukan aku tak bangga. Tapi memang reality macam itu. Namun aku tetap sayang family aku walau buruk mana pun itu darah daging aku.

Aku dari kecik dah hidup dengan dendam. Mak dendam dengan abah, mak dendam dengan orang lain. Mak keras hati. Mak tak taat perintah Allah.

Mak tak ajar aku taat perintah Allah. Mak sangat old-fashioned. Life Mak dalam kepompong village-minded even dah 2016.

Mak hanya puasa bulan ramadhan. Itu yang menunjukkan mak orang Islam. Tapi mak tak larang aku beribadah just join usrah2 dia tak suka sebab aku keluar rumah ingat aku ber IS. Huhu. Mak anak ustaz. Tapi aku taktau mana silapnya itu.

Aku & adik2 bersyukur kerana Allah pelihara kami. Dia tahu mak abah tak didik kami, jadi dia sentiasa jaga kami supaya tak buat perkara terkutuk belakang mak abah. So, hidup kami memang more to independent life. Orang kata “pandai2la ko nak hidup”.

Aku ex sekolah agama. Itu kehendak aku. Aku ingat bila aku sekolah agama,mereka akan berubah. Tidak sama sekali. Aku berdoa bertahun2. Sampai aku kirim doa kepada kwn2 yang menunaikan umrah. Tapi Allah tak makbulkan lagi.

Aku doa 1je. Allah bagi kesempatan hidayah dalam hati mak & abah. Aku sedih sebab mereka dah tua. Umor 60 tahun dah tapi masih lagi sikap dendam.

Abah dengan tak ada rasa tanggungjawab, adil sebagai suami yang berpoligami & dendam terhadap mak dan family mak.

Mak seorang pedendam. Hidup dia hanya fikirkan makanan, duit, tmpt tggal,drama artis malaysia. Drama pukul7 wajib tengok tanpa solat. Berjuta kali aku ajak solat tapi tak diendahkan.

Bab duit dia selalu harap orang bagi sebab ayah aku bagi memang tak cukup. RM 200/bulan. Itu pun mengungkit segala.

Kami guna (especially abang aku) guna duit belajar bagi mak beli barang dapur). Its so hurt to me to face it for a long times of my journey. I cried for this.

Aku nak berniqab tapi malu sebab family aku tak sempurna & sebaik & seindah family kwn2 aku. Boleh gelak tawa sama, raya sedondon.

Mak tiap tahun minta brim sampai kena cut nama/amount sebab LHDN check gaji abah. Berlapar lagi kami.

Aku masuk ipt tahun 3 baru dia hulur duit dlm rm100 semester. Itu pun ungkit. Tapi aku tak kisah janji dia jalankan tangggungjawab dekat aku. Aku sorang je. Adik beradik lain tak dapat.

Allah cemburu sungguh aku tengok family saudara2 & kawan2. Raya memang dah lama lupus dlm kamus hidup aku.

Serius aku cemburu sangat tengok family kawan2 aku. Since di hostel smpai ipt,aku banyak dapat kasih sayang dengan mak kawan2 aku, Mak2 dalam program keluarga angkat. Allah je
tahu bertapa cemburunya aku.

Aku doa sangat2 mereka bertemu hidayah sebelum usia mereka berakhir. Aku harap aku dapat rasa nikmat keluarga sebenar. Itu doa aku.

I dont want do this to my future family and kids. I have knowledged dunia & akhirat so I must to apply it. InshaAllah.

Aku nak hbiskan study, sambung master & ubah 360 darjah life aku just because I know I deserve better. Mak selalu pesan dengan ilmu hidup senang. Belajarlah rajin2.

Jadi nasihat aku pada readers,

1. Taat ibu bapa.
Jika ada parents yang baik, ambil berat pasal korang please jadilah anak yang taat ye. Jangan sesekali derhaka.

Buruk padahnya. Yang mana sama nasib dengan aku tu, dont be sadness. Jangan salahkan takdir kerana Allah tahu kita mampu menghadapi ujian ini dan sentiasa ingat ada orang lagi susah untuk meneruskan kehidupan mereka. Allah always besides us. Keep prays.

2. Ilmu kahwin.
Those yang nak kahwin tu please persiapkan diri dengan segala ilmu, selidik background pasangan jangan selepas kahwin merana diri hidup dengan dendam. Restu parents sangat100x penting untuk happily marriage-life.

3. Ilmu cahaya kehidupan.
Penuhilah ilmu dunia akhirat untuk bekalan hidup supaya orang tak perkotak katik hidup kita. Dengan ilmu kite disanjungi.

Strive for mardhatillah.

Mohon readers sudi mendoakan kebahagiaan family aku, sebarang kasar bahasa mohon maaf & jika ada pendapat boleh kita share untuk manfaat bersama. Terima kasih olls.