Aku pelajar cemerlang dulu dan ramai kawan. Lepas SPM aku tak dapat tawaran belajar dan tiada lagi kawan

Assalamualaikum wbt.
Aku sekadar ingin bercerita dan meluahkan perasaan. Kepada sesiapa yang memberi pandangan/kritikan aku mengucapkan terima kasih.

Mungkin boleh menjadi panduan untuk aku mengubah atau melakukan sesuatu ke arah yang lebih baik dalam memperbaiki kehidupan.

Ceritanya begini.
Aku merupakan seorang pelajar cemerlang sejak dari tadika hingga tingkatan tiga (bukan puji diri sendiri tapi sekadar bercerita). untuk UPSR dan PMR aku dapat A lurus.

Banyak saudara mara sayang aku puji aku. Aku pun banyak kawan sebab boleh dikatakan aku ni satu sekolah kenal aku. Aku tak masuk asrama lepas PMR sebab tak dapat tawaran mana2.

Tapi kawan2 yang rapat dengan aku ada yang masuk asrama. Takpelah bukan rezeki aku. Untuk SPM aku tak dapat A lurus hanya 5A 3B.

nak dijadikan cerita, aku tak dapat tawaran mana-mana. Allahuakbar. waktu tu rasa nak luruh jantung aku.

hanya ditawarkan ke tingkatan 6. aku dapat juga tawaran ke utp untuk foundation of bussiness tapi untuk setahun tu rm14000.

aku memang tak nak susahkan mak ayah aku sebab aku ada 2 lagi adik kat bawah plus aku juga tak nak ambil ptptn. aku pun dengan rasa kecewa masuk tingkatan 6 kelas sains.

waktu ni aku diuji lagi. aku gagal dalam stpm. memang salah aku jugak kenapa lah tak tukar kelas sastera kan.

tapi jujur aku cakap waktu belajar memang aku faham waktu exam pun aku boleh je jawab tapi bila result keluar aku gagal.

Alhamdulillah dah 3 tahun aku bekerja sebagai kerani je lah N17 dan aku jugak tengah sambung degree mod pjj.

nak masuk semester 3. just kebelakangan ni aku perasan 1 hal. dulu aku banyak kawan-kawan tapi lepas spm boleh dikatakan semua kawan-kawan aku masuk matrik/asasi/diploma.

ada 2 atau 3 orang je yang senasib dengan aku tak dapat mana-mana walaupun result boleh dikatakan ok.

aku tak dapat nak nafikan aku cemburu dengan kawan-kawan aku. sebab mereka dapat rasa suasana belajar dekat universiti .

hidup sebagai pelajar kata orang moments terindah walaupun ada juga lah yang susah. kadang-kadang hati aku terusik juga tengok gambar-gambar kawan-kawan aku dengan aktiviti unversiti mereka.

Aku redha dan terima jalan hidup aku begini. Aku berdoa dan berharap semoga suatu hari nanti aku dapat tebus kembali perjuangan aku yang terhenti. aku ada cita-cita sendiri.

aku nak jadi seorang pegawai tadbir dan diplomatik. aku nak ada master aku nak ada phd walaupun mungkin aku lambat.

tidak mengapa. jika tuhan izinkan aku nak sangat ada phd. segala yang baik dari Allah dan sebaliknya adalah kelemahan diri aku sendiri. dengan izinNya aku menulis. Semoga kita semua dibawah lindunganNya. Assalamualaikum wbt.