Ibuku adalah ibu tunggal yg masih bersuami dan anak 5 orang. Ayah seperti tiada fungsi dalam rumah ni

Aku nak cerita kisah ibu bapa aku yg lagi dasyat di mana ibu aku buat segala2nya ibarat ibu tunggal. niat bkn nak aibkan, tp nak minta pendapat dan agar jd pengajaran.

Ibu bapa aku berkawin atas aturan keluarga. ibu aku asal org kmpg dan org ssh, terbalik dgn ayah aku yg org senang kat bandar.

Walaupun ada perangai ayah aku yg tak elok mcm amik duit mak aku senyap2, dan byk menipu, dan panas baran, mak aku sabar je.

mcm dalam kisah sebelum ini, mak dan ayah aku sama2 berkerja asalnya, tp kerja rumah mak aku sorang la yg buat.

sehingga la lps adik bongsu (anak ke5) lahir, ayah aku berhenti keje dan nak bekerja sendiri. dia cuba buat syarikat sendiri dan cari projek. tp ssh katanya.

jd dia xde keje skrg dan xde pendapatan. jd mak aku la yg kena sara keluarga DAN jaga rumah, anak2, memasak dll.

ayah aku? setiap pagi tgh hari baru bgn kemudian menghadap komputer. hidupnya bebas tanpa tanggungjawab bak pelajar universiti yg tgh cuti sem.

Mak aku secara rasminya dah jd ibu tunggal yg masih bersuami. cuba bygkan seorg ibu kena tanggung 6 org bersendirian ketika itu (smpi la skrg ni beberapa belas tahun dah berlalu).

Penah skali mak aku suruh cari keje dia campak gelas yg dia pegang ke dinding dan ckp ‘aku tau la apa aku buat’.

masa tu mak aku tgh basuh pinggan. dan semestinya mak aku la yg kena bersihkan gelas pecah tu (masa ni aku kecik lg).

mak aku bersabar je sedangkan rata2 aku tanya kwn2 aku x boleh sabar kalau kena mcm tu. dan mak aku pun x nak libatkan org lain. dia kata masalah keluarga biar dlm keluarga je.

alangkah indahnya kalau dpt isteri penyabar mcm tu kan? tp tak bg ayah aku. sebyk2 benda mak aku buat ada je dia tak puas hati dan mengata blkg mak aku dpn anak2 dan org lain.

dia penah complain psl rumah tak teratur dan suruh bandingkan dgn rumah org lain dan kata mak aku asyik sibuk dgn keje sehingga abaikan keluarga.

Ye aku tau, dia mmg xpenah cermin diri dia. sedangkan mak aku xpenah burukkan dia blkg dia, kalau ada pun cerita apa (benda buruk) yg ayah aku buat je tanpa kutuk dia.

Dgn ayah aku, logik akal mmg tak boleh guna dgn dia sbb yg betul semua dia dan yg salah org lain. nak bwk dia jumpa psychiatrist aku tak mampu, jadi sapa2 boleh tlg bg cadangan? kesian mak aku walaupun dia dah pasrah jd ibu tunggal.

aku juga nak mohon kpd semua yg ingin mendirikan rumah tangga terutamanya pmpn, tgk la psgn yg anda betul2.

jgn kawin dgn laki tak guna atau yg ada responsibility deficit disorder. nnt derita ke hujung usia.
terima kasih.