Masa kecik boleh la aku dengar je nenek maki mak tapi bila besar aku lawan dan jadi cucu derhaka

Situasi aku, nenek aku tak suka mak aku. Padahal anak kandung dia sendiri. Tahu sebab apa? Sebab mak aku miskin! Nenek aku tak suka org miskin.

Nenek aku suka org kaya je. Orang yg boleh bagi dia duit ratus2 setiap bulan. Sampai sekarang nenek aku tak suka orang miskin, asal kau hidup susah, tak mampu nak bg macam2 pada nenek aku.

Makanya, kau secara automatik termasuk dalam list ‘orang yg tidak disukai’. Tapi, bila kau dah kaya, nama kau akan automatik di buang dari list tu. Nampak permainan dia?

Mak aku tak macam anak2 dia yg lain. Tahu kenapa mak aku miskin? Sebab dia kena kerja sara adik2. Lepas mak aku kahwin,kahwin dengan ayah aku pun sebab nenek aku paksa.

nenek layan mak macam org gaji. Bukan main depan orang dia cerita, dia la yg tanggung makan minum kami. Dia la yg bayar itu ini. Kami ni makan je tahu.

padahal ibu aku yg bg aku makan. Ibu aku yg cari duit kerja tanggung aku dengan adik aku makan. bila aku dah besar, depan aku nenek mengata arwah ayah aku.

Ingat aku nak diam? Dari situ aku mula melawan. Waktu aku form3 aku mula utk lawan balik semua yg dia kata dekat kami. Dia caci maki mak aku, aku lawan.

Selalunya mak aku akan diam. Tak melawan sangat apa yg nenek aku ckp. Tapi aku bukan bodoh nak tengok mak aku kena maki kena caci, aku lawan balik semua yg nenek aku maki.

sampai la bila aku memberontak, aku ajak mak aku pindah. Bila mak aku bgtau kat nenek yg kami nak pindah. Korang tahu apa nenek cakap? ” kalau kau pindah.

2 tahun kebelakangan ni je yg aku tahu rupanya makcik pakcik aku ade je yg tak suka dekat nenek aku. Ade je cucu nenek aku yg lain ckp dekat aku, kalau diorg jadi aku, diorg hantar je nenek tu dekat rumah orang tua.

Entah la weh. Aku pun pening dengan perangai nenek aku. Sampai sekarang tak berubah. Suka cari salah mak aku. Lantak la. Aku dah penat. Aku dah malas nak pertahankan semua benda.

Peduli apa orang nak kata. Memang aku tahu aku cucu derhaka. Aku derhaka dekat nenek utk pertahankan mak aku sendiri.

Memang ramai yg ckp “ala nenek sendiri. Maafkan jela.”. Cakap memang senang. Bukan aku tak nak maafkan. Dari dulu lg aku cuba untuk maafkan.

Tapi bila aku dah maafkan, nenek aku akan buat balik perangai dia. Ni waktu aku tgh menaip ni, nenek aku tgh mengata kami anak beranakā€¦

Daripada korang menghukum tanpa usul periksa, baik korang jaga keluarga korang sendiri. Doa banyak2 supaya perkara ni tak jadi dalam family korang.